Home Entertainment Ahn Jae Hyun Buat Kemunculan Selepas 3 Tahun

Ahn Jae Hyun Buat Kemunculan Selepas 3 Tahun

0

Pelakon kacak Ahn Jae Hyun membuat kemunculan semula dalam drama bersiri baharu “The Real Has Come” dan bakal membawa watak sebagai seorang doktor yang tampan dan mempesona!

8DF41F3C 6B39 4984 A6D0 8EE110C3B270Sambil menunggu drama ini ditayangkan pada 25 Mac 2023 nanti, jom lihat sama-sama gambar-gambar Ahn Jae Hyun dalam The Real Has Come yang bakal membuat anda semua cair!

The Real Has Come atau yang juga dikenali dengan tajuk The Real Deal Has Come atau The Real One Has Appeared merupakan drama comeback (kemunculan semula) Ahn Jae Hyun selepas lebih kurang 3 tahun pelakon itu membintangi Love With Flaws pada tahun 2019-2020 lalu.

Dalam drama barunya ini, dia akan bergandingan dengan pelakon cantik jelita Baek Jin Hee. Selain mereka berdua, drama siri terbaru arahan pengarah Han Joon Seo dan penulis Jo Jung Joo ini juga turut melibatkan Cha Joo Young dari The Glory dan Jung Eui Jae dari Kill Heel.

Kita juga bakal menyaksikan lakonan yang pasti menarik dari Kang Bu Ja, Hong Yo Seob, Cha Hwa Yeon, Kim Hye Ok, Kim Chang Wan, Ryu Jin, dan ramai lagi pelakon-pelakon lain dalam drama siri ini.

Baca Lagi: Victory Filem Terbaru Hyeri & Park Se Wan

Buat para peminat yang sudah lama merindui kemunculan Ahn Jae Hyun, jom sama-sama kita lihat gambar-gambar pelakon ini yang telah dilepaskan untuk promosi drama siri terbarunya iaitu The Real Has Come ini.

5816EB9C ED4C 4956 9A28 3D2A8D3A053C1. Ini dia poster utama dan rasmi drama terbaru KBS iaitu The Real Has Come yang bakal memaparkan gandingan romantik antara dua pelakon utamanya. Drama siri ini mengisahkan tentang seorang tutor bahasa yang menjalin hubungan secara kontrak dengan seorang doktor tampan yang sangat menentang hubungan perkahwinan.

87A66612 60B1 4950 A9F7 196E4990BDE22. Baek Jin Hee akan membawa watak sebagai Oh Yeon Doo iaitu seorang tutor bahasa yang giat mengajar kelas-kelas bahasa secara atas talian. Sementara itu, Ahn Jae Hyun akan membawa watak sebagai Gong Tae Kyung iaitu seorang doktor obgyn yang tampan dan sangat cekap dan nekad untuk tidak mendirikan rumah tangga.

7C417DF4 9D2E 48F9 93A3 A86654AB3DFE3. Gong Tae Kyung yang mempunyai wajah tampan dan sangat berjaya memang berasal dari latar belakang keluarga yang istimewa. Walau Gong Tae Kyung kelihatan dingin dan sukar untuk didekati, lelaki ini sebenarnya mempunyai sisi lembut dan baik hati dalam dirinya.

15E0A710 DC8E 4BDB B20F 6F43F718EC9B4. Selain tampan, Gong Tae Kyung juga mempunyai kepintaran yang luar biasa. Disebalik penampilannya yang serius dan nampak angkuh, dia juga adalah merupakan seorang jejaka yang sangat prihatin terhadap orang lain. Hidup Gong Tae Kyung berubah secara mendadak setelah bertemu dengan Oh Yeon Doo.

AA17354A 9E0D 43A0 B51F 42244C3E329B5. Ahn Jae Hyun menyatakan bahawa The Real Has Come adalah drama siri yang akan memberi perasaan senang yang nyata kepada para peminat. Ahn Jae Hyun juga pernah membintangi My Love From the Star, You’re All Surrounded, Blood, Cinderella and the Four Knights, Into the World, The Beauty Inside, dan Love With Flaws.

8F883751 54B5 47FA 8D56 227959DDF07F6. Oh Yeon Doo kelihatan menawan dan kemas dengan senyuman lembut dan renungan mata yang penuh dengan rasa ingin tahu, sementara itu Gong Tae Kyung kelihatan memandangnya dengan penuh kagum. Satu gandingan yang cukup sempurna!
788D1AA6 295D 468B 948E FC46DCC6A7AB7. Dalam sisi lain, Gong Tae Kyung kelihatan tidak senang duduk dan agak janggal sewaktu bertemu semula dengan cinta pertamanya iaitu Jang Se Jin yang dilakonkan oleh Cha Joo Young. Jang Se Jin adalah wanita yang elegan, berani, dan sangat percaya kepada diri. Dia bekerja sebagai ketua setiausaha di sebuah syarikat yang besar.

594B4131 4F69 4331 9281 772CB6410EED

8. Pasti semua peminat ingin tahu bagaimana perasaan Gong Tae Kyung boleh berubah daripada perasaan cinta menjadi satu amarah yang meluap-luap.”Untuk mengetahui alasan mengapa ada ketegangan antara kedua-dua watak utama sewaktu saling berjumpa, nantikan tayangan perdananya,” kata produser drama siri The Real Has Come seperti yang dipetik dari portal Soompi.

Demikian sahaja beberapa gambar Ahn Jae Hyun dalam The Real Has Come beserta sedikit informasi sinopsis pendek drama siri ini beserta dengan huraian watak-watak yang akan dipegang oleh setiap pelakon. The Real Has Come akan membuat tayangan perdana pada 25 Mac 2023 ini di saluran KBS.

Baca Juga: 5 filem Aksi Korea Dengan Pertarungan Yang Ganas