Home Entertainment 9 Watak Antagonis Kdrama Yang Jahat Tapi Jiwang

9 Watak Antagonis Kdrama Yang Jahat Tapi Jiwang

0

Tidak lengkap rasanya sesebuah drama siri atau filem tanpa kehadiran watak-watak antagonis yang menyakitkan hati dan membuatkan para penonton merasa tidak senang. Walau bagaimanapun tidak semua cerita yang dihasilkan memerlukan watak antagonis bergantung kepada jalan cerita, genre dan lakon layar yang ditetapkan.

Kebiasaanya drama siri dari Korea Selatan pasti menonjolkan watak-watak antagonis yang berjaya membuat para penonton geram, walaupun geram, setiap minggu pasti para penonton tidak sabar untuk mengetahui apakah nasib watak antagonis yang dibenci oleh mereka.

Watak-watak antagonis juga berjaya ditonjolkan mempunyai perasaan kasih dan sayang terhadap orang kesayangan mereka. Walaupun mereka kejam terhadap orang lain, mereka tetap menjaga hati pujaan hati mereka tanpa gagal! Walau jahat tapi romantik. Pelik bukan?
D518D0AE 201A 4F8F 9083 4BA123FD3AD6Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) dan Jeon Jae Jun (Park Sung Hoon) merupakan dua karakter antagonis dalam drama siri The Glory. Walaupun kelakuan mereka sangat kejam dan mencalar emosi penonton, kedua-duanya turut mempunyai sisi romantik dan kedua-duanya saling menyayangi pula. Tidak padan dengan perangai kejam, masih sempat juga menunjukkan sisi berkasih sayang!

Baca Lagi: 11 Kdrama Saeguk Tiada Kaitan Dengan Politik dan Skandal Istana

Bukan sahaja watak antagonis dalam The Glory yang kini kerap disebut-sebut, terdapat beberapa watak antagonis dalam pelbagai drama drama siri lain yang digambarkan sangat menyayangi pujaan hati dan buah hati mereka. Contohnya, senarai karakter berikut yang telah kami kumpulkan ini. Jom kita sama-sama baca siapakah watak-watak yang dimaksudkan:

A081D7C7 BBBA 4A26 923A 2194279D7BB81. Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) menolak untuk berpisah dengan suaminya kerana terlanjur jatuh hati dalam The Glory (2022-2023)

CDD12764 17FF 4577 A5B5 AE6830C70A492. Terlalu menyayangi buah hatinya sejak zaman sekolah menengah, Jeon Jae Jun (Park Sung Hoon) dalam drama siri The Glory sanggup berbohong tentang alibi Park Yeon Jin pada hari kematian Yoon So Hee (Lee So E)

B8C623A6 2036 416E B8EB EC0B15FF2C273. Gwi (Lee Soo Hyuk) berusaha mengubah gadis yang dicintainya menjadi vampire seperti dirinya supaya mereka boleh terus bersama-sama selamanya dalam The Scholar Who Walks the Night (2015)

81B86FAE 769F 4645 AB7D 00ECB3A3D61C4. Walaupun kejahatannya membabitkan duit, sikap penyayang Eugene Han (Yoo Teo) kepada watak utama dalam Money Game (2020) berjaya mencuri perhatian!

A9142483 8210 44BF BA4E D26BAB85223C5. Sangat penyayang, Park Jae Sang (Uhm Ki Joon) dalam Little Women (2022) sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk isterinya yang tercinta, dia bahkan sanggup mati demi isterinya!

4E12AAD4 480F 4E0D BD99 E3D3F42183076. Hyun Ju Hee (Ok Ja Yeon) dibutakan dengan cinta terhadap suaminya sehingga turut terlibat dalam kejahatan dalam Big Mouth (2022)

54B09BCC 97CF 41F3 933A 8C90A4C41D2C7. Madam Lim (Shim So Young) terpikat dan tidak boleh melupakan Wang Tao Zi (Lee Je Hoon) yang menyamar dalam Taxi Driver musim 1 & 2 (2021-2023)

6D1C759A 2CD1 4A11 A3C0 095DA8A2CCEA8. Dama drama siri Somebody (2022), Sung Yun Oh (Kim Young Kwang) adalah pembunuh bersiri yang sangat menyayangi buah hatinya yang merupakan seorang sosiopat.

B6FA1E6C D070 4F1F B241 246A6E2670EA9. Walaupun dia merupakan seorang pembuli yang paling menyakitkan hati, Jang Geun Won (Ahn Bo Hyun) hanya setia dan mahukan seorang gadis sahaja sejak zaman sekolah lagi dalam Itaewon Class (2020)

Sikap penyayang dan romantik kepada pujaan hati masing-masing tidak membuatkan setiap watak di atas dimaafkan atas kejahatan yang telah mereka lakukan. Lagi pula sebahagian besar daripada watak-watak ini tidak mahu berubah dan bertaubat dan malahan menjadi lebih jahat setelah cinta mereka gagal dan kecundang.

Baca Juga: Pembekal Dadah Bintang ‘Hellbound’ Yoo Ah In Telah Ditangkap