Home Entertainment Trial By Fire Di Netflix Berdasarkan Kisah Sebenar Tragedi Kebakaran Pawagam Uphaar

Trial By Fire Di Netflix Berdasarkan Kisah Sebenar Tragedi Kebakaran Pawagam Uphaar

0

E7053355 44CA 4591 9509 1A9EBA81E5AEPada 13 Januari 2023 lepas, Netflix telah menyiarkan sebuah drama bersiri pendek sebanyak 7 episod bertajuk Trial By Fire yang dterajui oleh 2 pelakon veteren Abhay Deol dan Rajshri Deshpande.

0C90EE89 2A4A 4E9F BF0E 30C1E1517756

Siri yang menyayat hati ini adalah berdasarkan tragedi kebakaran Pawagam Uphaar 1997 dimana Abhay dan Rajshri melakonkan watak pasangan sebenar Neelam dan Shekhar Krishnamoorthy yang kehilangan anak mereka dalam tragedi kebakaran tersebut.

73D1E633 E0C9 4133 9846 812E56917CAB F520169A A23A 4380 B8F8 A4FE5D14F984 A7A56C6A 17BD 4671 9968 9B5BEFE9C426

Penonton akan disajikan kisah kehilangan, trauma dan kemusnahan dari tragedi tersebut, dan bagaimana pasangan ini berjuang tanpa henti tanpa lelah bagi mendapatkan keadilan dan kisah ini juga diangkat berdasarkan buku Trial by Fire: The Tragic Tale of the Uphaar Fire Tragedy.

Saibak Chatterjee dari NDTV yang menulis tentang rancangan itu berkata, “Siri tujuh episod itu menangkap, secara halus dan tajam, trauma pasangan Delhi yang sukar dan tabah kerana kehilangan dua anak sekaligus dalam kebakaran pawagam Uphaar pada 13 Jun 1997 dan kemudian, dengan sokongan peguam dan saudara-mara mereka berjuang mati-matian untuk membawa mereka yang bertanggungjawab atas tragedi itu untuk dihukum.”

Menurut sumber dari Instagram Abhay Deol, Trial By Fire telah menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan. Abhay Deol turut berkongsi siaran meraikan fakta bahawa rancangan itu menjadi trending No.1 di India, pada hari tayangannya.

4A0A0526 136A 4433 8344 FA81AB394B69

Mini siri ini dimulakan dengan berlatarkan tahun 90an di mana pada 13 Jun 1997, 900 warga India berpusu-pusu ke pawagam Uphaar di Green Park Delhi untuk tayangan filem Hindi Border.

Tak sampai sejam berada di dalam pawagam, satu kebakaran besar akibat lintar pintas telah mencetuskan huru-hara dan kepanikan 900 warga tersebut yang akhirnya telah mengorbankan 59 nyawa akibat sesak nafas kerana terkunci di dalam bilik pawagam dan 103 lain cedera parah akibat rempuhan ketika cuba melarikan diri.

211E5531 3142 4E31 BAD9 AC88F1F9836E

Kisah yang sangat meruntun hati tentang penderitaan keluarga mangsa yang harus berduka serta perjuangan mereka selama 25 tahun sejak kejadian tragis itu untuk membawa para pelaku yang korup yang seharusnya bertanggungjawab ke atas tragedi menyayat hati itu.

Dua beradik saudara pemilik pawagam Uphaar Gopal Ansal dan Sushil Ansal hartawan hartanah yang terkenal dan mempunyai pengaruh serta kuasa yang besar di Kota Delhi kerana sumbangan mereka terhadap separuh daripada pembangunan Kota Delhi.

AF00B80E A9D3 416D A435 8613DBB93E3D

Perbicaraan mahkamah mengambil masa sehingga 25 tahun kerana kelemahan sistem perundangan yang boleh dianggap dikawal oleh sebahagian pihak yang korup dan memutar belitkan bukti serta fakta.

30B560F9 8021 44C2 95BF B9A37CE5B4AC

Dari setahun kemudian ke 7 tahun kemudian 18 tahun dan akhirnya 25 tahun kemudian, baharulah nampak sinar dan harapan perjuangan yang mereka genggam selama ini tanpa mengenal lelah dan putus asa.

Hanya selepas 25 tahun, dua beradik ini didapati bersalah di hadapan Mahkamah Tinggi Delhi dan telah dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun pada 2021 namum 6 bulan selepas itu mereka dibebaskan dari penjara atas faktor kesihatan dan umur yang semakin uzur.

CBB71EAD 2906 4A6C B5DD 065110B589A6

Lakonan hebat dari Rajshri Deshpande sebagai Neelam dan Abhay Deol sebagai Shekhar Krishnamoorthy membawa peranan sebagai ibubapa yang tersakiti kerana kehilangan 2 orang anak sekelip mata yang begitu mengharukan, menggambarkan betapa perihnya hati dan kekecewaan ibubapa dan keluarga mangsa membuatkan kita turut merasai penderitaan yang ditanggung mereka.

Mini siri sebanyak 7 episod ini boleh ditonton di secara striming Netflix.

Baca Lagi: 34 Rancangan Terbaru Di Netflix Pada Mac 2023

Baca Juga: Kisah Sedih Robin Williams