Home Entertainment 5 Pelakon Berkongsi Pengalaman Berlakon Bersama Song Hye Kyo

5 Pelakon Berkongsi Pengalaman Berlakon Bersama Song Hye Kyo

0

Nama Song Hye Kyo tidak henti-henti menjadi bualan dan topik hangat sejak dia cemerlang dan berjaya dengan wataknya sebagai Moon Dong Eun dalam drama siri The Glory.

Walaupun pelakon jelita ini tidak terlepas daripada pelbagai kontroversi, sikap profesional dan lakonannya yang mantap telah mendapat pujian yang melambung tinggi. Peminat-peminatnya semakin ramai dan sentiasa setia memberi sokongan buatnya.

Pasti ramai peminat yang tertanya-tanya tentang sikap dan sifat sebenar Song Hye Kyo di belakang kamera. Beberapa orang pelakon yang pernah bekerjasama dengan pelakon jelita ini telah berkongsi pengalaman mereka berlakon dan bekerja bersama dengan bekas isteri Song Joong Ki ini.

0BB6C550 4069 4670 8D00 C77F5A13B0EB

Jom kita lihat apa kata mereka mengenai Song Hye Kyo, adakah dia berlagak diva? Sombong? Atau adakah dia sebaliknya peramah dan senang didekati?

 

1. Lee Do Hyun – The Glory

611584D8 420D 419C ADEC 7501C90E3CF4

Berpeluang untuk berlakon sebagai pasangan Song Hye Kyo yang saling membantu misi balas dendam dalam drama The Glory, Lee Do Hyun mengaku penah mengalami banyak situasi sulit semasa proses penggambaran.

Namun, dia bersyukur bintang yang sama-sama berlakon dengannya banyak memberi tunjuk ajar mengenai teknik lakonan. Lee Do Hyun turut memuji kehebatan lakonan Song Hye Kyo yang sangat pandai dalam permainan emosi di hadapan kamera. Selain itu, bintang drama 18 Again (2020) tersebut juga turut menggelar Song Hye Kyo sebagai ‘master lakonan’.

2. Jung Sung Il – The Glory

430A11C3 A907 4715 AF58 96C3012B5C90

Saya belajar terlalu banyak (dari Song Hye Kyo). Berlakon untuk kaca TV sangat berbeza dengan berlakon (di atas) pentas teater, terlalu banyak batasan pergerakan kerana faktor sudut (kamera) sudah pasti,” kata Jung Sung Il dipetik dari Soompi.

Melalui program You Quiz on The Block, dia mendedahkan bahawa Song Hye Kyo sebenarnya sangat santai dan disenangi dalam dunia sebenar. Jejaka yang dilahirkan pada tahun 1980 tersebut mengaku bahawa dia terkejut dengan perbezaan pembawaan diri Song Hye Kyo sewaktu berlakon sebagai Moon Dong Geun.

Baca Lagi: 11 Kdrama Terbaik Song Hye Kyo & Han So Hee

3. Ahn Bo Hyun – Descendants of the Sun (2016)

17EC2458 5B5D 4863 8386 F5F9657F56DA

Ahn Bo Hyun yang sama-sama membintangi drama siri Descendants of the Sun dengan Song Hye Kyo, Song Joong Ki, Jin Goo, dan Kim Ji Won juga pernah berkongsi ceritanya sewaktu berpeluang melakukan projek lakonan bersama dengan Song Hye Kyo.

Ahn Bo Hyun mendedahkan bahawa dia telah tersilap dalam menilai keperibadian Song Hye yang dianggap sebagai pelakon ternama Korea Selatan. Dia sangkakan Song Hye Kyo akan tampil dengan pakaian mewah sesuai dengan statusnya tetapi dia terkejut apabila melihat Song Hye Kyo muncul tanpa sebarang solekan wajah dan mengenakan pakaian yang santai sahaja.

Saya sangka dia akan berdandan dan bersolek tebal kerana dia adalah pelakon top, tetapi dia datang tanpa solekan dan rambutnya digayakan messy bun sahaja,” kata Ahn Bo Hyun dalam program MBC Radio Star pada tahun 2018.

4. Jang Ki Yong – Now, We Are Breaking Up (2021)

D1EDD1D0 71A5 4577 BCAB 87E71B52F55C

Menurut Jang Ki Yong, pembawaan diri Song Hye Kyo sewaktu di belakang dan di hadapan kamera benar-benar berbeza. Sewaktu tidak berlakon, Song Hye Kyo adalah seorang wanita yang ramah, prihatin, dan seolah-olah seorang kakak yang baik buat para pelakon muda.

Tapi saat mula berlakon di hadapan kamera dan memainkan watak Ha Young Eun, dia berubah seratus peratus, rasanya seperti melihat orang yang berbeza.

Saya sangat gugup sewaktu menjalankan penggambaran pertama kami, namun Song Hye Kyo sangat prihatin dan sangat membantu di lokasi penggambaran. Ketika kami bergurau, langsung terasa tidak kekok seolah-olah dia adalah seorang kakak yang rapat,” kata Jang Ki Yong dalam rancangan SBS.

5. Kang Dong Won – My Brilliant Life (2014)

DCFADF96 62C1 4D8B 9053 460B5D6F3A4B

Kang Dong Won yang membintangi filem My Brilliant Life bersama Song Hye Kyo juga berkongsi kisahnya sewaktu berlakon bersama Song Hye Kyo. Bintang filem Broker (2022) tersebut juga mendedahkan bahawa Song Hye Kyo adalah seorang artis yang cukup mudah bergaul dan didekati.

Dia mengatakan bahawa Song Hye Kyo sangat pandai memimpin dan membuatkan sesuatu perkara jadi lebih tersusun. Walaupun ramai orang yang menyangka pembawa watak Moon Dong Eun itu sombong, Kang Dong Won dengan yakin menepis dakwaan tersebut.

Song Hye Kyo sangat mudah bergaul. Dia adalah orang yang selalu menceriakan suasana dan sangat pandai mengatur sesuatu,” kata Kang Dong Won dipetik dari wikitree.

Baca Juga: Timeline Kisah Cinta Hyun Bin & Son Ye Jin