Home News Terkini Bruce Willis Sah Menghidap Demensia

Terkini Bruce Willis Sah Menghidap Demensia

236
0

Pelakon lagenda Bruce Willis menghidap Demensia, keluarganya baru sahaja membuat pengumuman rasmi.

Dalam satu kenyataan melalui media sosial mereka menyatakan bahawa “kami sangat lega akhirnya kami mendapat keputusan diagnosis yang sebenar dan tepat.”

Sebelum ini pelakon yang kini berusia 67 tahun itu telah disahkan menghidap penyakit Afasia yang menyebabkan kesukaran untuk bercakap. Diagnosis tersebut diterima dengan hati sugul oleh seluruh ahli keluarga pada musim bunga yang lalu. Selepas didiagnos menderita penyakit Afasia, keadaan Bruce Willis nampaknya bertambah baik dan dia tidak menunjukkan simptom-simptom Afasia yang ketara.

E47B4772 32FF 4532 8FB2 9A6D520A6C59 7B037AC7 0110 4DDC 9CD7 DC7F67EEEDB9

Keadaan pelakon veteran itu menyebabkan keluarganya membawa dia ke hospital untuk melalui beberapa ujian saringan lain untuk mendapatkan pengesahan diagnostik yang lebih tepat. Para doktor dan pasukan perubatan membuat diagnostik yang lebih spesifik tentang penyakit yang dialami oleh pelakon tersebut.

Keluarga Bruce Willis juga memberi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan memberi perhatian tulus tanpa henti kepada mereka di saat-saat mereka menghadapi situasi getir seperti ini. Keluarga pelakon itu menjelaskan lagi bahawa Bruce Willis disahkan menghidap demensia frontotemporal.

Frontotemporal dementia (demensia frontotemporal atau FTD) adalah jenis demensia yang mempengaruhi lobus frontal dan temporal otak, iaitu otak bahagian depan dan tepi sehingga menimbulkan gangguan kepada keperibadian, tingkah laku, dan kemampuan berbahasa.

Orang yang mengalami penyakit ini, sebahagian dari otaknya yang terkena dan terjejas akan mengalami penyusutan. Gejala yang ditimbulkan hampir serupa dengan masalah jiwa dan mental, sehingga sering kali salah diagnosis.

Selain area otak yang terkena, yang membezakan demensia ini dengan jenis lainnya adalah penyakit ini boleh menyerang orang yang lebih muda iaitu sekitar usia 40 hingga 65 tahun. Sementara demensia jenis lain biasanya menyerang orang yang berusia 65 tahun dan ke atas.

Keluarga Bruce Willis dalam kenyataan mereka lagi turut menyatakan “hari ini belum lagi ada ubat untuk penyakit ini, kami berharap realiti akan bertukar dan ubat ditemui dalam beberapa tahun yang mendatang”.

Bruce Willis mula mencipta nama pada tahun 1980-an dan 1990-an apabila dia berjaya membintangi filem-filem box office seperti Die Hard, The Sixth Sense, Armageddon dan juga Pulp Fiction.

Pelakon ini juga pernah tercalon sebanyak 5 kali dalam acara Anugerah Golden Globes dan memenangi satu anugerah melalui filem Moonlighting dan dia juga pernah tercalon sebanyak 3 kali untuk anugerah Emmy dan memenangi 2 kali anugerah Emmy Awards.
Pada tahun lepas keluarga Bruce Willis telah mengumumkan secara rasmi tentang persaraan pelakon itu dari dunia lakonan dan dunia hiburan kerana keadaan kesihatan pelakon itu yang semakin merosot.

Kita doakan semoga Bruce Willis dapat menghadapi dugaan ini dengan keadaan yang dikelilingi dengan penuh kasih sayang dan penjagaan yang sempurna. Semoga keluarganya kuat semangat untuk terus memberi sokongan kepada pelakon kesayangan ramai ini.

Baca Juga: 6 Selebriti Korea Menderma Kepada Mangsa Gempa Bumi