Home Entertainment Rodtang The Iron Man Mengakhiri Zaman Bujang

Rodtang The Iron Man Mengakhiri Zaman Bujang

0

Rodtang adalah seorang petinju Muay Thai profesional dari negara Thailand yang kini sedang hangat menjadi bualan ramai setelah dia berjaya menyunting seorang petinju Muay Thai wanita sebagai isterinya yang sah.

Rodtang Jitmuangnon adalah petinju Muay Thai yang berasal dari Thailand telah rasmi mengahwini Aida Looksaikongdin dalam satu upacara akad nikah semalam. Pernikahan mereka menjadi bualan hangat sehingga ke negara kita.

197F106F D5C7 4A14 B0F3 EB6D422380ED 7016FB23 9CFE 4845 9FFE A429F5B8DE24Khabar gembira ini dikongsikan oleh Rodtang dengan memuat naik satu perkongsian mengenai pernikahannya di laman Instagram peribadinya yang menunjukkan kedua-dua mempelai kelihatan sangat serasi dengan mengenakan busana pengantin berwarna putih.

Pemilik nama lengkap Tinnakorn Srisawat ini merupakan petinju Muay Thai profesional Thailand yang sememangnya sedang meningkat naik dan sudah mempunyai nama yang kukuh dalam gelanggang tarung Muay Thai.

Dia dilahirkan di Thailand pada 23 Julai1997, dan kini jejaka tegap ini sudah genap berusia 25 tahun. Agama Rodtang adalah Islam setelah dia rasmi menikahi Aida Looksaikongdin yang juga merupakan seorang petinju Muay Thai wanita profesional. Mereka berdua telah lama menjalin hubungan romantik dan mereka tidak pernah berahsia tentang hubungan istimewa tersebut.

02C4389E 7064 4430 A983 A88687EA6175

Sebelum mendirikan rumah tangga, merpati dua sejoli ini sering berkongsi gambar-gambar mesra mereka berdua di laman sosial Instagram rasmi milik mereka.

Seperti setiap petinju Muay Thai Thailand yang lain dan juga yang lebih senior, Juara Dunia dua kali Omnoi Stadium Muay Thai iaitu Rodtang Jitmuangnon ini sudah mula berlatih sejak dari usia muda lagi.

Dia bermula sejak umurnya tujuh tahun, bukan jalan yang mudah dipilih untuk menjadi seorang petinju Muay Thai, disiplin yang tinggi dan rejim latihan yang sangat extreme perlu dilalui. Petinju Muay Thai Profesional ini dahulunya merupakan seorang anak yang pemalu dan sering sahaja menjauh dari sebarang masalah.

95C8A487 049F 46BD BFFF 8110CDDAB17B

Menurut sumber orang terdekat, Rodtang tidak berminat untuk berinteraksi dengan sesiapa sewaktu kecilnya, dia pemalu dan pendiam. Siapa sangka, dahulu Rodtang juga langsung tidak tertarik untuk berlatih Muay Thai atau menyertai sebarang pertandingan. Pada usia 7 tahun, seperti kebanyakan kanak-kanak lain di desa-desa di Thailand, menyertai latihan Muay Thai adalah atas saranan keluarga.

Namun segala-galanya berubah buat Rodtang apabila dia mula membuat debut Muay Thai secara profesional sewaktu dia berusia 10 tahun. Menyedari bahawa dia mampu meraih banyak wang melalui pertandingan, dia mula gigih berlatih dan menyertai banyak pertandingan demi membantu dirinya sendiri dan keluarga.

Rodtang memasuki gelanggang dengan berbekalkan semangat baru. Rodtang pada awalnya berlatih di sebuah tempat latihan kecil di tempat asalnya iaitu Pattalung, namun tidak lama kemudian dia berpindah ke sebuah sasana Jitmuangnon yang terkenal di Bangkok untuk menerima latihan yang lebih baik.

Dia kemudiannya memutuskan untuk menetap di situ untuk menjalani latihan sepenuh masa dan mengejar impian untuk bergelar seorang Juara Dunia.

Rodtang meraih kejayaan besar dengan mencatatkan lebih dari 250 kemenangan seawal usia 21 tahun. Dia juga telah meraih gelaran Juara Dunia Omnoi Stadium yang sangat berprestij sebanyak 2 kali.

2571AEFD FC78 4DB7 84B8 B96744E5CD59

Pada waktu ini dia sedang melebar sayap untuk menggapai kejayaan dalam skala antarabangsa dan global di ONE Super Series dan berharap dapat memberi persembahan terbaik buat para penonton di seluruh dunia dan pada masa yang sama petinju Muay Thai ini juga sedang menaik taraf kehidupan dirinya dan keluarganya.

Baca Lagi: Terkini Bruce Willis Sah Menghidap Demensia

Baca Juga: Selebriti Lelaki Korea Dengan Bibir Tebal dan Seksi