Home Entertainment Lee Min Ho & Song Hye Kyo Dipilih Sebagai Pelakon Korea Paling...

Lee Min Ho & Song Hye Kyo Dipilih Sebagai Pelakon Korea Paling Diminati Di Dunia

0

Lee Min Ho dan Song Hye Kyo membuktikan diri mereka masih relevan walaupun ramai pelakon muda muncul dalam industri seni Korea Selatan.

Baru-baru ini dua pelakon berbakat besar ini telah terpilih sebagai pelakon Korea Selatan yang paling diminati dan digemari di dunia melalui sebuah tinjauan dan undian yang dilakukan.

DBAB28AA F4A0 447B 8DF9 3135B1A4D990 scaledLee Min Ho dan Song Hye Kyo menjadi pelakon lelaki dan pelakon wanita dari Korea Selatan yang paling digemari di dunia. Kedua-dua pelakon hebat ini menduduki tangga pertama dalam sebuah tinjauan global daripada pelbagai negara.

Baca Lagi: Perkara Menarik Lee Min Ho Ramai Yang Tidak Tahu

Tinjauan tersebut dijalankan oleh Korean Foundation for International Culture Exchange selama satu bulan dengan melibatkan 25,000 orang peserta yang berusia diantara 15 hingga 59 tahun.

Tinjauan yang memerlukan pendapat setiap peserta tersebut dikenali sebagai ‘2023 Hallyu Survey’ tinjauan ini dilakukan di 26 buah negara dari 5 buah benua.

Hasil tinjauan menunjukkan bahawa Lee Min Ho merupakan pelakon lelaki Korea Selatan yang paling digemari dan diminati dengan mendapat undian 9.1 peratus. Sejarah menunjukkan bahawa ini merupakan kali kelima pelakon yang kini berusia 35 tahun itu menduduki tangga pertama dalam senarai tersebut.

BEBF78B0 29BC 4D66 B48B 2047C252E4A8

Baca Lagi: 9 Perkara Song Hye Kyo Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sementara itu Song Hye Kyo muncul sebagai pelakon wanita Korea Selatan yang paling digemari dengan mengutip 2 peratus undi sekaligus mengalahkan pelakon-pelakon wanita lain yang turut tersenarai. Dia juga berada di tangga keempat dari keseluruhan senarai pelakon lelaki dan wanita Korea Selatan yang paling diminati di dunia.

45E31AFC 3D22 44A2 ACB5 719637302235Pelakon kacak Gong Yoo berada di tangga kedua untuk gelaran pelakon Korea Selatan paling diminati di dunia dengan mendapat undian sebanyak 2.7 peratus. Manakala tempat ketiga untuk kategori keseluruhan pelakon Korea Selatan yang paling diminati ialah pelakon kacak Hyun Bin dengan jumlah undian sebanyak 2.4 peratus.

227C5289 0724 4BE7 8B15 8A60C630E4E4 scaledUntuk kategori penyanyi/ kumpulan yang paling diminati dan digemari pula, tangga perrtama diraih oleh BTS dengan undian yang besar iaitu 31.3 peratus. RM, V, Jungkook, Jin, Suga, J-Hope dan Jimin mengalahkan Blackpink yang berada di kedudukan kedua dengan undian sebanyak 10.8 peratus.

3011D80C F996 4D25 8531 DCC50F4F10C5Selain itu terdapat juga kategori lain seperti K-drama yang paling diminati di seluruh dunia. Kdrama yang paling diminati di seluruh dunia adalah drama siri Netflix iaitu ‘Squid Game’ yang mendapat undian sebanyak 11.3 peratus.

A75D01A0 1AEF 4FFC AD8A 81CF7A4A2965

 

Kategori filem pula menyaksikan ‘Parasite’ terpilih menjadi filem Korea paling diminati di dunia dan diikuti ‘Train To Busan’ di tempat yang kedua.

09364E3A 2453 4149 810B 927328E88851
Baca Juga: Heo Jung Hee Pelakon Baru Yang Bersinar Dalam Kdrama Island