Home News Anjing Penyelamat Meninggal Ketika Melakukan Misi Di Turki

Anjing Penyelamat Meninggal Ketika Melakukan Misi Di Turki

0

Khabar duka dibawa lagi kali ini dari bumi Turki apabila seekor anjing penyelamat dari Mexico telah dilaporkan meninggal dunia sewaktu menjalankan misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi di bawah runtuhan selama beberapa hari.

56D2EA5B A637 47B8 955B FD2BA86B1408

Sebab kematian anjing penyelamat yang diberi nama Proteo itu masih tidak dapat dipastikan walaubagaimanapun, terdapat laporan mengatakan Proteo telah berkhidmat selama beberapa hari untuk membantu mencari mangsa-mangsa gempa bumi di Turki.

Proteo dihantar ke Turki bersama pasukan penyelamat dari Negara Mexico dalam misi besar-besaran bantuan kemanusiaan antarabangsa untuk negara Turki dan Syria yang dilanda gempa bumi yang sangat teruk baru-baru ini. Bencana tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 35,000 nyawa.

6B817832 EDCB 4DE8 BA78 6DE9C1C0281D 0938A8B6 A42B 43CA BC80 75509BECD6F0

Menteri Pertahanan Mexico memberi kenyataan pada hari Sabtu, 12 Februari 2023 berkata, “terima kasih Proteo untuk kerja-kerja yang sungguh mulia, kamu telah melaksanakan misi ketenteraan tentera Mexico sebagai hero”.
Seterusnya beliau dipetik berkata, “semua anggota tentera Mexico beserta angkatan tentera udara sangat-sangat bersedih atas pemergian Proteo, teman kami yang paling setia dan sejati. Proteo, kamu telah menyelesaikan misi kamu sebagai salah satu anggota delegasi mencari dan menyelamat saudara-saudara kita di Turki. Kami sangat bangga dengan kamu.”

Salah seorang anggota tentera yang terlibat dengan misi mencari dan menyelamat di Turki berkata, “saya ingin memberitahu Proteo bahawa saya sangat bangga dengan kami, kamu adalah seekor anjing yang sangat kuat, seekor anjing yang bekerja keras dan tidak pernah mengalah”.

10A4E081 DA2D 4514 9716 CE2070ECE45F

Proteo merupakan salah satu anjing yang dihantar bersama-sama 9 ekor anjing lain oleh kerajaan Mexico ke negara Turki untuk membantu operasi mencari menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi di sana.
Laman-laman media sosial menunjukkan ramai pengguna yang bersedih dengan kematian Proteo, tidak kurang juga ramai yang meminta maklumat terperinci tentang kematian anjing tersebut. Netizen dari pelbagai negara memuji-muji keberanian Proteo dalam melakukan misi dan tugasnya. Anjing berani itu mendapat titipan doa dari seluruh dunia.

Setakat ini Kementerian Pertahanan Mexico masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan faktor dan penyebab kematian Proteo dan pihak media Mexico hanya melaporkan anjing tersebut meninggal dunia sewaktu bertugas mencari mangsa di bawah sisa runtuhan.

4DDD8D3C B4F8 4346 A947 0664F324D4EE

Sekurang-kurangnya 35,000 nyawa telah terkorban dalam bencana gempa bumi di Turki dan Syria minggu lepas. Gempa bumi berskala 7.8 magnitud melanda pada awal pagi isnin lalu di Selatan Turki dan utara Syria serta meranapkan bangunan-bangunan dan rumah-rumah para penduduk.

Baca Lagi: Trial By Fire Di Netflix Berdasarkan Kisah Sebenar Tragedi Kebakaran Pawagam Uphaar

Baca Juga: TERKINI: Gempa Bumi Terburuk Dalam Abad Ini Menggegar Turki Dan Syria