Home Entertainment 9 fakta “The Childe” filem terbaru Kim Seon Ho

9 fakta “The Childe” filem terbaru Kim Seon Ho

0

Apakah 9 fakta “The Childe” filem terbaru Kim Seon Ho? Jom semak!

Filem The Childe merupakan filem daripada Korea Selatan, dalam filem ini, Childe menjadi karakter utamanya.

Filem ini menceritakan tentang watak misteri Childe dan pasukan asing yang lain yang memiliki tujuan berbeza, namun mereka sama-sama melakukan pemburuan terhadap Marco, iaitu seorang petinju yang melakukan perjalanan dari satu stadium ke stadium haram lain di Filipina.

Rata-rata peminat filem Korea memang menantikan tayangan filem ini. Apakah yang membuatkan filem ini ditunggu-tunggu?

Berikut ini merupakan 9 fakta tentang filem dan pelakon The Childe yang bakal ditayangkan tidak lama lagi:

IMG 6952

1. Filem berjudul The Childe sebelum ini dikenal dengan judul Sad Tropics. Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada 21 Jun 2023

IMG 6947

2. Park Hoon Jung merupakan pengarah dan penulis untuk filem The Childe. Projek filem selanjutnya adalah Tyrant, filem yang juga dibintangi oleh Kim Seon-ho

IMG 6945

3. Kemunculan Kim Seon Ho dalam filem The Childe, menjadi tanda debut filem buatnya, sekaligus comeback julung kalinya setelah lama menyepikan diri dari dunia seni

IMG 69534. Membawa genre aksi, filem ini menjadi filem aksi pertama Kim Seon Ho. Dia berlakon sebagai Childe iaitu watak utama dalam filem The Childe

IMG 69495. Bukan hanya Kim Seon Ho, filem ini turut dibintangi oleh Kang Tae Ju, Kim Kang Woo, dan Go Ara.

763155ad 90b5 4ee5 8e1b 6756cef5949e6. Selain Kim Seon Ho, filem ini juga menjadi debut filem buat Kang Tae Ju di layar perak!

3d61306b 36e8 4849 b144 5f3d50db41a37. Bukan hanya dalam filem hebat ini, Kim Kang Woo dan Kim Seon Ho akan membintangi filem Tyrant yang juga diarahkan dan ditulis oleh Park Hoon Jung

76437b02 1c03 4601 bc40 3917933875448. Filem ini juga menjadi filem comeback Go Ara. Filem terakhir yang dibintangi olehnya adalah Phantom Detective bersama Lee Je Hoon, 7 tahun yang lalu

f067479e 770f 4520 a0ae c8dbedb6c2b99. Memang ditunggu-tunggu, distributor untuk filem The Childe iaitu Next Entertainment World juga merupakan distributor filem Miracle in Cell No.7 dan Train to Busan

Filem The Childe bakal memaparkan kisah mengenai seorang petinju yang dilahirkan oleh ayahnya yang berasal dari Korea dan ibu yang berasal dari Filipina. Dia datang ke Korea untuk mencari ayahnya yang meninggalkannya.

IMG 6948

Di sana, dia diawasi dan dikejar oleh orang-orang yang tidak dikenalinya. Musuh jahat yang tidak disangka-sangka olehnya! Nantikan tayangan filem ini di pawagam berdekatan anda!

Baca Lagi: 16 Top Kdrama Ji Sung Yang Layak Ditonton

Baca Juga: 9 Filem Menarik, Dibintangi Pelakon Filem Hopeless