Home News 6 Selebriti Korea Menderma Kepada Mangsa Gempa Bumi

6 Selebriti Korea Menderma Kepada Mangsa Gempa Bumi

0

6 Februari 2023, dunia dikejutkan dengan sebuah gempa bumi berskala besar yang melanda bahagian tengah dan selatan Turki dan utara Syria. Ia merupakan antara gempa bumi terbesar yang pernah dicatatkan dalam sejarah Turki dan Syria.

6F574390 B324 4C4E AF26 413E90D40E17 A0ECEEF2 BCE6 4523 AB3E 276087E903E6

Gempa bumi tersebut telah menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan ramai mangsa terkorban di Turki Tenggara dan Syria Barat Laut. Ia juga merupakan gempa bumi yang menyebabkan kematian terbanyak di Turki semenjak gempa bumi Izmit pada 1999.

Berikutan tragedi menyayat hati ini, ramai pihak menyumbangkan bantuan kemanusian berbentuk tenaga, makanan, pakaian dan kewangan demi membantu mangsa-mangsa yang terkesan dan dilaporkan bahawa terdapat beberapa selebriti Korea turut menghulurkan bantuan mereka untuk membantu mangsa gempa bumi di Turki dan Syria.

Berikut merupakan selebriti yang telah menderma:

 

1. KIM HYE SOO

08916AFA 3683 4410 8672 EE19129C9411

Menurut sumber, pada 10 Februari pelakon yang terkenal dengan watak utamanya di JUVENILE JUSTICE dan UNDER THE QUEEN UMBRELLA Kim Hye Soo yang juga merupakan duta Korea untuk UNICEF telah menyertai ‘Emergency Relief for Children Victims of Gempa bumi di Turki dan Syria’ telah menderma 100 juta won.

Mengikut wasiat Kim Hye Soo, dana tersebut akan digunakan untuk keperluan seperti bekalan makanan, air dan sanitasi, pendidikan, dan perlindungan untuk kanak-kanak yang terjejas akibat gempa bumi di Turki dan Syria.

2. PARK SEO JOON

0552752A A92C 4715 92A3 2D3DAB642CAF

Pelakon kacak tinggi lampai Park Seo Joon juga tidak ketinggalan turut menyumbang 100 juta won untuk membantu mangsa Turki dan Syria. Namun ini bukan kali pertama Park Seo Joon menghulurkan derma, dia juga pernah memberi bantuan ketika Nepal dilanda gempa bumi pada tahun 2015.

Mengikut wasiat Park Seo Joon, dana itu akan digunakan untuk bantuan kecemasan kanak-kanak di Turki dan Syria.

 


3. CHUNGHA

2A7FDF31 DC6F 4C70 B200 DD9530FC85A4

Menurut Pertubuhan Kemanusiaan Palang Merah Korea, Chungha penyanyi Pop Korea Selatan, penari dan koreografer yang mula dikenali melalui rancangan survival Mnet Produce 101 turut menderma 20 juta won di bawah nama kelab peminat rasminya ‘Byulharang’.

 

4. SEO EUN KWANG

E389C25C 6CB8 46B2 9A1A B7A5DB589E5C

Seo Eun Kwang yang juga dikenali sebagai Eunkwang seorang penyanyi, penulis lagu, penghibur dan pelakon dilaporkan menderma 10 juta won kepada Yayasan Kanak-kanak, sebuah pertubuhan kebajikan sosial.

5. JAY B

35B463FB ED2F 4E39 BC55 D60F2517F8BE

Jika anda pernah tonton drama DREAM HIGH 2 (2012), anda pasti kenal JAY B kerana drama tersebut merupakan debut pertamanya dalam dunia lakonan.

Pada 10 Februari, berita Korea Selatan Newsen melaporkan bahawa JAY B telah menderma 60 juta won kepada Yayasan Kanak-kanak “Green Umbrella” untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan. Sumbangan itu khas untuk membantu kanak-kanak dari Turki dan Syria yang telah cedera dari segi fizikal dan mental.

6. MC MONG

496266A3 EA59 459A BFDF 5F7EF92C53F7

Manakala MC Mong juga telah menderma 100 juta won kepada “Hope Bridge National Disaster Relief Association” bagi memulihkan kerosakan akibat gempa bumi di Syria dan Turki.

MC Mong adalah artis rakaman hip hop Korea Selatan, penerbit rakaman, personaliti radio, pelakon dan personaliti televisyen yang terkenal dengan watak komedinya dan lagu-lagu cerianya. Dia adalah salah seorang artis hip hop yang paling berjaya secara komersial di Korea yang mendapat populariti pada awal 2000-an sebagai pelakon sitkom bertajuk Nonstop sebelum mengeluarkan album sulungnya “180 Degree” pada tahun 2004.

Baca Lagi: Terkini Gempa Bumi Terburuk Dalam Abad Ini Menggegar Turki Dan Syria

Baca Juga: Anjing Penyelamat Meninggal Ketika Melakukan Misi Di Turki