Home Entertainment 7 Filem Noir Korea Yang Wajib Ditonton

7 Filem Noir Korea Yang Wajib Ditonton

0

Beberapa buah filem noir Korea Selatan tidak hanya unggul dari segi kisah dan jalan cerita sahaja, tapi secara teknikal sinematografi dan nuansa gelap jenayahnya.

Tidak hairanlah jika genre ini masih menjadi kegemaran para peminat filem noir Korea Selatan.

Filem noir umumnya menyajikan nuansa yang jauh lebih dark (gelap) dibandingkan dengan genre jenayah thriller. Diperkenalkan pertama kali pada tahun 40-an oleh pengkritik filem yang berasal dari Itali-Perancis iaitu Nino Frank. Filem genre noir mengutamakan naratif psikologi daripada sebarang aspek penting yang lain.

Kami menyenaraikan beberapa filem noir Korea Selatan yang paling menarik untuk anda tonton. Senarai ini khas terutamanya bagi anda para peminat genre noir.

Jom sama-sama kita lihat senarai filem noir Korea Selatan yang wajib anda tonton seperti di bawah ini:

7c481bf1 a1bd 470f 9480 4ce28c571a081. Filem legenda daripada Korea Selatan, Oldboy (2003), berputar di sebalik kisah seorang lelaki malang yang ditahan dan dikurung selama belasan tahun akibat sebuah dendam yang sangat jahat. Sinematografi untuk filem ini sangat luar biasa!

6b467692 9282 440e 8e2e d1b97e6758c52. Kisah dendam seorang anggota persatuan penjenayah dengan set dan jalan cerita yang menegangkan boleh anda temui sepanjang menonton filem Night in Paradise (2019)

cdefb898 de4b 498e 9841 756b7c2617553. Filem ini diangkat daripada sebuah kisah benar, The Chaser (2008) unggul dengan pembawaan aksi kejar-mengejar detektif dan seorang pembunuh bersiri

dad54a84 b51e 4ecd b26f 0389727a26294. For The Emperor (2014) merupakan filem noir Korea Selatan yang memusatkan perhatian penonton sewaktu pemain besbol terjebak dalam dunia lintah darat

70cdb8ac a352 4207 bb92 921ef59731115. Filem A Bittersweet Life (2005) menyatukan adegan romantik dengan aksi pertarungan yang menegangkan antara ketua gangster dan anak buahnya

Filem noir korea6. Yang paling ditunggu-tunggu kehadirannya, filem noir Korea terbaru iaitu The Childe (2023) bakal memaparkan aksi pemburu yang menghancurkan hidup petinju haram

Filem noir korea7. Filem garapan pengarah terkenal Bong Joon Ho, Memories of Murder (2003) mengusung insiden sebenar tentang pembunuhan bersiri pada tahun 1986. Filem ini diangkat sebagai salah sebuah filem terbaik Korea Selatan sepanjang zaman

Filem Noir Korea memang tidak sebanyak genre filem yang lain. Namun, bukan bererti filem genre noir tidak mempunyai peminat tersendiri. The Childe yang dibintangi oleh Kim Seon-ho contohnya sangat ditunggu-tunggu oleh ramai peminat setia!

Baca Lagi: 7 Kdrama Jenayah Sekolah, Sarat Balas Dendam

Baca Juga: 9 fakta “The Childe” filem terbaru Kim Seon Ho