Home Entertainment Deretan Teman Wanita Leonardo Dicaprio

Deretan Teman Wanita Leonardo Dicaprio

0

Pelakon kelas A Hollywood yang sememangnya terkenal sering menjalin hubungan cinta dengan gadis-gadis muda iaitu Leonardo Dicaprio kini dikabarkan sedang menghadapi masalah dengan teman wanitanya iaitu supermodel Gigi Hadid. Khabar angin mengatakan hubungan pasangan kekasih itu retak akibat kehadiran orang ke tiga.

Sebelum menjalin hubungan romantik dengan Gigi Hadid, pelakon berusia 48 tahun tersebut telah menjalin hubungan dengan model dan pelakon dari Amerika Syarikat iaitu Camila Morrone dari tahun 2017 hingga tahun 2022.

7832BBA3 A7EF 4B9E B371 294E099C5620Setelah putus cinta dengan Camila Morrone pada awal September 2022, jejaka yang mesra disapa Leo ini dikhabarkan terus mendekati Gigi Hadid setelah beberapa sumber melihat mereka menghabiskan masa bersama beberapa kali.

Salah satu sumber pernah mengatakan semasa awal-awal hubungan GigI Hadid dan pelakon ini, Leonardo Dicaprio memang sering mendekati Gigi Hadid, tetapi pada awalnya bekas kekasih Zayn Malik itu tidak menunjukan minat terhadap Leonardo Dicaprio.

BB68EB3C F19F 4BAC 8F2C 8BFF7CA92807

Kini pasangan ini disahkan bercinta tetapi hubungan mereka mulai retak. Gosip sering bertebaran mendakwa Leonardo Dicaprio hanya menjalin hubungan dengan gadis-gadis muda yang verusia dibawah 25 tahun.

Walaupun Gigi Hadid sudah berusia 27 tahun, tetapi gosip Leonardo Dicaprio menyukai gadis-gadis muda tidak dapat juga disangkal kerana deretan bekas teman wanitanya semua adalah terdiri dari jelitawan yang muda-muda belaka.

Lagipun 27 tahun bukanlah usia yang tua jika hendak dibandingkan dengan umur Leonardo Dicaprio itu sendiri. Umur bukan penghalang, yang penting saling cinta dan saling sayang.
Gosip tersebut muncul kerana dari senarai semua senarai bekas teman wanita Leonardo Dicaprio yang diketahui umum, mereka semua menjalin hubungan dengan Leonardo Dicaprio sewaktu usia mereka belum mencecah 25 tahun dan kebanyakan mereka selepas putus dengan pelakon terbabit barulah usia menginjak usia 25 tahun.

Lain macam bukan?

B2DF5B03 5544 4C33 8ABD 227395312AF6

Berikut merupakan senarai wanita yang pernah menjalin hubungan dengan Leonardo Dicaprio:

1.) Gisele Bundchen
E9EB3751 B3BF 462B B810 6CCD2B2AF454

Mereka terkenal sebagai pasangan paling fenomenal pada zaman tersebut dan Giselle merupakan satu-satunya wanita yang pernah dibawa Leonardo Dicaprio untuk menjadi pasangannya di acara majlis anugerah Oscar.

 


2.) Bar Refaeli

F8A10EE4 409A 4CFF 9FAC CF7A3CE02630Model seterusnya yang pernah bercinta dengan Leonardo Dicaprio adalah Bar Refaeli yang merupakan model yang berasal dari Israel dan dilahirkan pada tahun 1985. Mereka menjalin hubungan dari tahun 2006 dan sempat putus sebentar pada tahun 2009.
Pada tahun 2010 muncul gosip bahwa mereka berdua akan bertunang namun khabar angin tersebut tidak benar dan mereka benar-benar putus pada tahun 2011.

3.) Blake Lively

03A38D4B 322A 42B1 B122 CA8C59346EA4Rupa-rupanya isteri Ryan Reynolds yang jelita ini pernah bercinta dengan Leonardo Dicaprio selama lima bulan pada tahun 2011 ketika Blake Lively masih berusia 24 tahun.
Mereka pertama kali dilihat bersama di acara Glam Film Festival dan menjadi perhatian lensa kamera ketika bercuti di Itali, New York, dan Australia.

 


4.) Erin Heatherton

97281316 718B 42D9 8DF7 9B3DE600D293Setelah putus dengan Blake Lively, Leonardo Dicaprio menjalin hubungan dengan model Victoria’s Secret iaitu Erin Heatherton yang pada waktu itu berusia 23 tahun. Pada awal tahun 2012 setelah rahsia mereka yang sedang bercuti di Mexico bocor dan menjadi tumpuan umum. Namun mereka dikabarkan putus pada November 2012.

5.) Toni Garrn

C9868FA6 9871 4F9E A8C4 1EC76A9EE059Model Victoria’s Secret lain yang pernah bercinta dengan Leonardo Dicaprio adalah Toni Garrn. Mereka menjalin hubungan sewaktu usia model itu menginjak 20 tahun pada tahun 2013 setelah gambar mereka sedang bercium di sebuah Yacht di Ibiza tersebar. Namun setelah 18 bulan bercinta, mereka dikhabarkan putus pada Disember 2014 apabila model tersebut tidak hadir pada majlis sambutan ulang tahun Leonardo Dicaprio.

6.) Kelly Rohrbach

CD2DD6A7 4F46 4723 AE2B 7469E62FD5B2Kelly juga merupakan salah seorang model Victoria’ Secret yang pernah bercinta selama 18 bulan dengan Leonardo Dicaprio pada tahun 2015 sewaktu usianya 25 tahun.

7.) Nina Agdal

F6959520 6B57 4809 991C D6B2785437BANina yang merupakan beaks teman wanita Adam Levine ini diketahui pernah bercinta dengan Leonardo Dicaprio pada tahun 2015 sewaktu berusia 23 tahun dan putus setelah satu tahun menjalin hubungan bersama pada tahun 2016.

8.) Camila Morrone

45B72A70 4548 44EA 9247 6B86B0E3DA2BModel dan pelakon yang dilahirkan pada tahun 1997 dan berasal Amerika Syarikat ini bercinta dengan Leonardo Dicaprio selama lebih kurang 5 tahun dari 2017 hingga akhirnya putus pada awal September 2022 yang lalu.

Baca Lagi: Fakta Menarik Tentang Hyun Bin

Baca Juga: Putera William Curang?