Home Entertainment 11 Watak Lelaki Curang Dalam Kdrama 2023

11 Watak Lelaki Curang Dalam Kdrama 2023

0

Siapakah yang membawa 11 watak lelaki curang dalam Kdrama 2023? Jom kita semak!

Pada tahun 2023 terdapat beberapa drama siri baru dari Korea Selatan yang mengusung kisah mengenai pengkhianatan dalam hubungan ataupun kecurangan.

Dalam drama siri-drama siri ini, pastinya terselit watak lelaki curang yang diceritakan langsung tidak setia kepada pasangannya. Contohnya seperti sebelas watak yang akan kita senaraikan di bawah ini.

Sebagian besar watak-watak berikut digambarkan sangat kukuh dari segi kewangan. Namun mereka tidak mampu menjaga komitmen dan terus menduakan pasangan masing-masing.

Jom sama-sama kita lihat senarai watak lelaki curang dalam hubungan cinta dan rumahtangga mereka dalam Kdrama 2023. Semuanya memang berjaya membuatkan emosi para penonton turun naik!

a6f665c1 8aca 48ac 9235 65542dfca725

1. Seo In Ho (Kim Byung-chul) dalam drama siri Doctor Cha membuatkan penonton geram kerana bertahun-tahun curang terhadap isterinya hingga mempunyai anak dari hasil hubungan haram mereka

ca9ec728 97c4 4662 9427 00ede41ec3012. Sewaktu kecurangannya terbongkar, Noh Joo Wan (Hwang Chan-sung) dalam drama siri True to Love/Bora! Deborah, masih boleh memperlekehkan pasangannya. Memang geram!

373a74d7 78f5 4cc4 95d0 6b791d9d7ffa3. Mempunyai imej sebagai seorang lelaki yang mengutamakan keluarga, Baek Jae Min (Ryu Soo Young) rupa-rupanya melakukan kesalahan seksual dalam drama siri Queenmaker

00a34cac 73cd 4b27 ae8a 8e1a936d6e094. Kim Jun Ha (Jung Eui Jae) bukan sahaja curang tapi juga enggan bertanggung jawab atas kehamilan kekasihnya dalam drama siri The Real Has Come!

4bcc94aa 8527 427a 8e00 2a0fd796b6fb5. Memang sangat menyakitkan hati, Go Cha Won (Lee Sang Woo) sanggup berlaku curang dengan kawan baik isterinya sendiri dalam drama siri Red Balloon

b55f4c2f 8112 4324 bc8b 5a57961888506. Dalam drama siri yang sama iaitu Red Balloon, Ji Nam Chul (Lee Sung Jae) juga menjalin hubungan terlarang dengan gadis yang usianya jauh lebih muda

975f8653 0fcc 47ac bbaf 5028f15311647. Ha Sang Soo (Yoo Yeon Seok) berjaya membuatkan emosi para penonton meledak dalam The Interest of Love kerana berani bermain cinta dengan gadis lain padahal sudah mempunyai teman wanita

74c24839 4c00 43c2 a86c 6996b56413c08. Di sebalik imej ahli politik yang baik, Oh Tae Soo (Jung Woong In) dalam The Good Bad Mother telah menghamilkan setiausahanya sendiri!

feac7af1 e160 4930 a73f 3f07572ea0239. Pak Lee (Lee Do Yub) bukan hanya seorang pendera yang selalu melakukan keganasan rumah tangga, tapi juga sering menduakan isterinya dalam drama siri The Good Bad Mother

3b824c24 b89a 423d 9620 627350c959eb10. Selain bersikap manipulatif dan suka memeras teman wanitanya, Kwon Tae Gi (Seol Jung Hwan) juga tidak setia dalam drama siri Red Balloon!

0b988b15 f46b 4166 bd1c 0156461b951111. Jang Do Jin (Park Ki Woong) dalam diam telah menduakan isterinya yang merupakan seorang pembaca berita dalam drama siri Pandora: Beneath the Paradise

Beberapa watak lelaki curang yang tersenarai di atas akhirnya menyedari kesalahan dan kesilapan masing-masing. Namun kecurangan mereka memang sukar untuk dimaafkan dan memang tidak seharusnya dilakukan.

Daripada senarai tersebut, watak lelaki curang yang manakah berjaya membuat anda beremosi dan sakit hati?

Baca Lagi: Lee Sang Yoon Raja Watak Curang Dan Pasangan Paling Serasi

Baca Juga: Doctor Cha: 8 Kronologi Seo In Ho Kantoi Curang