Home Entertainment 5 filem Aksi Korea Dengan Pertarungan Yang Ganas

5 filem Aksi Korea Dengan Pertarungan Yang Ganas

0
Karya-karya dari Korea Selatan kini mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. Drama siri hinggalah filem mendapat tontonan yang sangat banyak dan diminati seluruh dunia.
Sejak drama siri Korea Selatan melebarkan sayap ke Asia melalui Winter Sonata pada tahun 2002, industri hiburan Korea Selatan tidak lagi menoleh ke belakang. Selain deretan drama siri yang menjadi kegilaan ramai, Korea Selatan sememangnya popular dengan filem-filem mereka yang kebanyakannya sangat original dan luar biasa.
Filem-filem aksi yang memaparkan adegan yang ganas tidak bertapis tidak kurang hebatnya mendapat sambutan dari ramai peminat.
Nama-nama besar bintang filem seperti Song Kang Ho, Ha Jung Woo, Kwon Sang Woo, Namkoong Min, Kim Rae Won, Park Hae Il, Sol Ktung Gu, Choi Min Sik, dan Lee Jung Jae meniti dibibir setiap peminat.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini produk filem dari Korea Selatan semakin menempa nama dengan kualiti filem yang sangat baik dipaparkan. Industri perfileman Korea Selatan boleh berbangga dengan banyak pencapaian global yang telah diterima, mereka turut diiktiraf dengan anugerah berprestij dunia seperti Anugerah Oscar.
Baca Lagi: Finale Kdrama Island 2 Bakal Rungkai 7 Perkara
Peminat-peminat filem aksi yang menyukai babak-babak ganas dan berlumuran darah, pasti tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan beberapa buah filem yang bakal kami senaraikan di bawah ini. Jom kita lihat senarai filem aksi Korea Selatan dengan aksi ganas dan padu:

1) A Bittersweet Life

1E03622F 594E 48C2 95ED 8CBA1C122567Filem ini menceritakan tentang Kim Sun-woo (Lee Byung-hun) yang bekerja sebagai orang kepercayaan Mr. Kang (kim Young-cheol) iaitu seorang pemilik hotel sekaligus ketua sebuah organisasi jenayah. Sun-woo adalah orang suruhan yang amat setia dan selalu menjalankan tugasnya dengan baik. Dia sedang berada di puncak kerjaya.
Pada suatu hari sewaktu Mr. Kang perlu ke luar negara, Sun-woo telah ditugaskan untuk menjalankan sebuah misi. Misinya adalah untuk melindungi dan mengawasi teman wanita Mr. Kang iaitu Hee-soo (Shin Min-a). Hee-soo adalah seorang gadis yang jauh lebih muda dari Mr. Kang. Mr. Kang curiga kerana merasakan Hee-soo tengah sedang menjalin hubungan dengan lelaki lain yang tentunya masih muda.
Sun-woo diminta mencari tahu kebenaran jika Hee-soo telah curang. Misi yang sebenarnya sangat mudah itu akhirnya mengubah kehidupan Sun-woo apabila dia mencampur adukkan perasaan hati nuraninya dalam misi tersebut.
2) The Man From Nowhere
9C6564A3 F796 4B35 A255 267FC041505DThe Man from Nowhere menceritakan tentang jenayah pwnyeludupan dadah yang terjadi di sebuah kelab malam. Di sana, seorang polis menyamar untuk mengawasi pergerakan mereka. Namun, polis itu gagal menjerat penjenayah apabila dadah tersebut dibawa lari oleh seorang penari kelab malam yang bernama Hyo-jeong (Kim Hyo-seo).
Sementara itu, seorang lelaki misteri bernama Cha Tae-sik (Won Bin) yang juga dikenal sebagai “ajusshi” menjalani hidupnya seperti biasa. Dia mempunyai sebuah kedai pajak gadai di sebuah kawasan yang kelam dan penghuninya tergolong dari bermacam jenis orang.
Dia tidak banyak bergaul dengan orang di sekitarnya, kecuali dengan seorang kanak-kanak perempuan yang bernama So-mi (Kim Sae-ron). So-mi tinggal bersekatan dengan kedai pajak gadai Cha Tae-sik dan sering berkunjung ketika ibunya membawa balik lelaki ke rumah.
Pada suatu hari, ibu So-mi iaitu Hyo-Jeong telah datang ke kedai pajak gadai tersebut dan menggadaikan sebuah beg dengan kamera. Namun, Cha Tae-sik tidak menyedari bahawa isi sebenar dalam beg itu merupakan dadah yang dicuri dari kelab malam. Sejak itu kehidupan Cha Tae Sik, So-mi dan Hyo Jeong mula dikejar kejahatan dan Cha Tae Sik, muncul membalas dendam.

3) Snowpiercer

01A32D6E 32F4 40F0 AC5D 7F0B6FC990D5Snowpiercer ialah sebuah filem aksi fiksyen sains produksi bersama Korea Selatan dan Republik Czech pada tahun 2013 arahan Bong Joon-ho. Filem ini merupakan adaptasi dari novel grafik Le Transperceneige karya Jacques Lob, Benjamin Legrand dan Jean-Marc Rochette melalui lakon layar nukilan Bong and Kelly Masterson.
Filem ini menceritakan tentang dunia masa depan. Bumi mengalami perubahan iklim yang sangat dahsyat dan membunuh hampir semua manusia di dunia.
Baki manusia dan hidupan lain dari yang terselamat selamat dan hidup kini meneruskan perjuangan di dalam sebuah kereta api panjang yang bergerak terus menerus tanpa henti dan disebut sebagai Snowpiercer, dimana kelas sosial antara yang miskin dan kaya tercipta. Curtis Everett (Chris Evans) berusaha melakukan pemberontakan akibat ketidakadilan yang terjadi.

4) The Good, the Bad, the Weird

4FEAE0D5 3E89 4952 BD32 34E1042C25E7The Good, the Bad, the Weird adalah film Korea Selatan produksi tahun 2008 bergenre drama aksi yang diarahkan oleh Kim Jee-woon dan berdasarkan naskah yang ditulis oleh Kim Jee-woon dan Kim Min-suk.
Beberapa bintang yang ternama berlakon dalam filem ini antaranya Song Kang-ho, Lee Byung-hun, dan Jung Woo-sung. Filem ini diinspirasikan dari filem karya Sergio Leone bertajuk The Good, the Bad and the Ugly. The Good, the Bad, the Weird dikeluarkan secara serentak pada 24 Mei 2008, dan turut menyertai Festival Filem Cannes.
Setelah itu, juga turut diadakan pelancaran di Amerika Syarikat, pada 23 April 2010. Filem ini menandai kerja sama kedua-dua pelakon iaitu Lee Byung-hun dan pengarah Kim Jee-woon, setelah sebelumnya bekerja sama dalam filem gangster A Bittersweet Life.

5) Okja

906573B9 84D7 45DA 8E64 A78DC6F2A4DA

Okja ialah sebuah filem aksi pengembaraan tahun 2017 Korea Selatan arahan Bong Joon-ho berdasarkan skrip yang ditulis bersama Jon Ronson. Filem ini membariskan pelakon handalan seperti Ahn Seo-hyun, Byun Hee-bong, Yoon Je-moon, Choi Woo-shik, Tilda Swinton, Paul Dano, Steven Yeun, Lily Collins, Shirley Henderson, Daniel Henshall, Devon Bostick, Giancarlo Esposito dan Jake Gyllenhaal.
Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang menyimpan rahsia tentang seekor babi gergasi dan sekaligus cuba menyelamatkannya. Sudah pasti kita juga turut disajikan aksi-aksi yang penuh debaran ketika misi menyelamatkan semula babi gergasi tersebut.
Antara kelima-lima filem yang tersenarai ini, filem mana satukah menjadi kegemaran anda semua? Kami akan kembali dengan kemas kini filem-filem aksi yang lain.
Baca Juga: 5 Penyanyi Wanita Terkaya Di Dunia