Home Entertainment Siapa Layak Memegang Gelaran Raja K-Pop 2023?

Siapa Layak Memegang Gelaran Raja K-Pop 2023?

0
Siapakah yang layak memegang gelaran ‘King of K-pop’ atau Raja K-pop untuk tahun 2023?

BTS telah menggegar dunia dengan hebatnya dan tidak dapat disangkal lagi bahawa nama BTS adalah gergasi dalam industri muzik Korea Selatan. BTS merupakan nama terbesar untuk gen K-pop dan pesona mereka sukar ditandingi oleh mana-mana kumpulan K-pop baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Selain BTS, ada satu nama besar yang sering membayangi mereka iaitu Kwon Ji-young atau lebih dikenali sebagai G-Dragon yang merupakan penyanyi rap Korea Selatan, penyanyi, penulis lagu, produser rekod muzik, usahawan dan juga seorang pereka fesyen pernah dinobatkan sebagai Raja K-pop.

Jimin yang juga merupakan ahli kumpulan BTS pernah memenangi poll (undian) secara atas talian untuk gelaran Raja K-pop selama 3 tahun berturut-turut. Jimin mendapat perhatian luar biasa dari seluruh dunia sejak dia membuat kemunculan pertama sebagai salah seorang anggota kumpulan BTS.

Bagaimana dapat gelaran Raja K-pop?

Gelaran Raja K-pop diberikan kepada penyanyi K-pop yang paling popular dan paling berkemahiran serta juga penyanyi K-pop yang paling berpengaruh. Undian secara atas talian biasanya diuruskan oleh kumpulan-kumpulan bisnes dan laman web-laman web terkenal, mereka akan memberi senarai nama calon terdiri daripada penyanyi-penyanyi K-pop terkenal untuk diundi oleh para pelanggan dan para pembaca mereka.

Calon-calon Raja K-pop untuk 2023:

11FDD6E7 C58C 4F1C B19A BF8DC20E89D3

1) JIMIN BTS

Park Jimin dilahirkan pada 13 Oktober 1995 dan dikenali dengan nama pentas Jimin kini sudah berusia 27 tahun. Anak muda ini merupakan seorang penyanyi dan penari yang serba boleh. Pada tahun 2013, dia telah membuat kemunculan pertama (debut) sebagai salah seorang anggota kumpulan BTS di bawah naungan Big Hit Entertainment.

Jimin telah mengeluarkan 3 track solo dengan kumpulan BTS:
● Lie (2016)
● Serendipity (2017)
● Filter (2020)

Pada tahun 2018, Jimin telah melancarkan lagu Indie pertama ciptaannya sendiri yang bertajuk Promise. Sementara itu pada tahun 2022, Jimin telah muncul dalam soundtrack drama tvN iaitu Our Blues dan Sang with You bergandingan dengan Ha Sung-woon.

D862C789 7CDB 41BC AA54 94C1440271D4

2) CHA EUN-WOO ASTRO

Lee Dong-min atau lebih terkenal dengan panggilan Cha Eun-woo dilahirkan pada bulan Mac 1997. Cha Eun-woo merupakan seorang penyanyi, pelakon dan juga seorang model. Anak muda ini merupakan salah seorang ahli kumpulan Astro.

Penyanyi K-pop itu membuat kemunculan pertama dalam dunia lakonan sebagai pelakon pembantu dalam filem My Brilliant Life. Pada tahun 2016 dia turut berlakon dalam siri web drama My Romantic Sam Recipe.

7AF4A945 952E 47B0 9568 7869F854224C

3) JUNGKOOK BTS

Jeon Jungkook dilahirkan pada bulan September 1997. Dia adalah ahli kumpulan BTS dan merupakan penyanyi utama untuk kumpulan muzik tersebut. Seperti Jimin, Jungkook juga telah mengeluarkan 3 track solo bersama BTS:
● Begin (2016)
● Euphoria (2018)
● My Time (2020)

Jungkook merupakan artis pertama Korea Selatan yang berjaya merekodkan sebuah lagu tema untuk soundtrack Piala Dunia FIFA 2022 bertajuk Dreamer. Jungkook juga diberi penghormatan untuk membuat persembahan pada upacara pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.

960926EE F1F6 4CAE B0B7 EF54BDFC79DF

4) YUNHO TVXQ

Jung Yunho dilahirkan pada 6 Februari 1986 dan merupakan seorang penyanyi, penulis
lagu, pelakon dan juga salah seorang anggota kumpulan TVXQ. Jejaka ini dilahirkan dan dibesarkan di Gwangju, Korea Selatan dan memulakan pendidikan muzikal pada tahun 2001 di sebuah agensi mencari bakat iaitu SM Entertainment. Pada tahun 2003, Yunho telah menyertai kumpulan TVXQ.

CE2952A1 BE66 448A B306 B4F062035FF5

5) DONGHAE SUPER JUNIOR

Lee Dong-ha atau lebih popular dikenali sebagai Donghae dilahirkan pada 15 Oktober 1986. Donghae berbakat besar sebagai seorang penyanyi, pelakon, penulis lagu dan juga komposer.

Selepas memenangi anugerah di SM’s Best Youth Competition pada tahu. 2001, dia direkrut menjadi pelatih di SM Entertainment, selepas 4 tahun dalam tempoh percubaan dan latihan, akhirnya Donghae membuat kemunculan pertama bersama kumpulan Super Junior pada bulan November 2005.

61395E9D 0269 4021 ABFE 82757D568597

6) G-DRAGON BIG BANG

Kwon Ji-young atau nama glamour G-Dragon dilahirkan pada bulan Ogos tahun 1988. G-Dragon terkenal dengan nyanyian rap yang mantap, dia merupakan penyanyi rap kegilaan ramai di Korea Selatan. Selain menyanyi rap, G-dragon juga merupakan seorang penulis lagu dan juga prodesur.

Anak seni serba boleh ini telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah 7 anugerah Mnet Asian Music Awards, 6 anugerah Melon Music Awards, 2 anugerah Korean Music Awards, 2 anugerah Golden Disc Awards, dan 2 anugerah MBC Entertainment Awards.
Selain nama 6 bintang K-pop tersohor ini, nama-nama besar seperti Changmin TVXQ, Jung Yong-hwa CNBLUE, Jin BTS, Taehyung V BTS, dan Suga BTS turut tercalon untuk bertanding bagi merebut gelaran Raja K-pop.

Baca Lagi:Kekayaan Jin BTS

Baca Juga: Bintang Squid Game Berdepan Pendakwaan Serangan Seksual