Home Entertainment 5 Pelakon Wanita Terkaya Di Dunia Pada 2023

5 Pelakon Wanita Terkaya Di Dunia Pada 2023

0

Selalunya kita disajikan dengan kisah mengenai kekayaan pelakon lelaki sahaja. Kali ini jom kita soroti kisah dan senarai pelakon-pelakon wanita yang paling kaya di dunia. Ramai gadis-gadis di seluruh dunia memasang impian untuk menjadi bintang bergemerlapan seperti selebriti-selebriti jelita Hollywood dan juga Bollywood.

Siapa sahaja tidak terpesona melihat kejelitaan Aishwarya Rai, Deepika Padukone, Kareena Kapoor, Reese Witherspoon, Jessica Alba dan ramai lagi selebriti yang sering menjadi tontonnan umum. Walaupun para pelakon ini dibayar berjuta-juta USD untuk setiap filem lakonan mereka, tetapi jalan yang mereka pilih ini bukanlah mudah.

Menjadi seorang pelakon yang kekal relevan sepanjang zaman dan mengekalkan kejayaan dalam industri hiburan ini bukanlah sesuatu yang senang digapai. Banyak pengorbanan perlu dilakukan. Mereka biasanya mengorbankan kehidupan mereka demi menjadi yang terbaik antara yang terbaik.

Tidak ramai yang mampu melangkah sejauh artis-artis ini untuk mengekalkan nama mereka di puncak. Mereka bukan sahaja meletakkan diri mereka di aras tersendiri, tetapi pelakon-pelakon wanita ini turut berjaya mengumpul harta kekayaan hasil dari kerja keras mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni dan ada yang beruntung terus terjun ke bidang perniagaan untuk mencari potensi yang lebih besar.

Selain pelakon Hollywood, pelakon-pelakon wanita Bollywood juga terkenal dengan pesona kecantikan dan kejelitaan mereka. Gerak tubuh mereka yang melentik dan melankolik menari mengikut irama lagu dan muzik amat mengasyikkan. Aishwarya Rai mengungguli cara pelakon wanita terkaya di India pada tahun 2023 dengan catatan pendapatan dan kekayaan sebanyak $100 juta USD.

EF4E1D57 DB5B 41C4 B252 C6FC640B2CCE

Jom kita lihat siapakah pelakon wanita terkaya di dunia buat masa ini:

1) Jami Gertz

6F20EAE1 E886 4D3C 84F2 854A9A3C15F2Jami Gertz bukan sahaja merupakan artis wanita terkaya di dunia, selebriti kenamaan ini juga turut mengungguli carta pelakon terkaya di dunia mengatasi Shah Rukh Khan, Tom Cruise dan nama-nama besar yang lain. Jumlah kekayaannya adalah $3.2 billion USD. Selain menjadi seorang pelakon, Jami Gertz juga berjaya dalam bidang hartanah.

2) Mary Kate Olsen dan Ashley Olsen

CD7B28EB ACB0 4704 BC43 7AEA5220B634Dua beradik kembar keluarga Olsen ini memulakan karier sejak berusia 6 bulan lagi. Wajah mereka terpampang di mana-mana media sejak mereka masih kecil. Kejayaan dalam dunia lakonan tidak menghentikan pasangan kembar ini untuk melebarkan sayap mereka ke dunia fesyen. Kini mereka aktif dalam perniagaan rekaan fesyen. Jumlah kekayaan mereka dianggarkan melebihi $500 juta USD.

3) Reese Witherspoon

B00D33F6 A4D4 4F59 BC8C 2F4B2FFFC2FAPemenang Golden Globe Awards sebanyak dua kali ini turut menceburkan diri untuk menjadi produser. Reese Witherspoon merupakan antara pelakon Hollywood yang mendapat bayaran termahal di dunia. Dia memiliki sebuah syarikat produksi yang diberi nama Hello Sunshine. Selain itu dia turut memiliki rangkaian jenama pakaian Draper James. Jumlah kekayaannya dianggarkan $420 juta USD

 

4) Victoria Principal

A47AB021 4818 4502 8752 442401ED0028Victoria Principal adalah pelakon veteran Hollywood yang dahulunya cukup terkenal dalam ‘soap opera’. Pelakon yang turut dikenali sebagai Vicki Ree Principal ini telah bersara dari dunia lakonan pada tahun 2001. Selepas itu dia terus aktif menceburkan diri sebagai produser, usahawan dan juga penulis. Jumlah kekayaannya setakat tahun 2023 adalah $350 juta USD.

5) Jessica Alba

CBB9225F 4AC8 4BDD 9680 9EE45211CCA6Selain kerjaya gemilang sebagai seorang pelakon, Jessica Alba juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Pelakon ini memulakan kerjaya di Hollywood ketika berusia 13 tahun. Pada tahun 2011, dia telah membuka sebuah syarikat yang diberi nama Honest Company. Syarikatnya mengeluarkan rangkaian barangan bayi dan juga barangan keperluan rumah. Jumlah kekayaan Jessica Alba adalah $200 juta USD.

Baca Lagi: Putera William Curang?

Baca Juga: Cristiano Ronaldo Mendapat Pampasan