Home Lifestyle Cassiopeia Filem Korea Yang Bertemakan Penyakit Alzheimer

Cassiopeia Filem Korea Yang Bertemakan Penyakit Alzheimer

0

Demensia adalah nama untuk sekumpulan gejala yang dikaitkan dengan penurunan fungsi otak yang berterusan. Ia boleh menjejaskan ingatan, kemahiran berfikir dan kebolehan mental yang lain.

Menurut pakar, punca sebenar penyakit Alzheimer masih belum difahami sepenuhnya, walaupun terdapat beberapa perkara yang dianggap merupakan punca kepada keadaan itu berlaku. Seperti:

  • umur yang semakin meningkat
  • sejarah keluarga
  • masalah kemurungan yang tidak dirawat
  • faktor gaya hidup dan keadaan yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular
Siapakah yang berisiko?

Penyakit Alzheimer paling kerap berlaku pada golongan yang berumur 65 tahun ke atas.

Risiko penyakit Alzheimer dan jenis demensia lain meningkat seiring usia, menjejaskan anggaran 1 dalam 14 orang yang berumur 65 tahun ke atas dan 1 dalam setiap 6 orang yang berumur 80 tahun ke atas.

Tetapi sekitar 1 dalam setiap 20 orang yang menghidap penyakit Alzheimer adalah di bawah umur 65 tahun. Ini dipanggil penyakit Alzheimer Muda.

Apakah gejala-gejala penyakit Alzheimer?

Tanda awal penyakit Alzheimer biasanya bermula dengan masalah mengingati perkara kecil seperti terlupa tentang perkara-perkara yang telah dibualkan, terlupa nama tempat dan terletaknya barang mereka.

Dan ia akan beransur-ansur bertambah serius dimana pesakit mula mengalami keadaan-keadaan berikut:

  • kekeliruan dan tersesat di tempat biasa
  • kesukaran merancang atau membuat keputusan
  • masalah dengan pertuturan
  • masalah bergerak tanpa bantuan
  • perubahan personaliti, seperti menjadi lebih agresif dan sensitif
  • berhalusinasi
  • suasana hati yang berubah-ubah (kadang menangis, kadang termenung diam, kadang menjerit-jerit seperti hilang kawalan)

Begitu pentingnya pendedahan tentang Penyakit Alzheimer ini sehingga membuatkan para pengarah filem menggunakan ia sebagai sumber/rujukan untuk menginspirasikan ia menjadi sebuah kisah dalam dunia perfileman.

Ini dapat kita saksikan begitu banyak filem bertemakan penyakit Alzheimer yang telah ditayangkan selama beberapa dekad ini. Berikut merupakan filem-filem pilihan min yang membawa tema tersebut:

  • The Notebook (2004)
  • A Moment To Remember (2004)
  • A Thousand Days’ Promise (2011)
  • Remember: War Of The Son (2015)
  • My Fair Lady (2016)
  • Memory (2016)
  • Memoir Of Murderer (2017)
  • The Wind Blows (2019)
  • A Way Station (2020)
  • Cassiopeia (2022)

Di ruangan artikel ini, min ingin berkongsi dan mengulas salah satu filem terbaru dari Korea Selatan pada 2022 baharu ini. Bertajuk CASSIOPEIA, dibintangi oleh Seo Hyun Jin, Ahn Sung Ki, pelakon kecil Jo Ye Rim dan ramai lagi.

70C6EA76 4ACE 48C4 9874 C554C6DF7BCA

ADA APA DENGAN KISAH FILEM CASSIOPEIA INI?

“Apakah yang anda akan lakukan sekiranya anda didapati menghidap penyakit Alzheimer/Dimensia di awal usia 30an? Disaat anda bergelar Ibu tunggal, memiliki kerjaya yang hebat dan anak kecil yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu?”

Cassiopeia..kisah yang sangat indah dan menyayat hati bagi setiap insan yang bergelar seorang anak, seorang ibu dan seorang ayah yang harus menerima ketentuan takdir bahawa penyakit Alzheimer yang dihidap oleh insan tercinta mereka perlahan-lahan meragut setiap memori, ingatan, senyuman dan jiwa raganya.

40B03680 A017 4BA0 8D48 0464E69F8AE5 0292291E 7B12 4B3C 8421 FCDD5215501B

Su-jin (Seo Hyun-jin) yang pada mulanya kehidupan keluarga bersama anak kecil dan ayahnya tampak “normal” sahaja. Sehinggalah satu hari, Su-jin mula berkelakuan aneh dan mula mengalami kemerosotan ingatan secara mendadak.

Hyun-jin membawakan peranan tersebut dengan berjaya dan cukup memberi kesan sekali. Penghayatan dan persembahannya yang penuh emosi, derita dan tangisan pasti membuatkan para penonton berjuraian airmata.

Filem ini juga memberi fokus dimana keadaan seorang ayah yang tidak mampu berada disisi anaknya semasa anaknya membesar dan kerana ALZHEIMER yang dihidap anaknya, ayah ini berpeluang menebus kesalahannya dengan menjaga dan meluangkan masa bersama anaknya.

Walaupun demikian, In-woo (Ahn Sung-ki) ayah kepada Soo-jin mula mendapat kesukaran apabila keadaan Soo-jin semakin merosot, sikap dan kelakuannya lebih cenderung ke arah perkara yang diluar kawalan..mengalahkan kanak-kanak kecil yang degil, mengalahkan orang-orang tua yang telah nyanyuk.

7CE68018 FF87 4455 ABE6 BDBE340A07F7 2E0F4EB8 169E 4C95 BC94 397EF400583D 55880E2E 98D0 4672 85EE 636495934468

Sebagai penonton, kita akan turut merasa kepayahan, keperitan dan kekecewaan yang harus ditanggung oleh Soo-jin apabila dia juga harus merahsiakan penyakitnya dari anak perempuannya yang berumur dalam lingkungan 9-10 tahun. Dia begitu bimbang dan takut jika dia tidak lagi dapat mengecam dan mempunyai sebarang ingatan tentang anaknya.

Apa yang min nak kongsikan disini, terlalu banyak kejadian dan curahan emosi yang tidak dapat min gambarkan sebagai seorang penderita Alzheimer…dan filem ini cukup berjaya mengetengahkan tema kekeluargaan dan kepayahan pesakit Alzheimer tersebut.

Filem yang sangat BERBALOI dan WAJIB berada disenarai tontonan anda. Boleh tonton di Viu Malaysia ya!

Baca Lagi: 3 Filem Pilihan Dari India Minggu Ini Berdasarkan Kisah Benar

Baca Juga: Adegan Buli Drama Korea The Glory Diinspirasikan Dari Kisah Benar