Home Entertainment Lee Sang Yoon Raja Watak Curang Dan Pasangan Paling Serasi

Lee Sang Yoon Raja Watak Curang Dan Pasangan Paling Serasi

0

Lee Sang Yoon dilahirkan pada 15 Ogos 1981 ialah seorang pelakon terkenal dan ternama dari Korea Selatan. Dia mula mencipta nama selepas muncul dalam drama siri Life Is Beautiful (2010), My Daughter Seo-young (2012), Goddess Of Fire (2013), Angel Eyes (2014), Liar Game (2014), On The Way To The Airport (2016) and Whisper (2017).

Pelakon kacak ini terkenal dengan bakat luar biasanya dalam dunia lakonan. Seorang hero pasti tidak lengkap sekiranya tidak digandingkan dengan heroin-heroin jelita.
Selain kehebatan Lee Sang Yoon dalam lakonan, keserasian yang kuat dengan hampir semua heroinnya menjadi daya tarikan yang kuat untuk setiap drama lakonannya.

Baca Lagi: 5 Kdrama Mengenai Keluarga Politik Yang Penuh Kepuraan

Artis J Wide Company ini juga sering digandingkan dengan pelakon-pelakon wanita top Korea. Lee Ji Ah adalah antara gandingannya yang paling serasi. Mereka bergandingan dalam drama siri terbaru Pandora: Beneath the Paradise (2023). Kedua-duanya tetap serasi walaupun mereka berbeza jarak usia 3 tahun.

0D504AEE E8D5 4F31 A760 A9B6E7767C86

Jom kita lihat senarai pelakon wanita yang paling serasi bergandingan sebagai pasangan Lee Sang Yoon dalam drama siri:

1. Lee Ji Ah
7D9CE32A 454C 49C6 9D9F 6C3922D2327C

Dalam drama siri terbarunya yang berjudul Pandora: Beneath the Paradise (2023), Lee Ji Ah berlakon sebagai isteri Lee Sang Yoon. Walau sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, gandingan ini tidak pernah gagal untuk mempamerkan kemesraan sebagai pasangan baru dalam lakonan mereka! Lee Ji Ah3 membawa watak sebagai Hong Tae Ra. Disebalik kehidupannya yang kelihatan sempurna, Tae Ra sebenarnya mengalami hilang ingatan.

2. Lee Sung Kyung
F448622E 48BE 4B13 8682 12674180DD53Seperti yang ramai sedia maklum, Lee Sang Yoon adalah pakar dalam membawa watak kaki curang dalam drama siri Korea. Biasanya watak perempuan perampas sangat dibenci, berbeza pula bagi Lee Sung Kyung apabila wataknya disukai para peminat dalam drama siri About Time (2018) yang menyaksikan dia bergandingan bersama Lee Sang Yoon.

3. Jang Na Ra
DFB23B6F 22B3 4477 B84D 876ECB74CD8F

Drama siri VIP (2019) yang mendapat rating luar biasa pada zamannya adalah kerana kekuatan keserasian antara Lee Sang Yoon dan Jang Na Ra sebagai pelakon utama. Selain itu, mereka berdua memang sudah lama berhubungan rapat sebagai rakan baik. Jung Sung (Jang Na Ra) membawa watak sebagai isteri Sung Joon (Lee Sang Yoon). Kehidupan rumah tangga mereka tidak berjalan lancar setelah hadirnya seorang perempuan perampas!

4. Lee Honey

DDA59747 4102 43A5 AE59 9635DCE98180

Lee Sang Yoon juga pernah menjadi lelaki perampas dalam drama siri One the Woman (2021). Berlakon sebagai Han Seung Wook, karakter jahatnya dalam diam-diam menyukai iparnya sendiri iaitu Kang Mi Na (Lee Honey).

5. Goo Hye Sun
B275AE40 60CF 4DEF A613 64917E96F90D

Drama Angel Eyes (2014) menonjolkan keserasian menarik antara Lee Sang Yoon dan Goo Hye Sun. Park Dong Joo (Lee Sang Yoon) dan Yoon Soo Wan (Goo Hye Sun) adalah pasangan kekasih yang dipertemukan kembali selepas lama terpisah. Mereka terpisah selama 12 tahun kerana sebuah insiden tragis.

6. Lee Bo Young
35483955 EB3D 4C06 995B E29C34811B5C

Pelakon jelita Lee Bo Young sudah dua kali tampil bersama sebagai pasangan Lee Sang Yoon dalam drama siri. Setelah bergandingan dalam drama My Daughter Seo Young (2012), Lee Bo Young dan Lee Sang Yoon bergabung semula dalam drama siri jenayah-thriller bertajuk Whisper (2017).

Pelakon wanita manakah yang paling serasi dengan Lee Sang Yoon dimata anda?

Baca Juga: 10 Kdrama Yang Paling Dinantikan Pada Mac 2023