Home Lifestyle Chuck Norris Korbankan Karier Demi Isteri Tercinta

Chuck Norris Korbankan Karier Demi Isteri Tercinta

0

Manusia perlu membuat keputusan sukar dalam hidup apabila diuji dengan dugaan yang sangat berat. Satu keputusan yang bakal mengubah haluan hidup 100%.

Begitulah juga perkara yang berlaku dalam kehidupan pelakon lagenda Hollywood iaitu Chuck Norris apabila isterinya diuji dengan keadaan kesihatan yang menurun dan membimbangkan. Keadaan Gena (isteri Chuck Norris) yang memerlukan perhatian 24 jam sehari menyebabkan pelakon itu membuat keputusan untuk bersara dari dunia lakonan serta-merta.

5F7D870F 6ACC 4CA7 8877 D970E5870B44

 

Kisah cinta dan kasih sayang sebenar Chuck Norris terhadap isterinya benar-benar menyentuh hati dan menjadi inspirasi buat semua. Tidak dapat disangkal lagi bahawa pasangan suami isteri ini berjaya menunjukkan contoh bahawa jika bersama-sama menghadapi ujian, segalanya akan menjadi mudah untuk dihadapi.

Chuck Norris yang sudah dikenali ramai sebagai seorang pelakon aksi dan juga pakar seni mempertahankan diri telah muncul dalam banyak filem-filem popular Hollywood. Antara filem yang mencipta kejayaan besar adalah seperti Walker dan juga Texas Ranger.

Walaupun dalam dunia lakonan Chuck Norris kelihatan gagah dan garang, namun dalam realiti dunia sebenar dia adalah seorang yang sangat lembut dan penyayang. Isterinya iaitu Gena O’Kelly merupakan bekas seorang model dan sudah berkahwin sejak tahun 1998. Mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata.

Pada tahun 2013, Gena telah disahkan menghidap penyakit artritis reumatoid (RA) . Penyakit artritis reumatoid adalah sejenis penyakit autoimun dan keradangan. Bahagian autoimun menunjukkan bahawa seseorang yang mengalami RA mempunyai sistem imun yang agak “rosak”, di mana sel-sel imun tersilap menyerang sendi yang sihat.

3928C90C 70C6 47BB BC6F 5BEF219BFC40

Serangan ini biasanya berlaku di banyak sendi pada masa yang sama dan menyebabkan keradangan atau bengkak, yang membawa kepada kekakuan sendi dan kesakitan.

Walaupun menghidap artritis reumatoid yang paling biasa, ianya juga memberi kesan kepada sendi di lutut, tangan dan pergelangan tangan kita, ia boleh menjejaskan mana-mana sendi di dalam badan. Ianya juga pasti bahawa RA juga boleh menjejaskan organ-organ lain, termasuk mata, paru-paru, dan jantung.

Kemerosotan kesihatan dan fungsi tubuh badan Gena adalah mimpi ngeri buat mereka suami isteri. Perubahan dari tubuh badan yang sihat kepada penderitaan dan penuh kesakitan benar-benar membuatkan Gena hilang arah.

Demi menjaga isterinya, Chuck Norris setia menemani di setiap sesi perubatan dan terapi. Pelakon itu membuat keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal buat karier lakonan bagi memastikan kesihatan isterinya terjamin.

Baca Lagi:Siapa Layak Memegang Gelaran Raja K-Pop 2023?

Baca Juga: Heidi Klum Berhasrat Untuk Tambah Anak Pada Usia 49 Tahun