Home Entertainment 7 Kdrama Jenayah Sekolah, Sarat Balas Dendam

7 Kdrama Jenayah Sekolah, Sarat Balas Dendam

0

Kdrama siri yang merupakan comeback (kemunculan semula) Yeri Red Velvet dan Lee Eun Saem yang bertajuk Bitch x Rich (2023) khabarnya tidak lama lagi akan ditayangkan pada 31 Mei 2023

Kdrama ini merupakan Kdrama jenayah sekolah yang mengusung kisah misteri sebuah pembunuhan.

Seorang pelajar sekolah menengah yang menjadi saksi kepada kejadian ini telah ditawarkan untuk masuk ke Sekolah Menengah Antarabangsa Cheongdam sebagai bayaran dan rasuah untuk menutup mulutnya.

Di sekolah tersebut, Kim Hye In (Lee Eun Saem) bertemu dengan Baek Je Na (Yeri) yang merupakan seorang anak keturunan chaebol yang memang kaya raya. Status sosial kedua-duanya memang begitu jauh terpisah dan berbeza.

Status sosial ini juga menjadi salah satu pemicu dan penyebab berbagai-bagai konflik yang terjadi dalam drama siri ini.

Genre yang membawa tema jenayah dan sekolah menengah yang menonjolkan para pelajar sebagai watak utama ini memang meriah menghiasai senarai drama siri Korea Selatan.

Pastinya terdapat beberapa drama siri yang boleh anda saksikan yang membawa genre yang sama sambil-sambil anda menunggu Bitch x Rich ditayangkan. Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

3c92a5aa 02fe 474d 96f6 b34f0613cfdd1. Ki Moo Hyeok (Yun Kyun Sang) berusaha untuk membongkar kes kematian seorang pelajar sekolah menengah dalam Kdrama jenayah sekolah Class of Lies (2019)

25a2a1ee 8928 4ea4 ad44 5acc0faceb8d2. Demi wang pendaftaran masuk ke universiti, Ji Soo (Kim Dong Hee) bekerja sebagai pekerja seks, pengedar dadah, dan dia juga melakukan banyak kejahatan dan jenayah serius lain dalam Kdrama jenayah sekolah Extracurricular (2020)

d664194d 40d5 43e3 9bff beab455f48a43. Shadow Beauty (2021) menggambarkan kepalsuan sosial media hingga berlaku jenayah siber yang boleh membahayakan generasi muda

92626c04 4c4b 40af 9243 bb3c981708904. Kisah jenayah buli dan kekerasan sesama remaja dapat anda saksikan dalam drama Weak Hero Class 1 (2022) juga

1a8a42fc e0d7 497b b5e5 877554d193735. Bukan kisah kaki buli biasa-biasa, The Glory (2022) menceritakan tentang kes pembunuhan yang dilakukan oleh pelajar sekolah menengah iaitu Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon)

01cd8356 c22d 4203 adcd ea4b64093302

6. Jati diri dan keyakinan yang tidak stabil mencetuskan konflik antara anggota platu 3-2 semakin meruncing hingga menyebabkan banyak mangsa tidak bersalah terbunuh sia-sia dalam Duty After School (2023)

Kdrama jenayah sekolah

7. Kali ini pula kes pembunuhan yang melibatkan seorang pelajar sekolah menengah dapat ditutup melalui kuasa dan pengaruh orang tuanya dalam Bitch x Rich (2023)

Kdrama jenayah sekolah dengan genre kejahatan remaja memang tidak pernah mengecewakan para penonton. Bermacam-macam kes yang diangkat juga berjaya membuat para penonton setia menunggu tayangan episod baru setiap minggu.

Jadi buat anda para peminat Kdrama jenayah sekolah, drama siri manakah yang paling mencuri perhatian anda daripada senarai yang kami nyatakan di atas?

Baca Lagi: 11 Pilihan Kdrama Fantasi 2023, Menarik Ditonton

Baca Juga: 7 Watak Antagonis Kdrama Yang Selalu ‘Play Victim’