Home Entertainment Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini Kembali.

Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini Kembali.

0

Akhirnya Rainbow Taxi Club kembali lagi. Bagi korang yang tak kenal siapa Rainbow Taxi Club mesti korang belum tonton kdrama Taxi Driver kan? Memang rugi lah siapa yang tak tengok drama yang bergenre Crime Thriller ini.

Daebaking.co Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini Kembali 2

Taxi Driver adalah drama yang diadapatasikan daripada Webtoon yang berjudul The Deluxe Taxi hasil karya Carlos dan Lee Jae Jin . Musim pertama drama ini menemui penonton pada tahun 2021 dan telah menerima sambutan yang sangat luar biasa.

Untuk Taxi Driver musim kedua,  walaupun baru ditayangkan dua episod, rata rata telah memuji visual drama ini yang terperinci , jalan cerita dan skripnya yang menarik dan juga tidak dilupakan kehebatan pelakon-pelakon dalam membawakan watak mereka dengan cemerlang.

Daebaking.co Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini Kembali 2
Drama Taxi Driver 2 ini di bintangi barisan pelakon versatile Korea seperti :

  • Lee Je Hoon  sebagai Kim Do Ki
  • Pyo Ye Jin sebagai Ahn Go Eun
  • Kim Eui Sung  sebagai Jang Sung Chul.
  • Jang Hyuk Jin  sebagai Choi Kyung Koo.
  • Bae Yoo Ram sebagai Park Jin Eon
  • Shin Jae Ha   sebagai On Ha Joon.

Sebelum korang tengok Taxi Driver 2, jom kita recap balik drama Taxi Driver.

Taxi Driver mengisahkan tentang lima individu yang telah menjadi mangsa kepada jenayah di Seoul dan telah berkumpul untuk membantu mereka yang lain membalas dendam dan mendapatkan keadilan yang tidak mereka dapat dahulu.

Daebaking.co Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini Kembali 5Baca lagi: Ternyata Mertua Dari Neraka Itu Wujud.

Kim Do Ki ( Lee Je Hoon ) merupakan bekas askar berkelulusan Akademi Tentera Laut Korean, yang terpaksa melihat emaknya mati di pangkuannya akibat kekejaman pembunuh bersiri.

Kerana tidak dapat menerima yang emaknya dibunuh secara rambang dia mula merubah hidupnya dengan bekerja di Syarikat Rainbow Taxi yang di miliki oleh Jang Sung Chul ( Kim Eui Sung).

Daebaking.co Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini Kembali 4
Walaupun kelihatan seperti sebuah syarikat teksi yang biasa, sebenarnya ianya adalah syarikat teksi yang menawarkan perkhidmatan membalas dendam kepada mangsa jenayah yang gagal mendapatkan keadilan undang undang.

Rainbow Taxi dibuka kerana Jang Sung Chul yang masih tidak boleh melupakan peristiwa ibubapanya yang dibunuh 20 tahun yang lalu dan dia merasakan undang undang tidak adil kerana hukuman pembunuh tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Oleh sebab itu, dia memilih untuk membantu mereka yang teraniaya untuk mendapatkan keadilan mereka sendiri .

Daebaking.co Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini KembaliBaca lagi: Bila Bos Baru Rupanya Ex Boyfriend. Drama Terbaru Mantan Tapi Menikah 

Ahli kumpulan mereka yang lain adalah Ahn Go Eun ( Pyo Ye Jin) yang merupakan seorang hacker dan dua orang mekanik iaitu Choi Kyung Koo ( Jang Hyuk Jin ) dan Park Jin Eon ( Bae Yoo Ram).

Bagaimana nak dapatkan khidmat daripada Rainbow Taxi ni? Bukan semua dapat naik teksi diaorang ini .

Daebaking.co Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini Kembali 1
Bermula dengan panggilan telefon daripada pelanggan mereka, team Rainbow Club akan mula membuat strategi untuk menghukum penjenayah yang terlibat di dalam kes yang mereka terima.

Pelbagai kes yang mereka terima daripada kes Scammer Voice Phishing , kes pekerja yang ditindas oleh majikan mereka sehinggalah kepada kes budak sekolah yang dibuli. Setiap kes yang berbeza menunjukkn betapa lemahnya sistem undang undang yang sedia ada.

Daebaking.co Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini Kembali 3
Setelah menangkap penjenayah yang terlibat,  mereka akan membawa penjenayah tersebut kepada Godmother , Baek Sung Mi (  Cha Ji Yeon ) yang akan membawa penjenayah kepada penjara khas.

Disitu mereka akan melihat samada penjenayah mula berubah dan menyesal atas kesalahan mereka atau masih dengan perangai mereka yang sama.

Daebaking.co Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini Kembali 7

Namun tak semua semudah yang disangka. Masalah mula timbul apabila Godmother Baek Sung Mi mula membelot mereka. Di tambah pula mereka mula disiasat oleh Pendakwaraya Kang Hana (Esom) kerana kehilangan pembunuh bersiri bernama Cho Do-chul (Cho Hyun-woo).

Namun Rainbow Taxi tetap komited dalam membantu kesemua pelanggan mereka yang teraniaya.

Daebaking.co Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini Kembali 2 1 Secara tidak langsung drama Taxi Driver ini sebenarnya mengkritik sistem undang undang yang lemah apabila hukuman terhadap penjenayah biasanya tidak setimpal dengan jenayah yang mereka lakukan sehingga mangsa atau keluarga mangsa telah memilih untuk mencari keadilan mereka sendiri dengan membalas dendam seperti menggunakan perkhidmatan Rainbow Taxi.

Apa lagi kes baharu yang akan diterima oleh Rainbow Taxi?

Jom lah kita layan drama Taxi Driver 2 di Viu Malaysia. Korang boleh juga download aplikasi Viu Malaysia di telefon korang.

 

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan setiap episod terbaru Taxi Driver 2  tanpa gangguan iklan.