Home Entertainment Victory Filem Terbaru Hyeri & Park Se Wan

Victory Filem Terbaru Hyeri & Park Se Wan

0
Victory wajib ditonton dan disoroti oleh semua peminat filem Korea Selatan kerana Victory merupakan filem terbaru yang akan dibintangi oleh Hyeri Girl’s Day.
Filem ini juga merupakan projek lakonan terbaru dari pelakon cantik manis yang dilahirkan pada tahun 1994 tersebut. Hyeri tidak menunggu lama untuk muncul dalam filem terbaru selepas berjaya dalam drama May I Help You yang popular pada tahun 2022.
AAAF4A64 38C6 4743 895D D18BDC5C4BCBSelain Hyeri, filem Victory juga akan dibintangi oleh Park Se Wan yang telah mencuri perhatian pada tahun lalu menerusi filem 6/45 dan Life Is Beautiful.
Filem arahan sutradara Park Beom Soo ini akan menceritakan tentang kisah sebuah pasukan sorak. Kisah remaja yang penuh warna warni.
Baca Lagi: Choi Won Young & June iKON bakal muncul dalam Kdrama terbaru
Siapa yang sudah tidak sabar untuk menonton fiem ini? Jom kita lihat sama-sama beberapa fakta menarik tentang filem Victory di bawah ini:
1. Filem Victory adalah tentang pasukan sorak
Victory adalah filem remaja terbaru yang akan diarahkan oleh Park Beom Soo dari Red Carpet dan Single in Seoul. Filem ini dibarisi oleh bintang-bintang muda seperti Hyeri, Park Se Wan, Jo Aram, Choi Ji Soo, Baek Ha Yi, Kwon Yu Na, Yeom Ji Young, Lee Han Joo, dan Park Hyo Eun.
Filem ini akan mengangkat kisah tentang pasukan sorak dari Geoje Commercial High School yang dipanggil Millennium Girls yang mengumpulkan lapan anggota pasukan yang masing-masing mempunyai sifat dan peribadi unik. Filem yang berlatarkan tahun 1999 ini juga akan menceritakan tentang kisah persahabatan Pil Seon dan Mi Na yang membentuk bertanggungjawab membentuk pasukan sorak dengan tujuan agar mereka boleh menari.
2. Watak Hyeri Girl’s Day
AC637490 F49B 4F35 A5B6 98358E07DDB7Hyeri Girl’s Day yang sudah memikat para peminat melalui lakonannya sebagai Deok Seon dalam siri drama Reply 1988 akan membawa watak sebagai Pil Seon. Dia adalah seorang pelajar sekolah menengah yang menyimpan hasrat besar untuk menari sepanjang hidupnya. Pil Seon yang bersemangat dan mempunyai tenaga unik dan sangat menyenangkan ini akan berjinak dengan dunia pasukan sorak.
Victory adalah filem ketiga Hyeri Girl’s Day setelah Monstrum pada tahun 2018 dan My Punch-Drunk Boxer pada tahun 2019. Filem ini juga merupakan projek lakonan terbarunya setelah drama My Roommate is a Gumiho tahun 2021, Moonshine pada tahun 2021-2022, dan May I Help You pada tahun 2022.
3. Watak Park Se Wan

EA960020 AF60 4DA9 A79C 0AEAC639B8E1

Park Se Wan akan kembali mempamerkan kemampuan lakonannya yang padu dalam filem Victory sebagai Mi Na. Mi Na adalah sahabat kepada Pil Seon, dan gandingan hebat dengan Hyeri tentu menjadikan filem ini lebih menarik.
Victory adalah filem terbaru Park Se Wan setelah memberi lakonan berkesan melalui lakonannya dalam filem 6/45 dan Life Is Beautiful pada tahun 2022. Pelakon cantik jelita yang dilahirkan pada tahun 1994 ini juga turut berlakon dalam drama siri seperti Never Twice tahun 2019-2020, So Not Worth It tahun 2021, dan Alice the Final Weapon pada tahun 2022.
4. Watak Jo Aram, Choi Ji Soo, dan pelakon-pelakon lain
Victory pastinya merupakan sebuah filem yang wajib ditonton kerana filem ini dibanjiri dengan bintang-bintang muda berbakat besar. Jo Aram yang telah membuat debut lakonan melalui Kdrama The Killer’s Shopping List akan membawa watak sebagai Se Hyun. Dia adalah seorang pelajar yang berpindah dari Seoul dan pernah menjadi ahli pasukan sorak dan akan terlibat dalam konflik yang tegang dengan Pil Seon.
1EB5573E 79BC 45FC BAA0 F1828156F834Selain itu, Choi Ji Su yang juga pernah memikat para peminat melalui drama siri Juvenile Justice dan Poong, The Joseon Psychiatrist 2 juga akan membintangi filem ini. Begitu juga dengan Baek Ha Yi yang menggegar melalui True Beauty dan Imitation. Kwon Yu Na yang pernah tampil dalam Another Child dan 30 But 17 akan turut bergandingan dengan pelakon-pelakon lain untuk filem Victory.
Filem ini turut membariskan pelakon-pelakon lain yang berbakat seperti Yeom Ji Young, Lee Han Joo, dan Park Hyo Eun yang akan membawa watak sebagai anggota kumpulan sorak Millenium Girls.
Nantikan filem Victory, filem baru Hyeri Girl’s Day sebuah filem yang ditaburi bintang-bintang muda arahan pengarah Park Beom Soo ini sudah memulakan penggambaran pada 4 Mac 2023. Jadi kita cuma perlu tunggu khabar gembira selanjutnya mengenai tarik tayangan dan pelancaran filem ini. Pasti sudah ramai yang tidak sabar mahu menonton bukan!
Baca Juga: 5 filem Aksi Korea Dengan Pertarungan Yang Ganas