Home Entertainment Filem Kang Ha-neul Yang Wajib Tonton

Filem Kang Ha-neul Yang Wajib Tonton

0

Pelakon tampan Korea Selatan Kang Ha Neul baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-33 pada 21 Februari 2023. Selain dikenali melalui drama-drama sirinya yang sangat popular dia juga turut terkenal sebagai seorang bintang filem melalui beberapa buah filem popular lakonannya.

ED709E0C 49FD 45B5 B6FA 1E8BCBFF3981

Kang Ha Neul yang lahir pada 21 Februari 1990 sudah membintangi banyak drama dan filem hits sepanjang kariernya. Lakonannya sangat berkesan dalam setiap drama dan filem lakonannya.

Antara drama-drama menarik lakonannya adalah The Heirs (2013), Misaeng: Incomplete Life (2014), Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016), When the Camellia Blooms (2019), Insider (2022), Curtain Call (2022), dan banyak lagi.

Selain daripada drama siri, beberapa film popular Kang Ha Neul juga wajib ditonton.
Jom kita baca senarai beberapa filem menarik pelakon tampan ini:

1.) Twenty (2015)

B9CB363F F3D1 4D2E 8475 F8DCF3ECF71A

Salah satu film popular Kang Ha Neul yang wajib ditonton adalah Twenty yang ditayangkan pada tahun 2015. Selain Kang Ha Neul, filem ini juga dibintangi oleh pelakon-pelakon popular seperti Kim Woo Bin, Junho 2PM, Jung So Min, Lee Yoo Bi, Min Hyo Rin, dan ramai lagi.

Filem yang menyentuh hati ini mengisahkan tentang tiga orang sahabat iaitu Chi Ho (Kim Woo Bin), Dong Woo (Junho), dan Gyung Jae (Kang Ha Neul) yang mencari-cari tujuan hidup. Mereka mempunyai personaliti berbeza, tetapi tetap mempunyai satu persamaan dalam hidup iaitu mereka harus menghadapi pelbagai cabaran baru yang mendatang dalam hidup.

2.) Midnight Runners (2017)

F429E1C0 71A8 4459 8735 65CA3FEFB612

Midnight Runners adalah filem hits Kang Ha Neul pada tahun 2017 yang juga dibintangi oleh Park Seo Joon. Filem ini mengisahkan tentang Ki Joon (Park Seo Joon) dan Hee Yeol (Kang Ha Neul) iaitu dua pelajar akademi polis yang ingin menjadi pegawai polis.

Mereka bukanlah yang paling bijak atau paling berpengalaman dalam kelas mereka tetapi mereka mempunyai rasa cintakan keadilan yang tinggi. Semasa mereka menyaksikan satu penculikan, Ki Joon dan Hee Yeol memutuskan untuk mengambil tindakan sendiri dan menyiasat kes tersebut dengan lebih mendalam.

 


3.) Waiting for Rain (2021)

02D54CE7 0E65 4130 ABDF 6297AB6CB794

Waiting for Rain adalah film Korea Selatan keluaran tahun 2021 yang dibintangi oleh Kang Ha Neul, Chun Woo Hee, Im Joo Hwan, Kang Sora, dan lain lagi. Kang Ha Neul membawa watak sebagai Young Ho, pemuda yang telah beberapa kali mencuba untuk menempatkan diri ke sekolah terbaik dan dia memang tidak memiliki tujuan dalam hidup.

Dia memutuskan untuk mengirim surat kepada teman sewaktu kecilnya yang bernama So Yeon. Namun, adik perempuannya iaitu So Hee (Chun Woo Hee) yang telah menerima surat itu kerana So Yeon sedang sakit. So Hee menguruskan sebuah kedai buku bersama ibunya.

4.) A Year-End Medley (2021)

5130B5A3 CAB7 43E4 8861 9B4A49C6F69CSalah satu filem popular Kang Ha Neul yang dibintangi ramai bintang adalah A Year-End Medley yang dikeluarkan pada tahun 2021. Han Ji Min, Lee Dong Wook, Yoona SNSD, Won Jin Ah, Seo Kang Joon, Lee Kwang Soo, Kim Young Kwang, Go Sung Hee, Lee Jin Wook, dan ramai lagi.

A Year-End Medley adalah filem yang menceritakan tentang kisah orang-orang yang datang ke Hotel Emross. Kang Ha Neul membawa watak sebagai Jae Yong iaitu tetamu Hotel Emross yang bermasalah dan terjebak dengan seorang pekerja hotel bernama Soo Yeon (YoonA SNSD).

5.) The Pirates: The Last Royal Treasure (2022)

0F52C1E8 8489 4534 B5A2 842EC9C8727BThe Pirates: The Last Royal Treasure adalah filem popular Kang Ha Neul yang ditayangkan pada tahun 2022. Film komedi dan aksi ini mengisahkan tentang sekumpulan lanun yang berlayar ke lautan untuk mencari harta karun yang hilang.

Kang Ha Neul membawa watak sebagai ketua lanun yang bernama Woo Moo Chi, sementara Han Hyo Joo pula sebagai Hae Rang iaitu kapten lanun. Lee Kwang Soo tampil dalam filem ini sebagai Mak Yi iaitu seorang lelaki yang bercita-cita mahu menjadi raja lanun.

Sehun EXO berlakon sebagai pemanah berbakat bernama Han Goong. Chae Soo Bin pula sebagai penipu terulung iaitu Hae Geum dan Kwon Sang Woo berlakon sebagai penjahat Boo bernama Heung Soo.

6. NEW TRIAL (2017)

FC9C9539 DCC7 479B B187 E96C04F5843C

Filem ini pernah menjadi salah satu kes paling kontroversi di Korea Selatan dan adalah berdasarkan kisah jenayah sebenar yang berlaku pada 10 Ogos tahun 2000 dimana seorang remaja berumur 15 tahun yang bernama Hyun-woo (lakonan Kang Ha-neul) telah dituduh atas pembunuhan seorang pemandu teksi.

Mengikut situasi sebenar, Hyun-woo merupakan saksi kejadian pembunuhan tersebut. Oleh kerana kelemahan, kecatatan dan kekerasan sistem perundangan ketika itu, Hyun-woo disoal siasat bertubi-tubi dan dipaksa untuk mengaku atas kesalahan tersebut agar kes ini dapat ditutup dengan segera.

Akibat depresi, Hyun-woo terpaksa mengaku dan akhirnya dia dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Setelah 10 tahun berlalu, Hyun-woo dibebaskan namun kerana trauma dia selalu memencilkan diri akibat rasa tertekan sehinggalah suatu hari dia berjumpa dengan Joon-young (lakonan Jung-woo) seorang peguam yang ketika itu sedang diulit dengan masalah hutang.

Apa yang menariknya, mula-mula peguam ini berniat kurang baik. Peguam ini menerima kes Hyun-woo sebagai batu loncatan dan demi kepentingannya sendiri.

Namun semakin dia siasat dan buka semula fail-fail lama kes milik Hyun-woo, dia merasa ada sesuatu kejanggalan dan ada yang tidak kena dengan kes ini.

Dari situlah sifat kemanusiaan dia kembali dan dia ikhlas serta nekad untuk membantu Hyun-woo menuntut keadilan.

Dapatkah Hyun-woo dah Joon-young memenangi kes ini? Dan apakah kejanggalan dan konspirasi disebalik kejadian ini semua? Siapakah pembunuh sebenar pemandu teksi itu?

7. MOURNING GRAVE (2014)

8D348BE0 DD89 4308 A005 BE2900FB3FA8

Filem ini mengfokuskan tentang isu buli di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Yang kuat menindas yang lemah, yang lemah pula makin lemah dan hanya membiarkan diri mereka menjadi boneka yang boleh digunakan dan dipermainkan sesuka hati. Sadis kan?

Dalam filem ini, Ha-Neul sebagai In-soo membawakan watak sebagai seorang pelajar yang mempunyai keistimewaan untuk melihat makhluk halus/hantu dan boleh berkomunikasi dengan mereka.

Roh-roh yang tidak tenang selalunya akan meminta bantuan dari In-soo untuk menuntut keadilan atau membalas dendam agar roh-roh itu dapat pergi dengan tenang.

Ketika In-soo berpindak ke sekolah barunya, In-soo mula mengalami kejadian-kejadian yang pelik dan sering dinampakkan dengan roh-roh yang gentayangan di sekolah tersebut.

In-soo tinggal bersama pakciknya yang juga mempunyai kemampuan untuk melihat roh, kerana merasa tidak senang hati dia bertanya kepada pakciknya perihal ini. Melalui pakciknya, sebuah kisah suram yang pernah berlaku di sekolahnya mula terkuak satu demi satu.

Setelah itu, beberapa kejadian misteri mula berlaku di sekolahnya. Satu persatu pelajar dikelas In-soo menghilang tanpa khabar.
Agaknya apakah yang sebenarnya telah berlaku? Apakah misteri disebalik kisah kejadian hitam yang pernah berlaku dahulu? Dapatkah In-soo merungkai misteri ini?

8. FORGOTTEN (2017)

8DB67BC2 EABE 44CA 9543 095E2D702B5E

Forgotten merupakan sebuah filem bergenre psychological thriller dengan jalan cerita yang penuh misteri dan “plot-twist”. Ia mengisahkan tentang kes pembunuhan yang tersimpan dalam memori seseorang yang telah kehilangan ingatan.

Selain Kang Ha Neul, filem ini turut dibintangi oleh Kim Mu Yeol, Na Young Hee dan Moon Seung Keun.

Berlatarbelakangkan tahun 1997, Jin Seok (Kang Ha Neul) menderita penyakit neurasthenia kronik telah berpindah ke rumah baru bersama ayah, ibu, dan abangnya Yoo Seok (Kim Mu Yeol).

Namun sejak berpindah ke rumah itu, Jin Seok sering diganggu perasaan aneh ketika waktu lewat malam.

Diringkaskan, satu malam abangnya telah diculik oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali dengan menaiki van. Hanya selepas 19 hari kemudian, tiba-tiba abangnya yang diculik sebelum itu kembali ke rumah.

Kejanggalan demi kejanggalan kerap berlaku apabila tiba lewat malam, membuatkan Jin Seok merasa ada sesuatu tidak kena dan dia menyedari bahawa ibu dan abangnya selama ini telah merahsiakan sesuatu darinya. Rahsia apakah telah disembunyikan darinya?

Jadi mana satukah filem kegemaran anda semua?

Baca Lagi: Jeon Do Yeon Pembunuh Upahan versi John Wick Dalam Kill Boksoon

Baca Juga: 10 Filem Korea Pilihan di Viu Malaysia