Home Entertainment Heo Jung Hee Pelakon Baru Yang Bersinar Dalam Kdrama Island

Heo Jung Hee Pelakon Baru Yang Bersinar Dalam Kdrama Island

0

Heo Jung Hee mengejutkan ramai peminat drama siri Korea Selatan apabila dia berjaya membawa watak sebagai pelajar sekolah menengah sedangkan usianya sudah mencecah 28 tahun.

70C85E07 F694 404E 89EA FE3C1FDC75CFIsland menjadi salah satu drama siri popular dari Korea Selatan. Bergenre fantasi, drama yang dibintangi oleh Kim Nam Gil, Lee Da Hee, Sung Joon dan Cha Eun Woo ini telah berjaya ditayangkan dalam dua bahagian.

Baca Lagi: Finale Kdrama Island 2 Bakal Rungkai 7 Perkara

Selain keempat-empat pelakon utamanya, drama siri ini juga dibintangi oleh barisan pelakon pembantu yang berjaya yang menambah rencah dan tarikan untuk drama siri ini. Salah seorang pelakon pembantu yang menarik perhatian ramai adalah Heo Jung Hee yang membawa watak sebagai Yeom Ji.
C8BAE957 F26F 4F9D 9EAA 478938F8E183Dalam drama siri Island, watak Yeom Ji digambarkan sebagai pelajar sekolah menangah yang sangat misteri. Pasti ramai peminat yang mahu mengenali dengan lebih lanjut pelakon cantik manis ini.

Jom kita baca beberapa info yang telah disediakan tentang Heo Jung Hee yang telah berjaya membawa watak Yeom Ji dengan berkesan sekali.

1. Heo Jung Hee membawa watak sebagai seorang pelajar sekolah menengah yang bernama Yeom Ji dalam drama siri Island bahagian pertama dan juga bahagian kedua.
A51037F0 725A 4992 B08E 1F35261C2F332. Yeom Ji adalah pelajar sekolah menengah yang dijaga dan dibesarkan sebagai cucu oleh Geum Baek Joo (Go Du Shim).

3. Pada awalnya Yeom Ji mengkhianati neneknya dan berpihak kepada Gungtan (Sung Joon). Namun, akhirnya dia kembali memihak kepada neneknya.

4. Heo Jung Hee adalah artis baru yang membuat debut pada tahun 2018 melalui satu watak kecil dalam filem Illang: The Wolf Brigade (2018).
2EABFE22 91F8 45E4 A9E1 4054635228115. Heo Jung Hee pernah tampil dalam dua web drama, iaitu Afternoon in a Small City (2018) dan So Handsome Man, Si Bel Homme (2020).

6. Nama Heo Jung Hee mula mendapat perhatian ramai semasa dia membawa watak sebagai pembuli dalam drama siri Shadow Beauty (2021).
8FA787BD 33EE 42DB BCF7 17E5DBEEA4EB7. Selain menjadi pembuli yang kejam dan kerap mengganggu Shim Dal Gi dalam drama Shadow Beauty (20221), dia juga merupakan buah hati kepada Choi Bo Min.

8. Heo Jung Hee merupakan pelakon wanita cantik molek yang lahir pada 22 Ogos 1995. Tahun 2023 ini dia akan menginjak ke usia 28 tahun. Ternyata dia tampak sangat awet muda, siapa sangka rupa-rupanya sudah berusia 28 tahun!
EBF48F2B 320C 4B9E 874E 680B2704947A9. Heo Jung Hee kerap berkongsi tentang aktiviti sehariannya bersama para peminat di laman Instagram peribadinya iaitu @h._.eeeeee

Heo Jung Hee merupakan artis Korea Selatan yang baru sahaja memulakan kerjaya lakonannya sejak 5 tahun yang lalu. Walaupun begitu, kemampuan lakonannya yang semakin meningkat patut dihargai. Semoga terus maju jaya buat Heo Jung Hee!

Baca Juga: 5 filem Aksi Korea Dengan Pertarungan Yang Ganas