Home Entertainment 5 Filem Aksi Terbaik Denzel Washington

5 Filem Aksi Terbaik Denzel Washington

0

Siapa tidak mengenali nama besar seperti Densel Washington? Pelakon yang merupakan antara gergasi di Hollywood ini telah berlakon dalam banyak filem-filem akai popular yang sekaligus mengangkat namanya sebaris dengan pelakon-pelakon lagenda yang lain.

Pelakon berbakat besar yang berasal dari Amerika Syarikat ini memang tidak boleh disangkal lagi merupakan salah satu pelakon terbaik sepanjang zaman. Denzel Washington telah mempersembahkan lakonan mantap, bersahaja dan sangat berkesan dalam setiap filem-filem hebat yang dibintangi olehnya.
1BE9AF3F 1C60 49E1 8028 55F44D8EEBEA Pelakon ini pernah membawa watak sebagai seorang aktivis terkenal seperti mendiang Malcolm X, pernah juga membawa watak sebagai seorang jurulatih football (American football) di sebuah sekolah tinggi yang hebat dugaan dan cabaran perkauman dalam filem Remember The Titans, pernah juga membawa watak sebagai Frank Lucas yang merupakan individu paling jahat yang menjual dan mengedar dadah dalam filem American Gangster.

Jom kita lihat senarai filem aksi terbaik lakonan Denzel Washington:

 

1) Training Day (2001)

E8B46C8C 4F72 42EB B39E 3FE5533203DCFilem Training Day bukan sahaja salah sebuah filem aksi terbaik lakonan Denzel Lakonan tetapi filem ini sememangnya adalah filem terbaik pelakon ini sepanjang kariernya. Filem ini menjulang nama Denzel Washington sebagai Pelakon Terbaik dalam Anugerah Oscar 2002.

Satu anugerah yang tertinggi buat para pelakon dari seluruh dunia. Jalan cerita yang sangat teratur, skrip yang sangat menarik dan pastinya lakonan yang sangat-sangat berkesan membuatkan filem Training Day sebagai filem terbaik dari Denzel Washington. Denzel Washington membawa watak sebagai seorang pegawai polis yang tidak amanah dalam filem ini, sebuah permainan emosi yang cukup kompleks ditonjolkan oleh pelakon ini.

2) Man On Fire (2004)

030A6074 51AD 42BC 8A2A CA279BCC4410Man On Fire adalah salah satu filem balas dendam yang terbaik pernah dibintangi oleh Denzel Washington tapi sayangnya filem ini agak underrated. Denzel Washington membawa watak seorang pengawal keselamatan yang sangat kejam dan membunuh setiap musuhnya tanpa belas kasihan apabila anak majikannya diculik.

Denzel Washington berjaya menonjolkan watak sebagai seorang lelaki penyayang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan seorang anak kecil yang sudah dianggap sebagai kawan baiknya.

3) The Book Of Eli (2010)

A8206D36 C8A1 4986 B550 0AE2A43EECCAWalaupun The Book Of Eli tidak berjaya menonjolkan sinar Denzel Washington, filem ini masih boleh dikategorikan sebagai antara filem aksi terbaik dari Denzel Washington. Filem ini mempersembahkan jalan cerita dengan babak-babak penuh aksi yang menyajikan koreografer yang brutal dan sinematografi yang sangat menarik (pada zaman itu).

4) The Equalizer (2014)

8797828F 8088 4EA4 AAA8 4F0560CBFB42

Persembahan Denzel Washington dalam filem The Equalizer menjadi ingatan para peminat filem sehingga ke hari ini. Siapa sangka filem The Equalizer merupakan sebuah remake dari sebuah siri TV pada era 80-an dengan tajuk yang sama.

Pesona Denzel Washington sangat memukau untuk filem ini. Pelakon lagenda ini berjaya membawa watak seorang Robert McCall iaitu ejen terbaik kerajaan yang membunuh setiap musuhnya dengan kejam. Pada tahun 2018 Robert McCall kembali lagi mengegar dan memburu orang-orang jahat dalam sekuel yang The Equalizer 2.

5) The Magnificent Seven (2016)

A83417BB D700 443A ABDC 33C6D8878EA4Filem ini merupakan remake filem 60-an dengan tajuk yang sama. Filem barat klasik ini mempersembahkan banyak adegan aksi yang lebih segar. Pertarungan epik sekumpulan sahabat menentang penjahat tidak berhati perut.

Filem ini dibarisi ramai bintang ternama selain Denzel Washington. Antara barisan pelakon adalah Criss Pratt, Ethan Hawke, Vincent D’Onofrio, Haley Bannet, Martin Sensmeier, Manuel Garcia-Rulfo dan juga Lee Byung Hun.

12CF70A5 5DC6 4FED A1FC 608F279703B7

Selain 5 filem yang tersenarai ini, Denzel
washington mempunyai senarai yang lebih panjang untuk dibincangkan. Filem-filem aksi seperti Ricochet (1991) dan juga Safe House (2012) juga sangat menarik dan penuh aksi memukau.

Kita akan kembali dengan senarai-senarai filem terbaik yang lain dari pelakon lagenda ini.