Home Entertainment 5 Kdrama Terbaik Choi Young Woo

5 Kdrama Terbaik Choi Young Woo

0

Choo Young Woo adalah pelakon muda Korea Selatan yang sedang hangat dibualkan sekarang ini kerana watak ikoniknya dalam drama ongoing Oasis.

Choo Young Woo lahir pada 5 Julai 1999 di Korea Selatan dan merupakan pelakon baru yang sudah berlakon dalam beberapa drama bersiri Korea Selatan.

Baca Lagi: 10 Kdrama Rating Tertinggi Dalam Sejarah Drama JTBC

Jom kita semak beberapa drama siri lakonan Choo Young Woo yang menarik untuk ditonton:

 

 

1. You Make Me Dance (2021)

282B4933 2BE8 4FB3 9F44 9EA5BEC9C12A

Choi Young Woo membuat debut lakonan melalui drama siri You Make Me Dance. Drama siri ini merupakan drama debut Choi Young Woo sebagai seorang pelakon. Choi Young Woo membawa watak sebagai Song Shi On iaitu seorang pelajar jurusan seni tari kontemporeri. Dia diusir dari rumah kerana orang tuanya tidak berkenan dengan karier pilihannya.

 

 

2. Police University (2021)

BA1DB43C 3AE2 4C38 A4AE B104A43C8648

Police University menceritakan tentang anak muda di sebuah akademi polis yang bersemangat untuk mengejar impiannya untuk bergelar seorang anggota polis. Drama siri ini menyaksikan Cha Tae Hyun membawa watak sebagai Yoo Dong Man. Yoo Dong Man adalah bekas detektif yang bekerja sebagai profesor di akademi polis tersebut.

Dia mengajar pelatih-pelatih dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Pelakon lain yang turut sama membintangi siri drama ini adalah Jin Young yang membawa watak sebagai Kang Sun Ho, Krystal Jung sebagai Oh Kang Hee dan Choo Young Woo sebagai Park Min Kyu yang terlibat dalam kisah cinta tiga segi.

3. Once Upon a Small Town (2022)

AF846C20 0574 4A63 9FF1 89F20F740FB8

Dalam KDrama Once Upon A Small Town, Choi Yeong Woo membawa watak sebagai Han Ji Yul. Han Ji Yul melakonkan watak sebagai seorang doktor haiwan di Seoul. Suatu hari Han Ji Yul menerima panggilan telefon dari datuknya. Han Ji Yul perlu berpindah ke sebuah desa yang dikenali sebagai Huidong.

Di Huidong, Han Ji Yul menjalankan perniagaan klinik haiwan datuknya dan menjaga neneknya karena datuknya perlu berpergian jauh. Di desa Huidong, Han Ji Yul selalu dibantu oleh Ahn Ja Young (Joy Red Velvet).

4. School 2021 (2021)

A3F732C6 BC9F 4C27 9643 B8BF67D03985

Choo Young Woo membawa watak sebagai Jung Young Joo dalam drama siri School 2021. Jung Young Joo adalah pelajar misteri yang berpindah ke sekolah Gong Ki Joon (Kim Yo Han). Namun, keduanya mempunyai sejarah masa lalu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.

Jung Young Joo memiliki perwatakan yang dingin, namun tidak ramai yang mengetahui bahawa hatinya sangat lembut. Dalam KDrama ini Jung Young Joo dan Gong Ki Jon juga jatuh cinta dengan Jin Ji Won yang dilakonkan oleh Cho Yih Yun.

5. Oasis (2023)

FD8DA448 C31D 4CB9 A33E A3E17FEB0B24

Oasis adalah drama siri ongoing yang sedang menjadi perbincangan dan menarik perhatian penonton. Drama siri ini menceritakan tentang dua orang sahabat yang bernama Lee Doo Hak (Jang Dong Yoon) dan Choi Chul Woong (Choi Young Woo). Mereka menyukai gadis yang sama.

Choi Chul Woong digambarkan sebagai seseorang yang tidak boleh menerima kekalahan. Dia sering berusaha untuk menjatuhkan Lee Doo Hak dan membuat Oh Jung Shin jatuh cinta kepadanya. Namun Oh Jung Shin memilih Lee Doo Hak berbanding dirinya.

Walaupun masih bergelar pelakon baru, lakonan Choo Young Woo sudah berjaya membuatkan para penonton terpukau dengan kemampuannya membolak-balik emosi penonton.

Jadi, sudahkah anda tonton kesemua drama lakonan Choi Young Woo yang telah disenaraikan diatas?

Baca Juga: 5 Pelakon Berkongsi Pengalaman Berlakon Bersama Song Hye Kyo