Home News Isu Berpantang Emma Maembong Jadi Bualan Netizen, Sekali Ini Respon Beliau

Isu Berpantang Emma Maembong Jadi Bualan Netizen, Sekali Ini Respon Beliau

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok emmashazli, dan telah ditular baru-baru ini.

Fatimah Rohani Ismail atau dikenali sebagai Emma Maembong merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 27 Mac tahun 1992, berasal dari Terengganu. Emma Maembong berkahwin dengan seorang juruterbang iaitu Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Baru-baru ini beliau telah selamat melahirkan anak kedua dan menjadi tular di mana para wanita ngeri melihat Emma dukung anak sulungnya selepas 2 hari bersalin. Kini Emma Maembong menyiarkan satu klip durasi pendek dan memberi kenyataan isu ini.

Emma Maembong membuat satu video klip ini yang mengatakan beliau sememangnya tidak mahu membuat kenyataan tetapi terdapat segelintir netizen memberi komen yang negetif dan fitnah yang dilemparkan seperti mengenalinya. Beliau juga ingin memperbetulkan keadaan bahawa dirinya sebenarnya sihat, bersalin secara normal, tidak koyak dan berpantang seperti biasa.

“Tiap manusia tu lain-lain, cara berpantang pun lain. Takkan lah disebabkan orang lain yang tak boleh nak bangun atau bergerak selepas bersalin, nak samakan Emma dengan orang lain” -Kata Emma Maembong

Lihat klip durasi pendek respon Emma Maembong mengenai isu berpantang:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Sallyforshort: Ya Allah setuju seribu kali , Badan kita lain2… Penat nak explain satu2…

@Khalida Binti Abdull: Sokong apa erma ckp..sy brsalin czer..lg kna brgerak byk,xblh dok diam ja..lg drah cpt beku..lain bdan..lain la cara..ikut pantang sendiri jela..

@iedaapekDDD: betul tu…klau bersalin tak jahit memang cepat sehat senang nk jalan ..atas pengalaman

@Mrs Hans: saya czer hari ke 12 dah kemas rumah mop lantai, sapu rumah, vacuum. sbb dah luka dah cantum elok and rasa bertenaga je.

@bungarose92: kta sama lah ema . . ank 4 dah,bsalin x koyak . .lepas bsalin trus blh gerak bebas cma x lah smpai blari

@syaatiaa: bak kata ustaz azhar idrus.. perempuan lps bersalin habis darah nifas pun da bole bersama. klo dlm pantang luka da smbuh pun bole je kms ii sume tu .

@CIKPUAN: Emma, just be yourself. You yourself knows better than the rest of us here. Enjoy your day with your newborn!!

@Mommyra desserts: Alhamdullilah rezeki xkoyak.. Mmg xmsalah la aktif time berpantang

@arissafaris_mummy: sy berpantang sy bersila depa pulak yg marah dh x sakit sy duduk jelh mcm biasa tu pun depa bising

@h_danisha87: Jaga tetap jaga..tp kalau x buat keje2 rumah, sape nk buat lg..klu ada bibik ok laa..sy bersalin czer pun lg kene jaga btol2.. tp xde la ddk je..

Netizen turut memberi komen mengenai respon Emma Maembong, mengatakan kenyataan beliau sememangnya betul dan ramai bersetuju dengannya. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka pernah mengalami perkara yang sama seperti Emma. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 568K penonton, 30K sukaan dan 1351 komen.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram