Home Entertainment 11 Kdrama Terbaik Song Hye Kyo & Han So Hee

11 Kdrama Terbaik Song Hye Kyo & Han So Hee

0

Duo meletup tahun ini, jom kita lihat 11 Kdrama terbaik pelakon utama The Price of Confession!

Baru-baru ini Han So Hee telah mengesahkan bahawa dia akan membintangi drama terbaru berjudul The Price of Confession. Kali ini dia akan bergandingan dengan pelakon jelita iaitu Song Hye Kyo.

0C99F58E 46F0 4625 9500 E5E80308971FDrama The Price of Confession merupakan drama Korea selatan yang mengisahkan tentang dua orang wanita yang terlibat dengan kes pembunuhan. Dibintangi duo hebat ini, pasti ramai peminat tidak sabar untuk menyaksikan drama siri terbaru ini.

Baca Lagi: Park Seo Joon dan Han So Hee dalam Drama Thriler Baru

Sebelum kita menonton The Price of Confession tidak lama lagi, jom kita lihat beberapa cadangan drama siri Korea Selatan terbaik yang pernah dilakonkan oleh pelakon-pelakon utama The Price of Confession ini!

1. Song Hye Kyo berkahwin secara kontrak dengan Rain dalam drama siri Full House (2004). Perasaan benci bertukar menjadi cinta!

33E40D38 1E78 44B9 9DF1 1C49A35A79B02. Dalam drama That Winter, the Wind Blows (2013), Song Hye Kyo merupakan seorang gadis yang cacat penglihatan tetapi sangat kaya raya. Dia bertemu dengan Jo In Sung iaitu jejaka yang mengaku sebagai abangnya.

8E5E81C1 2869 474A A118 BD11DF1C39BA3. Kisah perkahwinan paling gempar di Korea Selatan suatu masa dahulu adalah kisah antara Song Hye Kyo dan Song Joong Ki. Ternyata Song Hye Kyo pernah bergandingan bersama Song Joong Ki dalam drama Descendants of the Sun (2016).

8AF18F2C 426D 4E3A 88F4 8E3F063807BB

4. Membawa watak antagonis yang sangat menjadi, Han So Hee adalah puteri mahkota yang berkahwin dengan Doh Kyung Soo dalam drama 100 Days My Prince (2018)

2024198C 7AE4 4BEA BB67 F07C146EFD4D

5. Sebuah kisah romantik yang menonjolkan Song Hye Kyo yang membawa watak sebagai seorang wanita kaya raya yang sudah bercerai dan jatuh cinta dengan pekerjanya sendiri iaitu Park Bo Gum dalam drama siri Encounter (2018)

47342D3A F507 430E 96BD E2CC6C5753CB

6. Han So Hee merupakan orang ketiga di antara Kim Hee Ae dan Park Hae Joon dalam drama The World of the Married (2020)

04C46516 66FF 499E BF2A EA49560D5C0B

7. Han So Hee terlibat dengan cinta yang tiada kepastian dengan Song Kang dalam drama Nevertheless (2021). Perasaan cinta yang sering ada pasang dan surut!

DA6BE7D1 D8EB 498A 9A53 211B3E8992E6

8. Demi mencari pembunuh ayahnya, Han So Hee rela bekerja dengan Park Hae Soo dalam drama siri My Name (2021). Plot twist drama siri ini memang mengejutkan!

82071C69 5506 46F9 95E3 C4EEF2265DE09. Song Hye Kyo sangat berjaya dan gemilang dalam industri fesyen dalam dramasiri Now, We Are Breaking Up (2021). Artis jelita ini bergandingan dengan Jang Ki Yong.

8795D70A 2C2A 4B07 99BA 80DDC196C8B4

10. Han So Hee tetap menjalin persahabatan dengan Park Hyung Sik kerana dia tidak mahu berpisah dengan jejaka tersebut dalam drama siri Soundtrack #1 (2022)

D6DECE0B 2FD1 48D8 8F47 A4F07021087111. The Glory (2022-2023) menduduki tangga teratas dalam carta Netflix global, Song Hye Kyo berjaya membalas dendam dan memberi pengajaran kepada musuh-musuhnya yang merupakan pembuli sewaktu di bangku sekolah. Plot drama siri ini sangat menarik!

366BF5EE 1DD5 4D92 9BF8 7DEC6162B0E2Song Hye Kyo dan Han So Hee merupakan dua orang pelakon wanita dari Korea Selatan yang sangat dikenali kerana memiliki wajah yang menawan. Kedua-duanya akan digandingkan dalam drama terbaru berjudul The Price of Confession. Kita nantikan sahaja tayangan durama siri ini! Pasti menarik dan menjadi bualan ramai.

Baca Juga: Song Hye Kyo dan Han So Hee Digandingkan Dalam Siri Thriler The Price of Confession