Home Entertainment Fakta Menarik Tentang Hyun Bin

Fakta Menarik Tentang Hyun Bin

0

Hyun Bin lahir pada 25 September 1982 adalah pelakon yang berasal dari Korea Selatan. Pelakon ini sangat terkenal kerana lakonannya drama siri My Name is Kim Sam Soon (2005), Secret Garden (2010), Memories of the Alhambra (2018–2019), dan Crash Landing on You (2019–2020).

F77959D3 E755 4E27 B295 7C5D6E484E35

Nama Hyun Bin di Asia Tenggara sangat dikenali, kemasyhuran pelakon ini memang tidak perlu diragukan lagi. Namanya menjadi bualan seluruh dunia setelah drama siri bertajuk Crash Landing on You mendapat rating tinggi dan sangat berjaya. Ramai peminat K-Drama antarabangsa menggilai siri drama tersebut.

87C424B7 BF9A 4D7C AB77 7D60718E38BBMari kita baca beberapa fakta menarik mengenai pelakon kesayangan ramai ini:

1) Hyun Bin adalah nama pentas bukannya nama asal

Hyun Bin lahir pada 25 September 1982 di Seoul, Korea Selatan. Namanya sejak lahir adalah Kim Tae Pyeong. Dia mula menggunakan nama Hyun Bin sejak terjun ke dunia hiburan pada tahun 2003.
Nama pentas Hyun Bin bermakna “bersinar terang”.

Ternyata nama tersebut sangat serasi dengan pelakon ini apabila namanya benar-benar gemilang dan menjadi tumpuan ramai. Sebuah nama yang bertuah buat pelakon tampan dan serba boleh ini.

2) Hyun Bin bercita-cita untuk menjadi seorang detektif

Semasa kecil, Hyun Bin bercita-cita untuk menjadi seorang detektif. Namun dia berubah fikiran apabila menyertai kelab teater sewaktu di bangku sekolah. Dia menyedari bahawa dia sangat menyukai seni lakon dan mula jatuh cinta dengan dunia lakonan.

Minatnya terhadap seni lakon telah menyebabkan Hyun Bin mengambil bidang teater sewaktu melanjutkan pelajaran di Universiti Chung Ah walaupun ibu bapanya menentang keras keputusannya untuk belajar dalam bidang tersebut.

Sebelum popular seperti sekarang, Hyun Bin memulakan kerjaya sebagai lakonan dengan membawa watak kecil dalam drama Bodyguard (2003). Namanya mulai meningkat naik setelah berlakon dalam siri drama My Name is Kim Sam Soon (2005).

3) Hyun Bin memulakan agensi sendiri

Hyun Bin yang bernaung di bawah agensi VAST Entertainment yang merupakan sebuah agensi yang diasaskan oleh Hyun Bin bersama Kang Kun Taek pada tahun 2016. Hyun Bin sebagai salah seorang pengasas agensi telah diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan sebagai CEO di agensinya.

3EB53C27 4D37 4D45 B54E 8F2B1FC7B972

Sebagai CEO, Hyun Bin terkenal dengan sikap yang sangat prihatin dan gemar mengirimkan hadiah dan cenderamata untuk para artis di bawah naungannya yang sedang menjalani penggambaran. Artis-artis yang bernaung di bawah agensi VAST Entertainment adalah Stephanie Lee, Shin Do Hyun, Kim Ji In, Lee Yeon Hee, Park E Hyun, dan Go Ha.

4) Hyun Bin hampir menjadi vokalis sebuah kumpulan muzik

Bagi penggemar kumpulan muzik Korea Selatan, nama kumpulan rock ballad iaitu Buzz pasti tidak asing lagi. Vokalis Buzz iaitu Min Kyung Hoon turut menjadi salah seorang peserta dalam variety show popular iaitu Ask Us Anything. Dalam wawancara dengan SBS Power FM, Min Kyung Hoon pernah memberitahu bahwa Hyun Bin sepatutnya menjadi vokalis Buzz.

9B925C42 2FF8 4F84 B299 2D413566A7F7

Namun kerana gaya nyanyian Hyun Bin tidak sesuai dengan lagu-lagu Buzz, Hyun Bin akhirnya menarik diri. Sewaktu membintangi drama Secret Garden, Hyun Bin juga turut menyumbangkan suaranya dengan menyanyikan lagu OST berjudul That Man.

5) Hyun Bin mempunyai hubungan istimewa dengan artis-artis ternama

Sebelum jejaka tampan ini mendirikan rumah tangga dengan Son Ye Jin, banyak berita liar bertebaran mengenai kisah cinta pelakon ini.
Hyun Bin dikhabarkan menjalin hubungan istimewa dengan Song Hye Kyo. Gosip itu dikatakan adalah cinta lokasi. Namun hubungan kedua-dua artis ini terputus di tengah jalan apabila Hyun Bin menjalani latihan wajib ketenteraan pada tahun 2011.

DF5B7EF1 76EF 4F9C 9142 0EB7A0A81DA7

Kemudian pada akhir tahun 2016, Hyun Bin dilaporkan menjalin hubungan dengan dengan Kang Sora, walaubagaimanapun hubungan mereka juga tidak kekal lama. Kang Sora sendiri telah rasmi mendirikan rumah tangga pada tahun 2020.

Kini jejaka idaman ramai ini telah bahagia bergelar seorang suami dan bapa. Hyun Bin dan Son Ye Jin berkahwin pada 31 Mac 2022 dan mereka mengumumkan kehamilan Son Ye-jin pada 27 Jun 2022. Cahaya mata pertama mereka lahir pada 27 November 2022.

3B57A1E8 09B5 44C4 80F7 275EE2772C40Baca Lagi: Kisah Tragis Park Yong Ha
Baca Juga: 5 Pelakon Wanita Terkaya Di Dunia Pada 2023