Home Entertainment 25 Kdrama Paling Top Di Netflix Sepanjang Zaman

25 Kdrama Paling Top Di Netflix Sepanjang Zaman

0

Ayuh bincangkan 25 drama bersiri dari Korea Selatan yang mendapat rating paling tinggi dan paling berbaloi untuk ditonton di platform atas talian Netflix.

Siapa sahaja yang tidak menonton Netflix dewasa ini? Pelbagai sajian filem dan drama siri menarik terdapat di Netflix dan antara content yang paling menarik adalah drama-drama siri dari Korea Selatan yang menjadi kegilaan ramai!

Netflix tanpa banyak bicara meneruskan pelaburan dalam drama-drama siri Korea Selatan kerana pihak mereka sedar, bilangan penonton yang menonton siri drama Korea Selatan sangat ramai di serata dunia. Beratus-ratus negara di seluruh dunia menyiarkan Kdrama di region mereka kerana semua lapisan masyarakat dunia meminati drama Korea Selatan.

C112C655 3B99 4E7E 98D7 70EE2711899D scaled

Berikut merupakan 25 Kdrama paling top dengan rating tinggi yang boleh ditonton di Netflix:

25) OUR BELOVED SUMMER (2021)

Drama siri dari SBS ini dibintangi oleh Choi Woo-shik, Kim Da-mi dan Kim Sung-cheol. Drama siri ini berkisar tentang sepasang bekas kekasih yang sudah lama tidak sebulu kembali bertemu dan akhirnya mula memberi impak ke dalam hidup antara satu sama lain.

Rating MyDramaList: 8.7/10

24) ARTHDAL CHRONICLES (2019)

Dama siri tvN ini dibintangi oleh Song Joong-ki, Jang Dong-gun, Kim Ji-won, Kim Sung-cheol dan Kim Ok-bin. Kdrama ini menceritakan tentang penduduk di sebuah penempatan purba iaitu Arthdal dan penduduk sekitarnya yang berebut kuasa untuk untuk hidup dan membina
masyarakat baru.

Rating MyDramaList: 8.7/10

23) MY HOMETOWN CHA-CHA-CHA (2021)

Drama siri tvN ini dibintangi oleh Shin Min-a, Kim Seon-ho dan Lee Sang-yi. Drama siri kegilaan ramai ini mengisahkan tentang seorang doktor gigi yang membuka perniagaannya di sebuah kampung untuk mencapai misinya.

Rating MyDramaList: 8.7/10

22) RACKET BOYS (2021)

Drama siri SBS ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Kim Sang-kyung, Oh Na-ra dan Tang Jung-sang. Drama siri ini mengisahkan tentang seorang budak bandar yang dibawa oleh ayahnya ke kawasan luar bandar demi sukan badminton.

Rating MyDramaList: 8.8/10

21) KINGDOM (2019)

Drama siri Netflix ini dibintangi oleh Ju Ji-hoon, Ryu Seung-ryong dan Bae Doona. Kingdom disebut-sebut sebagai antara drama siri kisah zombie antara yang paling menarik. Berkisar mengenai seorang putera mahkota yang berdepan dengan ancaman terbesar buat negara dan keluarga dirajanya.

Rating MyDramaList: 8.8/10

20) D.P. (2021)

Drama siri Netflix ini dibintangi oleh Jung Hae-in, Koo Kyo-hwan dan Kim Sung-kyun. Drama siri ini mengisahkan tentang polis ketenteraan yang ditugaskan untuk menangkap anggota yang lari dari tugas. Penemuan mereka lebih dahsyat dari apa yang mereka fikirkan dan membawa konflik dalam hati sendiri.

Rating MyDramaList: 8.8/10

19) THE UNCANNY COUNTER (2020)

Drama siri OCN ini dibintangi oleh Jo Byung-kyu, Yoo Joon-sang, Kim Se-jeong, Yeom Hye-ran dan Ahn Suk-hwan. Mengisahkan tentang sepasukan penangkap roh jahat yang berkeliaran di muka bumi.

Rating MyDramaList: 8.8/10

18) TWENTY-FIVE TWENTY- ONE (2022)

Drama siri tvN ini dibintangi oleh Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Bona, Choi Hyun-wook dan Lee Jo-myung. Kdrama ini adalah kisah mengenai semangat tidak putus asa dalam hidup. Seorang remaja bertemu dengan seorang lelaki yang sangat rajin dan gigih membina semula kehidupan.

Rating MyDramaList: 8.8/10

17) STRANGER (2017)

Drama siri tvN ini dibintangi oleh Cho Seung-woo, Bae Doona dan Jeon Hye-jin. Kdrama ini berkisar tentang seorang pendakwa raya dah seorang detektif yang bersama-sama menyiasat kes pembunuhan berprofil tinggi.

Rating MyDramaList: 8.8/10

16) TOMORROW (2022)

Drama siri MBC ini dibintangi oleh Kim Hee-seon, Rowoon dan Lee Soo-hyuk. Drama siri ini adalah tentang seorang grim reaper yang merupakan separuh manusia dan separuh roh diminta melakukan misi di bumi.

Rating MyDramaList: 8.9/10

15) THE GLORY (2022)

Drama siri Netflix ini dibintangi oleh Song Hye-kyo, Lee Do-hyun dan Lim Ji-yeon. Kdrama ini mengisahkan tentang kisah buli dan balas dendam. Seorang mangsa buli telah mengatur rancangan untuk membalas dendam terhadap orang-orang yang pernah menyakiti dan memalukannya.

Rating MyDramaList: 8.9/10

14) MR. SUNSHINE (2018)

Drama siri tvN ini dibintangi oleh Lee Byung-hun, Kim Tae-ri, Yoo Yeon-seok, Byun Yo-han dan Kim Min-jung. Kdrama ini mengenai seorang budak lelaki miskin yang terpisah ke Amerika Syarikat akibat insiden Shinmiyangyo pada tahun 1871. Apabila dia meningkat dewasa, dia pulang ke Korea dan seterusnya jatuh cinta dengan seorang wanita dari golongan bangsawan.

Rating MydramaList: 8.9/10

13) KINGDOM MUSIM KE-2 (2019)

Siri Netflix ini dibintangi oleh Joo Ji-hoon, Ryu Seong-ryong dan Bae Doona. Menceritakan kisah selepas negara diserang zombie, ramai yang terkorban dan ada musuh lain yang perlu ditentang untuk keselamatan negara.

Rating MyDramalist: 8.9/10

12) IT’S OKAY NOT TO BE OKAY (2020)

Drama siri tvN ini dibintangi oleh Kim Soo-hyun, Seo yea-ji dan Oh Jung-se. Kisah penuh emosi berkaitan dengan seorang penulis buku dan seorang pekerja wad psikiatri.

Rating MyDramaList: 9/10

11) VINCENZO (2021)

Drama siri tvN ini dibintangi oleh Song Joong-ki, Jeon Yeo-been dan Ok Tae-cheon. Kisah ini mengenai keadilan undang-undang yang dibawa oleh seorang peguam yang samseng dan menggerunkan.

Rating MyDramaList: 9/10

10) NAVILLERA (2021)

Drama siri tvN ini dibintangi oleh Park In-hwan, Song Kang dan Na Moon-hee. Kisah mengenai seorang lelaki tua dan anak muda yang saling melengkapi bagi mencapai cita-cita untuk menjadi penari balet.

Rating MyDramaList: 9/10

9) CRASH LANDING ON YOU (2019)

Drama siri ini dibintangi oleh Hyun Bin, Son Ye-jin, Seo Ji-hye dan Kim Jung-hyun. Drama ini adalah tentang penyatuan dua hati insan yang datang dari dua negara yang bermusuh, terlalu banyak halangan dan kisahnya sungguh tragis.

Rating MyDramaList: 9/10

8) EXTRAORDINARY ATTORNEY WOO (2022)

Drama siri ENA ini dibintangi oleh Park Eun-bin dan Kang Tae-oh. Drama ini mengisahkan tentang seorang peguam muda yang menghidap autism berjuang dengan gigih dan pintar untuk kerjayanya.

Rating MyDramaList: 9/10

7) PRISON PLAYBOOK (2017)

Drama siri tvN ini dibintangi oleh Park Hae-soo, Jung Kyung-ho dan Jung Hae-in. Kdrama ini adalah mengenai kisah seorang bintang besbol meringkuk dalam penjara dan terpaksa menempuh kehidupan baru dalam penjara.

Rating MyDramaList: 9/10

6) UNDER THE QUEEN’S UMBRELLA (2022)

Drama siri tvN ini dibintangi oleh Kim Hye-soo, Kim Hae-sook dan Choi won-yeong. Kdrama ini berkisar tentang seorang maharani yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi putera-puteranya dari ancaman politik jahat istana dan isinya.

Rating MyDramaList: 9/10

5) ALCHEMY OF SOULS MUSIM KE-2 (2022)

Drama siri tvN ini dibintangi oleh Lee Jae-wook, Go Youn-jung dan Hwang min-hyung. Kdrama ini adalah kisah tentang pemburu roh jahat yang bertukar ke dalam tubuh manusia lain bagi menggunakan tubuh badan tersebut dan kisah cinta pemburu tersebut yang patah gati akibat kekasihnya meninggal dunia.

Rating MyDramaList: 9/10

4) ALCHEMY OF SOULS (2022)

Drama siri tvN ini dibintangi oleh Lee Jae-wook, Jung So-min, dan Hwang Min-hyun. Kdrama ini mengenai kisah pemburu roh jahat dan konflik yang berlaku di sekeliling mereka akibat cinta, politik dan dendam.

Rating MyDramaList: 9.1/10

3) HOSPITAL PLAYLIST (2020)

Drama siri tvN ini dibintangi oleh Cho Jung-seok, Yoo Yeon-seok dan Jung Kyung-ho. Kisah mengenai kehidupan 5 orang doktor yang bertugas di hospital dimana mereka menyaksikan sendiri kelahiran, kematian dan segala misteri di sebalik kematian dan kelahiran.

Rating MyDramalist: 9.1/10

2) HOSPITAL PLAYLIST MUSIM KE-2 (2021)

Drama siri tvN ini dibintangi oleh Cho Jung-seok, Yoo Yeon-seok dan Jung Kyung-ho. Kisah mengenai 5 orang sekawan yang merupakan doktor di sebuah hospital bersama-sama berjuang demi pekerjaan dan dan pesakit mereka.

Rating MyDramaList: 9.1/10

1)MOVE TO HEAVEN (2021)

Drama siri Netflix ini dibintangi oleh Lee Je-hoon, Tan Jun-sang dan Hong Seung-hee. Drama ini memgisahkan tentang seorang anak muda dan pak ciknya bertugas membersihkan barangan milik orang yang sudah meninggal dunia. Mereka berdua dapat mengetahui kisah yang tersimpan oleh orang yang sudah meninggal dunia.

Rating MyDramaList: 9.2/10

Baca Lagi: Filem Dan K-Drama Terbaik Lakonan Son Ye-jin

Baca Juga: Cassiopeia Filem Korea Yang Bertemakan Penyakit Alzheimer