Home VIU Pemandu Teksi Untuk Hantu.

Pemandu Teksi Untuk Hantu.

0

Pemandu teksi untuk hantu ?
Biasa kalau kita dengar hantu pun kita dah lari. Apatah lagi kalau nak tawarkan hantu naik kereta kita.

Tetapi di dalam Delivery Man, drama terbaru di Viu Original lain pula ceritanya apabila seorang pemandu teksi telah membuka perniagaan teksi untuk hantu .

Perkhidmatan ini untuk roh roh yang memerlukan bantuan untuk menunaikan permintaan terakhir atau sebarang urusan yang tidak selesai menyebabkan mereka tidak dapat ke dunia yang seterusnya.

Daebaking.co Pemandu Teksi Untuk Hantu

Drama yang membawakan genre penyiasatan komedi ini menampilkan barisan pelakon korea selatan seperti :

  • Yoon Chang Young  sebagai Seo Young Min
  • Bang Min Ah sebagai Kang Ji Hyun
  • Kim Min Seok  sebagai Do Kyu Jin

Drama ini mengisahkan Seo Young Min ( Yoon Chan Young) seorang pemuda yang memandu teksi milik mendiang ibunya.

Dia merupakan seorang pemandu teksi yang sanggup memandu sesiapa sahaja ke mana sahaja destinasi pelanggannya asalkan dia dibayar.

Ini kerana Seo Young Min memerlukan duit dan telah bekerja sangat keras untuk terus mempertahankan rumah yang di diami dirinya dan neneknya.

daebaking.co pemandu teksi untuk hantu 1

Perkhidmatan teksi untuk hantu ini bermula apabila dia secara tidak sengaja telah menumpangkan Kang Ji Hyun (Bank Minah ) hantu yang telah hilang ingatan.

Kang Ji Hyun tidak mempunyai sebarang memori tentang kehidupan silamnya, malah langsung tidak mengingati siapa dirinya termasuk namanya sendiri.

Ini telah menjadikan dia roh yang sesat dan terus merayau di alam manusia tanpa tujuan, sehinggalah dia menaiki teksi milik Seo Yong Min.

daebaking Pemandu Teksi Hantu 2

Setelah mendapat tumpangan percuma di teksi Seo Young Min, Kang Ji Hyun cuba untuk meninggalkan teksi itu.

Namun dia seakan melekat dengan teksi itu kerana walaupun cuba keluar satu daya tarikan yang sangat kuat telah menariknya kembali ke dalam teksi.

Idea mula bermain di fikiran Kang Ji Hyun, alang alang dia tidak dapat meninggalkan teksi , lebih baik mereka memulakan satu perniagaan teksi untuk hantu.

Baca lagi: Ternyata Mertua Dari Neraka Itu Wujud.

Daebaking.co Pemandu Teksi Hantu

Kerana walaupun dia tidak mengingati siapa dirinya dan kehidupannya yang dahulu. Kang Ji Hyun tahu dia tidak suka melihat sebarang ketidakadilan yang berlaku dan mahu menyelesaikannya.

Dia juga dapat memahami perasaan hantu yang terus merayau tanpa tujuan kerana mereka masih mempunyai urusan yang tidak selesai di dunia manusia, sama seperti dirinya.

Namun dia perlu untuk menyakinkan Seo Young Min untuk memulakan perniagaan teksi untuk hantu bersamanya.

daebaking.co pemandu teksi untuk hantu 2

Seo Young Min menganggap idea Kang Ji Hyun itu mengarut dan cuba mencari jalan untuk menghalau Kang Ji Hyun keluar, namun semuanya tidak berhasil.

Malah semua pelanggan manusia tidak mahu menaiki teksinya lagi tetapi hantu mula menaiki teksinya.

Tetapi Seo Young Min masih tidak bersetuju kerana tidak yakin bagaimana hantu hendak membayar perkhidmatan teksi yang ditawarkan kepada mereka.daebaking.co Pemandu teksi hantu 2

Kang Ji Hyun menyakinkan segala masalah kewangan Seo Young Min akan diselesaikan dengan mendapatkan bayaran wang daripada hantu.

Melihatkan bayaran wang yang jauh lebih banyak oleh pelanggan hantu daripada pelanggan manusia, Seo Young Min terus bersetuju untuk menjadi pemandu teksi untuk hantu pertama di dunia.

daebaking.co pemandu teksi hantu 1

Kang Ji Hyun pula terus melantik dirinya sendiri sebagai pengurus jualan kepada perkhidmatan teksi hantu mereka. Dia menggunakan kelebihannya sebagai hantu untuk mencari pelanggan mereka.

Jadi bermulalah perkhidmatan teksi untuk hantu mereka  dengan slogan mereka ” Manusia tidak dibenarkan . Hantu di alu-alukan”

Baca lagi: Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini Kembali.

daebaking.co Pemandu Teksi untuk Hantu

Menjadi satu satunya perkhidmatan teksi hantu di Korea, mereka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga pelanggan hantu mereka beratur panjang untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

Nampak mudah , tetapi sebenarnya mereka terpaksa melakukan pelbagai perkara untuk menunaikan permintaan pelanggan hantu mereka.

Antaranya seperti terpaksa mengejar pembunuh bersiri yang telah membunuh pelanggan mereka dan masih terus bebas.

daebaking.co pemandu teksi untuk hantu 5678

Selagi mereka tidak menangkap pembunuh bersiri itu selagi itulah pelanggan mereka menjadi roh yang tidak tenang dan terus merayau.

Tiada kes yang tidak dapat mereka selesaikan mereka bila bekerjasama dan menggunakan kebolehan masing masing sebagai manusia dan hantu.

daebaking.co pemandu teksi untuk hantu 56

Tidak lupa juga mereka berdua selalu mendapatkan bantuan seorang rakan setia mereka, Do kyu Jin (Kim Min Seok) seorang doktor di ER yang sangat gilakan kerjanya namun mempunyai raut wajah yang sangat tampan.

Perniagaan semuanya kelihatan lancar namun sedikit demi sedikit rahsia kisah silam Kang Ji Hyun mula mengganggu ketenangan hidup mereka.

daebaking.co Pemandu Teksi Hantu 2

Suatu hari, Seo Young Min perasaan akan getang rambut milik mendiang ibunya berada di pergelangan tangan Kang Ji Hyun.

Mereka mula menyiasat apa yang telah berlaku sebenarnya kepada Kang Ji Hyun dan adakah tersembunyi rahsia yang lebih besar di sebalik kematian Kang Ji Hyun?

Apa lagi yang akan dihadapi oleh pemandu teksi untuk hantu nanti?

Jom lah kita layan drama Delivery Man di Viu Malaysia. Korang boleh juga download aplikasi Viu Malaysia di telefon korang.

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan setiap episod terbaru Delivery Man tanpa gangguan iklan.