Home Entertainment Avril Lavigne Putus Tunang

Avril Lavigne Putus Tunang

0

Kurang setahun selepas mengikat tali pertunangan, penyanyi dan pemuzik pop punk terkenal iaitu Avril Lavigne dan tunangnya Mod Sun tidak berakhir di jinjang pelamin seperti yang diimpikan apabila hubungan mereka putus di tengah jalan.

70B3B595 E217 413C 9222 D16BF83BBF28

Sumber yang rapat dengan pasangan tersebut telah mengesahkan berita putus tunang ini kepada pihak media.

Avril Lavigne dan Mod Sun memang sudah mempunyai hubungan yang kurang baik sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sekarang mereka tidak lagi bergelar pasangan tunang.” Kata salah seorang sumber yang rapat dengan Avril Lavigne dan Mod Sun.

Avril Lavigne yang kini berusia 38 tahun dan Mod Sun yang berusia 35 tahun, kali terakhir dilihat membuat kemunculan bersama-sama di hadapan umum dan khalayak ramai adalah pada majlis meraikan Julis Greenwald dan Craig Kallman semasa acara pre-Grammy di Los Angeles.

EB9718AF 2E95 4C81 A2E5 4C82BB0A75F3

Sebelum ini sebuah media pernah menyebarkan gambar Avril Lavigne sedang berpelukan secara mesra dengan penyanyi Rap terkenal Tyga selepas mereka selesai menjamu selera di sebuah restoran Nobu.

Gambar-gambar tersebut menyebabkan khabar angin bertiup kencang mengatakan Avril Lavigne mempunyai hubungan romantik dengan lelaki lain di belakang tunangnya.

Walau bagaimanapun terdapat sumber yang mendedahkan bahawa Avril Lavigne dan Tyga sememangnya sahabat baik sejak dulu lagi dan mereka tiada ikatan perasaan yang istimewa antara satu sama lain. Tiada campur tangan pihak ketiga dalam perpisahan yang berlaku antara Avril Lavigne dan tunangnya.

Wakil Mod Sun memberitahu media, “mereka berdua seolah-olah baru sahaja mengikat tali pertunangan 3 hari yang lepas sewaktu Mod Sun sedang melakukan konsert jelajah, perpisahan ini tidak akan mengubah apa-apa. Mod Sun akan terus mengadakan persembahan malam ini di Portland.”

Sementara itu wakil Avril Lavigne belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perpisahan ini.

Avril Lavigne dan Mod Sun atau nama sebenarnya Derek Smith berjumpa pada bulan Januari 2022 dan mengeluarkan sebuah single bersama yang bertajuk ‘Flames’ pada bulan yang sama. Hubungan mereka seterusnya menjadi lebih rapat dan mesra beberapa bulan selepas itu dan mereka mengikat tali pertunangan pada bulan April 2022.

B2FF1FEE A708 469D 9307 BF8F2890FDDD 1B730D42 80AC 427A A1E7 E78A9AB65413Avril Ramona Lavigne dilahirkan pada 27 September 1984 ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pereka fesyen dan pelakon berbangsa Kanada. Dia lahir di bandar Belleville, Ontario, tetapi banyak menghabiskan zaman mudanya di pekan Napanee, Ontario.

Pada usia 15 tahun, beliau membuat persembahan bersama Shania Twain, dan setahun kemudian, Avril Lavigne menandatangani kontrak rakaman bersama Arista (kini RCA Records). Eksekutif rakaman, Antonio “L.A.” Reid menawarkan rekod dua album yang bernilai lebih $2 juta kepadanya. Ketika berusia 17 tahun, Avril Lavigne menceburi bidang muzik dengan album sulungnya iaitu Let Go yang dikeluarkan pada tahun 2002.

Baca Lagi: Terkini Suami Kellie Pickler Bunuh Diri

Baca Juga: Deretan Teman Wanita Leonardo Dicaprio