Home Entertainment Kim Soo Hyun Pelakon Termahal Korea

Kim Soo Hyun Pelakon Termahal Korea

0

Pelakon Korea Selatan Kim Soo Hyun kini sedang berada di puncak kemasyhuran. Lebih-lebih lagi drama siri lakonannya seperti It’s Okay Not To Be Okay dan One Ordinary Day sering menjadi tumpuan hangat dan juga mencetus fenomena luar biasa.

8C80064F D63D 4477 A335 750A69ED0E73

Menjadi salah seorang pelakon kelas A dan juga mempunyai kelompok peminat yang ramai terutamanya para pecinta Kdrama telah membuatkan rezeki Kim Soo Hyun semakin melimpah ruah.

Siapa sangka pelakon berbintang zodiak Aquarius ini kini bergelar sebagai pelakon dengan bayaran paling mahal di negara Korea Selatan. Bayarannya untuk melakonkan watak sebagai Moon Kang Tae dalam drama It’s Okay Not To Be Okey adalah sebanyak $167,000 USD untuk satu episod.

B2EFC0D8 CD2B 43CC BC56 6B9FBD9B8315

Manakala pada tahun 2021, pelakon ini sekali lagi meletakkan dirinya di kelompok teratas apabila menerima bayaran sebanyak $423,000 USD untuk setiap satu episod bagi drama siri One Ordinary Day.

CD224F1E F23A 4D6D B484 3C7D8D869221

3FB766A8 F1D2 44B8 BC42 C34D1731CCC6Sehingga ke hari ini masih belum ada pelakon yang berjaya menandingi kadar bayaran yang pernah diterima oleh pelakon kacak ini. Selain fakta menerima bayaran termahal tersebut, masih terdapat beberapa fakta menarik tentang pelakon yang serba boleh ini.

Jom kita baca fakta menarik tentang Kim Soo Hyun!


1) Kenapa Kim Soo Hyun menjadi pelakon?

Menjadi seorang pelakon ternyata bukan cita-cita asal Kim Soo Hyun. Segalanya bermula apabila ibunya sendiri telah mendaftarkan Kim Soo Hyun ke kelas lakonan kerana ingin mendedahkan pelakon itu dengan perasaan yakin diri dan lebih terbuka kerana dahulunya pelakon ini adalah sangat introvert dan sukar bergaul dengan orang lain.

8A586749 1EEE 42C3 883F E678CB0E0D1C

Tanpa disangka-sangka Kim Soo Hyun amat menyukai kelas lakonan yang diikutinya. Minat mendalam terjadap dunia lakonan telah menyebabkan Kim Soo Hyun memilih untuk belajar jurusan filem dan teater di Universitas Chung-Ang.

Kariernya bermula sewaktu dia muncul sebagai cameo dalam Kimchi Cheese Smile dan seterusnya mendapat peluang dalam drama Dream High. Sehingga ke hari ini, pelakon yang kini berusia 32 tahun itu sudah membintangi 14 buah siri drama dan 6 buah filem.

36B9FF2C 5788 441F B502 0CA0C162A402


2) Kidal

Jika kita memerhatikan lakonan Kim Soo Hyun, pasti kita menyedari bahawa pelakon ini adalah seorang yang kidal. Kim Soo Hyun walau bagaimanapun mencuba sedaya upaya untuk menjadi ambidextrous atau membuat kedua tangannya berfungsi dengan baik.
Kemampuannya itu pernah dipamerkan dalam drama siri Father’s house serta My Love From Another Star.


3) Belajar dalami watak menerusi Teletubbies

Siapa sangka Kim Soo Hyun mengkaji watak dan perwatakan melalui siri popular kanak-kanak iaitu Teletubbies. Kim Soo Hyun mendedahkan bahawa dia belajar menjiwai watak dengan menonton Teletubbies.

Teletubbies menjadi rujukan buatnya untuk mendalami watak dalam filem Secretly Greatly. “Saya menonton Teletubbies dan mula mempelajari gerak tubuh mereka,” demikian kata pelakon ini dalam satu wawancara.

7E801D5E 16FB 4E42 97D7 49408069824F


4) Sangat meminati Kaya Scodelari

834EBDB1 02CA 456C B137 2CBC20A69E32

Setiap manusia pasti meminati seseorang, Kim Soo Hyun juga mempunyai idola kegemarannya. Kim Sok Hyun amat meminati pelakon dari England iaitu Kaya Scodelario.
Nasib menyebelahi pelakon ini apabila dia diberi peluang untuk bergandingan dengan Kaya Scodelario bagi melakukan promosi untuk jenama antarabangsa J. ESTINA Co.

5) Menghidap penyakit jantung

Rupa-rupanya Kim Soo Hyun dilaporkan memiliki rekod penyakit jantung yang dideritai sejak dari bangku sekolah lagi. Dia juga pernah menjalani pembedahan pada tahun 2010 dan dia menyatakan pembedahan tersebut bukanlah satu pembedahan yang serius.

“Saya minta maaf kerana membuat ramai orang bimbang, tetapi pembedahan tersebut bukan pembedahan yang besar dan serius,” katanya.

Baca Lagi: Cristiano Ronaldo Mendapat Pampasan

Baca Juga: Rodtang The Iron Man Mengakhiri Zaman Bujang