Home Entertainment Liam Neeson Tidak Suka Adegan Ranjang

Liam Neeson Tidak Suka Adegan Ranjang

0

Sebut sahaja nama Liam Neeson maka pelakon lagenda ini akan sentiasa diingati dengan watak-watak hebat dalam setiap filem lakonannya. Liam Neeson pernah melatih pahlawan Jedi, berlawan menentang Batman, berjuang mengejar penculik, dan menjatuhkan ramai orang jahat dan ketua mafia.

D3C604BD 9731 41B6 AEBA 42ED6589BB4D

Kini pelakon lagenda yang disegani ramai itu bakal melakar sejarah dengan membintangi filemnya yang ke-100. Neil Jordan kali ini muncul dengan filem mendebarkan noir crime thriller yang bertajuk Marlowe dan menyaksikan bintang besar Liam Neeson sebagai bintang utama.

FABC897A 334D 4F61 91E1 6218C31200C4 scaled

Sejujurnya saya sudah berusia dan sangat bertuah,” kata pelakon yang sudah berusia 70 tahun itu secara rambang semasa diwawancara secara spontan semasa tayangan istimewa filem barunya Marlowe di New York pada petang Rabu yang lalu.

Saya sangat bertuah. Saya tidak pernah melupakan bahawa saya selalu bernasib baik. Saya juga sentiasa sedar bahawa diri saya sendiri yang mencipta nasib saya.” Tambahnya lagi.

Pelakon yang sangat istimewa ini mengakui bahawa dia tidak pernah berniat dan menyimpan angan-angan untuk menjadi pelakon sewaktu dia masih muda, dia tidak pernah menyimpan angan-angan untuk menjadi bintang filem.

Jika saya mempunyai cita-cita, mungkin saya ingin menyertai Teater Kebangsaan Britain.” Liam Neeson mendedahkan bahawa Excalibur (1981) yang telah membuatkan dia mula jatuh cinta dengan dunia perfileman.

Terdapat baju perisai yang berkilauan, kuda dan pertarungan pedang”, demikian pelakon tersebut mengingati kembali detik-detik dan kenangan sewaktu berlakon dalam Excalibur.

Rasanya seperti di syurga, terus saya jatuh cinta (dengan dunia lakonan)”, sambung bintang lagenda itu lagi.

Filem terbarunya Marlowe menyaksikan Liam Neeson membawa watak sebagai seorang detektif yang sangat hebat iaitu Philip Marlowe. Filem ini merupakan kerjasama ke-4 antara Neil Jordan dan Liam Neeson.

62A54078 7CB3 4607 ACC7 2CEFE212E1AE

Walaupun sudah berdekad terlibat dalam dunia perfileman dan sudah melakonkan banyak watak-watak yang ikonik, Liam Neeson mendedahkan bahawa ada satu perkara dalam dunia perfileman yang akan membuatkan dia berasa selalu tidak selesa iaitu adegan ranjang.

Terus terang saya katakan, bila saya menonton adegan ranjang. Saya terus berpaling. Saya terus merasa malu,” katanya.

03E564E7 BAD3 4E39 BF19 9B9C543CD2A9

Menyambung lagi pelakon berbakat besar ini berkata, “saya tahu adegan ranjang tersebut adalah lakonan semata-mata tapi saya memang tidak berminat langsung untuk menontonnya.”

Penn Badgley yang baru-baru ini menggemparkan dunia hiburan apabila mengumumkan bahawa dia akan mengurangkan adegan ranjang dalam siri Netflix yang bertajuk ‘You’, Liam Neeson pula berpendirian bahawa dia lebih suka untuk menolak adegan ranjang dalam mana-mana atau filem lakonannya.

6495AADE 2365 41E5 9B7A DC79539C9FE4

Pelakon itu menyatakan bahawa dia bersetuju dengan tindakan Penn Badgley dan Liam Neeson juga turut memberitahu sepanjang kariernya dia pernah melakukan beberapa adegan ranjang dan dia tidak mahu lagi mengingatinya. Dia harap itu semua (adegan ranjang lakonannya) hanyalah sebuah imaginasi.

DACBAE9B AFA7 408C B05D B919D5BD7A42

Liam John Neeson atau lebih dikenali sebagai Liam Neeson ini lahir pada 7 Jun 1952. Dia ialah seorang pelakon kelahiran Ireland Utara. Dia telah dicalonkan beberapa kali untuk anugerah filem ternama seperti Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah BAFTA untuk Pelakon Terbaik serta Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem – Drama. Majalah Empire menyenaraikannya sebagai antara “100 Bintang Filem Sepanjang Masa“.

Baca Lagi: Avril Lavigne Putus Tunang

Baca Juga: 5 Pelakon Wanita Terkaya Di Dunia Pada 2023