Home Entertainment Terkini Suami Kellie Pickler Bunuh Diri

Terkini Suami Kellie Pickler Bunuh Diri

0

Suami kepada bekas peserta American Idol ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka. Kellie Pickler yang mencipta nama sebagai salah seorang peserta program realiti TV Amerika Syarikat iaitu American Idol telah mendirikan rumah tangga dengan Kyle Jacobs pada tahun 2011.

Kyle Jacobs dipercayai mati akibat membunuh diri dan pada hari Jumaat pukul 1.21 tengahari waktu tempatan.

0314B07A CBFA 4EB7 A5B5 8836BB95688D

Jabatan Polis Nashville mengesahkan perkara tersebut dan suami kepada Kellie Pickler meninggal kerana kesan cedera akibat tembakan. Pihak berkuasa terus bergegas ke kediaman pasangan selebriti ini selepas mereka mendapat maklumat dari Jabatan Komunikasi Kecemasan.

Pihak polis sampai ke kediaman tersebut dan mendapati penulis lagu, Kyle Jacobs telah meninggal dunia akibat terkena tembakan. Kematiannya sedang disiasat sebagai kes bunuh diri.

Kellie Pickler memberitahu pihak berkuasa bahawa selepas dia terjaga dari tidur, kelibat suaminya tidak kelihatan. Dia dan pembantu peribadinya terus menelefon pihak polis selepas mereka berdua gagal untuk membuka pintu salah sebuah bilik di rumah tersebut.

33047321 1807 43AA BE08 FD782163BBE9

Melalui hantaran terakhir Kyle Jacobs di laman instagram peribadi miliknya, penulis lagu itu memuat naik kegemilangan kerjayanya dan turut berkongsi sekeping gambar yang mengumumkan lagu Lee Brice iaitu Hey World mendapat pencapaian platinum.

4E39C183 6406 4136 84D9 E131FBB91526

Kyle Jacobs berpindah dari Minneapolis, Minnesota, ke Nashville pada tahun 2000. Penulis lagu itu terkenal dengan hasil karyanya yang melonjakkan nama Garth Brooks melalui lagu More Than A Memory dan juga turut bekerjasama dengan Tim McGraw melalui lagu Still.

Penulis lagu ini telah bekerjasama dengan ramai artis berpengaruh yang memiliki nama-nama besar seperti Kelly Clarkson, Randy Travis, Scott McCreery, Josh Kelly dan Clay Walker.

Sepanjang kerjayanya, Kyle Jacob pernah memenangi CMA Awards dan dan juga ACM Awards. Dia juga pernah tercalon dalam Grammy Awards. Kellie Pickler dan Kyle Jacobs mendirikan rumah tangga dalam satu upacara khas pada 1 Januari 2011 dan mereka berdua tidak mempunyai cahaya mata.

BC981418 CE59 42EC B629 DD93E48180FEPasangan ini yang telah menjalin hubungan cinta sejak tahun 2008 telah mengumumkan pertunangan mereka pada 15 Jun 2010. Kyle Jacobs melamar Kellie Pickler dalam suasana penuh romantik di salah sebuah pantai peranginan di Florida.

Penulis lagu itu meninggal dunia pada usia 49 tahun dan meninggalkan isterinya yang kini sedang mencipta nama sebagai salah seorang penyanyi country berpengaruh di Amerika Syarikat.

Baca Lagi: Penjinak Ular Indonesia Maut Dipatuk King Cobra

Baca Juga: Kim Soo Hyun Pelakon Termahal Korea