Home Entertainment Kisah Tragis Park Yong Ha

Kisah Tragis Park Yong Ha

0

Industri hiburan adalah sebuah industri yang memerlukan kekuatan hati, mental dan fizikal untuk terus bertahan dan mencapai kegemilangan. Bukan semua orang mampu bertahan dalam industri yang cukup kejam ini. Kegemilangan dan sentiasa menjadi buruan lensa kamera adalah kehidupan penuh gemilang bergemerlapan yang sering dirasai oleh para selebriti.

Walaubagaimanapun, tekanan dan masalah hidup yang dirasai oleh segelintir mereka dapat mereka sorokkan dari pandangan umum sehinggakan tiada sesiapa dapat menghidu kesusahan dan kesukaran yang mereka sedang alami.

Kisah artis-artis membunuh diri akibat tekanan dan kemurungan sering menjadi sajian di media massa. Kisah tragis begini berlaku dalam kebanyakan industri hiburan, Hollywood, Bollywood bahkan industri hiburan di Korea Selatan juga sering digemparkan dengan kisah-kisah artis yang membunuh diri.

Masih ingatkah dengan pelakon yang bernama Park Yong Ha yang pernah mencipta nama menerusi drama siri popular tahun 2000-an iaitu Winter Sonata? Pelakon ini mengakhiri hidupnya dengan penuh tragis selepas berjaya menjadi tumpuan sebagai pelakon terkenal di Korea Selatan. Siapa sangka pelakon yang sering kelihatan ceria dengan senyuman manis dan layanan yang lembut itu menyimpan seribu satu rahsia dan kesakitan yang menyebabkan dia akhirnya membunuh diri pada 30 Jun 2010 ketika berusia 32 tahun.

63C51836 6AE7 4C76 9432 968A474788DE

Ayah pelakon ini serang menderita sakit kanser sewaktu pelakon ini membuat keputusan untuk membunuh diri.
Park Yong Ha jejaka yang dilahirkan pada tahun 1977 ini memutuskan untuk membunuh diri akubat tertekan dan kemurungan kerana ayahnya sedang menghidapi penyakit kanser.

Menurut sumber berita, Park Yong Ha merasa bersalah kerana penyakit kanser yang dideritai oleh ayahnya. Ketua badan penyiasatan iaitu Kwak Jeong-hee yang bertugas di Balai Polis Gangnam memberikan kenyataan tentang kematian pelakon dan juga penyanyi Park Yong-ha pada tarikh 30 Jun 2010 di Seoul, Korea Selatan.

19DAEB11 C20F 4700 A8AC 8E6EFB3C68E1Pihak polis secara rasmi mengumumkan bahawa Park Yong-ha mati dengan membunuh diri dan artis ini ditemui meninggal dunia dengan menggantung diri dengan menggunakan tali kabel kamera.

Kwak Jeong-hee memberikan kenyataan pada pada petang Rabu dan memberi perincian tentang kematian pelakon tersebut. Park Yong-ha dilaporkan meninggal dunia kerana sesak nafas setelah menggantung diri dengan menggunakan tali kabel camcorder-nya dan dia didapati tergantung di atas katilnyanya.

Kwak Jeong-hee menambah lagi bahawa Park mengakhiri hidupnya bukan kerana masalah depresi atau masalah yang berkaitannya (penyakit jiwa dan mental) walaupun pelakon itu dilaporkan telah mengambil ubat tidur selama 14 tahun.

“Kami ingin menegaskan bahawa dia baru sahaja mengambil beberapa pil (ubat tidur ) walaupun kita belum tahu sama ada dia mengambil pil tersebut setelah dia sampai ke rumah semalam. Namun demikian, itu bukan penyebab kematiannya (pil tidur),” jelas Kwak Jeong-ho.

Polisi juga tidak menemui sebarang perkaitan masalah kewangan atau kesihatan yang menyebabkan pelakon tersebut membunuh diri. Catatan atau sebarang nota bunuh diri juga tidak dijumpai.

Setelah tiba di rumah pada lewat tengah malam setelah selesai minum (minuman keras), Park Yong-ha dikhabarkan telah meminta maaf kepada ayahnya dan hampir menangis.“saya menyesal, saya minta maaf, sepatutnya saya yang sakit dan bukannya ayah.” kata ayah Park Yong-ha.
Kwak Jeong-hee menambah lagi bahawa Park Yong-ha mengambil pil tidur kerana dia mempunyai masalah untuk tidurnya sedangkan jadual kerjanya amat padat.

Berdasarkan kenyataan saksi, kita merumuskan bahawa dia membunuh diri selepas mengambil minuman keras kerana dia berasa tertekan disebabkan oleh penyakit ayahnya, perniagaan dan juga kerjayanya,” ujar Kwak Jeong hee lagi.

819FB1D7 8020 441F B588 EDB8E08D5C87Park Yong-ha ditemui oleh ibunya pada pukul 5:30 pagi di rumahnya pada 30 Jun 2010. Polisi menduga bahawa pelakon tersebut meninggal dunia sekitar jam 03:00 pagi waktu tempatan.

1CD34883 8FA7 4321 8EEE EE911FCA9DCC 4E1FF78B D9E1 4E05 B05F 5E4D35538E85

Ketika jenazah Park Yong Ha selesai dibedah siasat di hospital dan dibawa ke rumah pengebumian, So Ji Sub adalah artis pertama yang hadir ke sana sejak awal pagi lagi. So Ji Sub turut sama membantu mengangkat keranda sahabat baiknya itu dan dilihat sugul dan menangis sewaktu majlis dan upacara pembakaran mayat dijalankan.

B1273945 706B 4CF6 83A9 1855DF107657 91379D82 D10E 47FB ACB1 3AB01189DBB7

Selain So Ji Sub, selebriti Korea Selatan yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir untuk Park Yong Ha adalah Kim Hyun Joong, Park Kwang Hyun, Kim Won Jun dan ramai lagi selebriti lain.

Park Yong Ha adalah antara banyak nama yang semakin dilupakan. Kebanyakan artis yang meninggal akibat membunuh diri namanya akan terus kekal dalam lipatan sejarah menjadi salah satu titik tragis dan hitam dalam sejarah industri hiburan Korea Selatan.

Baca Lagi: 5 Pelakon Wanita Terkaya Di Dunia Pada 2023

Baca Juga: Gonjiam Haunted Asylum Tempat Paling Menakutkan Di Korea