Home Entertainment 34 Rancangan Terbaru Di Netflix Pada Mac 2023

34 Rancangan Terbaru Di Netflix Pada Mac 2023

0

Berikut merupakan senarai rancangan, dokumentari, filem dan drama bersiri yang bakal ditayangkan pada bulan Mac ini.

01569056 0296 4642 8C3A D99324658187 scaled

1 Mac 2023
  • Cheat (Musim 1) – Rancangan realiti berbentuk permainan minda British yang dihoskan oleh Danny Dyer dan Ellie Taylor. Dalam rancangan ini, para peserta digalakkan menipu dengan cara mereka sendiri bagi mendapatkan hadiah wang tunai. Peraturannya adalah “JANGAN SAMPAI KANTOI!”
  • Love Destiny: The Movie (2022) – Filem komedi romantik Thai tentang pengembara masa yang menghalang impian seorang lelaki untuk berkahwin dengan seorang wanita dari kehidupan lain.
  • The Hangover: Part II (2011) – Sekuel filem komedi lewat malam yang dibintangi oleh Bradley Cooper, Ed Helms dan Zach Galifianakis.
  • The Hangover: Part III (2013) – Filem terakhir dalam trilogi siri komedi tersebut.
  • The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 (2015)  – Filem terakhir dalam francais filem blockbuster Lionsgate, The Hunger Games yang menyaksikan Katniss Everdeen memasuki perlawanan akhir menentang Presiden Snow.
  • Tonight You’re Sleeping With Me (2023) – Filem diadaptasi dari buku Poland tentang seorang wartawan yang terperangkap dalam konflik perhubungan diantara suaminya yang penyayang dan bekas teman lelaki yang muncul kembali dalam hidupnya disaat dia kesepian.
  • Wrong Side of the Tracks ( Musim 2) – Drama bersiri Sepanyol yang menyaksikan seorang datuk membalas dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap cucunya.

661CB000 53CE 4FC3 8892 2AB34BD5D1B6 scaled

2 MAC 2023
  • Karate Sheep (Musim 1) – Siri animasi kanak-kanak tentang dua ekor biri-biri cerdik yang menggunakan karate dan gajet berteknologi tinggi untuk melindungi kumpulan mereka daripada serigala yang kelaparan.
  • Masameer County (Musim 2) – Siri animasi.
  • Monique Olivier: Accessory to Evil (Limited Series) – Siri dokumentari jenayah dari Perancis kisah penyiasatan ke atas Michel Fourniret yang merupakan salah seorang pembunuh paling terkenal di Perancis.
  • Sex/Life (Musim 2) – Musim baharu siri percintaan yang mengisahkan cinta tiga segi antara seorang wanita, suaminya dan masa lalunya.

7F32F37B A449 41ED B189 E2F383163615 scaled

3 MAC 2023
  • In the Name of God: A Holy Betrayal (Siri Terhad) – Dokumensiri jenayah Korea mengfokuskan tentang empat pemimpin Korea yang mengaku sebagai nabi. Diarahkan oleh Jo Seong-hyeon.
  • Love at First Kiss (2023) – Filem komedi romantik Sepanyol arahan Alauda Ruiz de Azúa.
  • Next In Fashion (Musim 2) – Rancangan realiti di mana para pereka bersaing mencipta koleksi pakaian dan peragaan mereka.

D1DA6338 3F30 4BC1 83E3 60A07BC21EC4

5 MAC 2023
  • Chris Rock: Selective Outrage (2023 – LIVE) – Penerbitan secara langsung kali pertama untuk Netflix Original yang akan distrim pada 10 malam ET/7 malam PT.

0847E54D 5541 48D3 B861 7A15D17A44C8

6 MAC 2023
  • Ridley Jones (Musim 5) – Siri animasi kanak-kanak.

F50A726C AF0F 41E2 8F29 7D9D9C67560B

8 MAC 2023
  • Faraway (2023) – Komedi romantik dari Jerman.

6F391B7C 6AE1 4EFB 8D60 2B23CA35A2B8

9 MAC 2023
  • You (Musim 4 – Bahagian 2) – Siri Thriller jenayah romantik musim ke 4 untuk bahagian kedua dimana kali ini Joe meneruskan pencariannya di London.

B7DEBD52 8C6A 4808 BA20 40AA2E81DB5A scaled

10 MAC 2023
  • Luther: The Fallen Sun (2023) – Idris Elba kembali membawa peranan sebagai detektif polis London John Luther yang terpaksa keluar dari penjara untuk memburu seorang pembunuh bersiri.
  • Outlast (Musim 1) – Rancangan realiti Survival.
  • The Glory (Bahagian 2) – Drama bersiri hit Korea mengenai seorang wanita membalas dendam terhadap para pembulinya.

A7CB2D33 818E 456D 9B34 DF532DC0A946

16 MAC 2023
  • Shadow and Bone (Musim 2) – Siri fantasi yang diadaptasi dari novel Grishaverse oleh Leigh Bardugo, musim pertama rancangan fantasi itu telah ditayangkan di Netflix pada 23 April 2021.

FA1F30B2 ADB6 4105 8900 D30BD963558A scaled

17 MAC 2023
  • Maestro in Blue (Musim 1) – Siri jenayah misteri Yunani tentang seorang pemuzik yang pergi mengetuai festival di sebuah pulau yang indah, di mana dia terjerumus dengan percintaan yang tidak dirancang dan mendapati dirinya terlibat dalam konflik orang lain.
  • Sky High: The Series (Musim 1) – Siri thriller Sepanyol berdasarkan filem Sky High dari Netflix Original.
  • The Magician’s Elephant (2023) – Sebuah filem cereka animasi berdasarkan novel yang telah dua kali merangkul Anugerah Newbery Kate DiCamillo dengan tajuk yang sama.

24F4E2A9 5E18 4D9F BE3C FF64223C4774

21 MAC 2023
  • We Lost Our Human (Musim 1) – Animasi komedi tentang penggembaraan dua haiwan peliharaan yang terbangun dari tidur dan mendapati bahawa setiap manusia di Bumi telah hilang!

89432E89 03CC 4B3A 877F 8A7079916CAF

22 MAC 2023
  • The Kingdom / El Reino(Musim 3) – Musim terakhir drama jenayah Sepanyol.

A0EB760B 78CE 47FD A186 472913E95C67

29 MAC 2023
  • Wellmania (Musim 1) – Siri komedi Australia tentang seorang wanita yang terpaksa mengubah cara hidupnya untuk memperbaiki kesihatannya dan menjalani rawatan kesihatan. Wellmania diadaptasi dari novel Wellmania karya Brigid Delaney.

0769EF29 5BDC 4B8F A5BF 4592F3C8162B scaled

30 MAC 2023
  • From Me to You: Kimi ni Todoke (Musim 1) – Siri percintaan dari Jepun.
  • Unstable (Musim 1) – Siri komedi Rob Lowe tentang seorang usahawan bioteknologi yang berusaha untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik.

46E6DC85 5969 412E BEE5 E761F03496AC scaled

31 MAC 2023
  • Black Clover: Sword of the Wizard King (2023) – Filem anime Jepun berdasarkan komik popular.
  • Copycat Killer (Musim 1) –Siri jenayah misteri Taiwan berlatarbelakangkan Taipei pada tahun 90-an tentang pembunuh bersiri yang mengambil kesempatan ke atas kepentingan media atas pembunuhannya, memanipulasi mangsa mereka, polis dan media dan menjadikan pembunuhan itu sebagai tontonan umum.
  • Kill Boksoon (2023) – Filem thriller Korea tentang seorang wanita yang menjalani kehidupan berganda, sebagai pembunuh upahan dan ibu tunggal kepada seorang gadis remaja.
  • Murderer Mystery 2 (2023) – Adam Sandler dan Jennifer Aniston kembali untuk sekuel aksi komedi di mana mereka membawa peranan sebagai Spitz dan sekali lagi mendapati diri mereka terperangkap dalam konspirasi.

Fuhh, nampak gaya jadual Mac dipenuhi dengan pelbagai rancangan, filem, drama dan dokumentari yang menarik! Sudahkah anda menanda kalendar untuk tajuk-tajuk yang anda ingin tonton pada Mac ini?

Baca Lagi: The Watcher Drama Netflix Dari Kejadian Sebenar Tentang Rumah Misteri Dan Psikopat
Baca Juga: 25 Kdrama Paling Top Di Netflix Sepanjang Zaman