Home Anime Attack On Titan Anime Yang Paling Kejam

Attack On Titan Anime Yang Paling Kejam

0

Bagi anda yang adalah kaki anime pasti tidak asing lagi dengan siri anime ATTACK ON TITAN, salah satu anime yang memaparkan aksi-aksi dan karakter-karakter yang paling kejam!

9F9C9C24 AD44 443E 84AD D28766D09361 25C6A6C6 5313 4CD2 B8BB BA00922FA956

Attack on Titan membawa kisah tentang sebuah dunia di mana manusia yang hidup dalam ketakutan, dipisahkan dari dunia disebalik tembok gergasi yang dibina sejak berabad lamanya.

Tembok ini dibina untuk melindungi saki baki manusia dari serangan dan dimakan oleh makhluk gergasi “TITAN” yang menyerupai manusia.

Kisah anime yang diadaptasi dari manga Jepun ini bermula dari 2 karakter utama pada musim 1 iaitu Eren Jaeger dan adik angkatnya Mikasa Ackerman. Bandar mereka tiba-tiba dicerobohi oleh Titan si pemakan manusia sehingga membawa kepada kemusnahan besar kepada bandar mereka.

Siapa sangka tembok gergasi yang cukup tinggi dan kukuh bertahan selama beratus tahunannya akhirnya musnah sekelip mata setelah TITAN COLOSSAL muncul dan memecahkan tembok pertahanan pertama! Dan ini telah menyebabkan seluruh umat manusia di bandar tersebut menjadi panik dan ketakutan yang luar biasa.

3F68DD3B 5C2C 4274 9949 97340399BA0C 397F9E46 0284 4429 853B 14E31C39CC92

Eren dan Mikasa yang masih kecil lagi ketika itu terpaksa menyaksikan ibu Eren dimakan dengan serakahnya didepan mata mereka oleh salah satu Titan tersebut. Ayah Eren pula tiba-tiba hilang entah ke mana selepas kejadian mengerikan itu.

Sejak itu, kehidupan Eren mula berubah dan dia berjanji pada dirinya sendiri akan bangkit semula untuk membalas dendam terhadap kematian Ibunya.

11404634 0938 4B4A 85A9 DB6293539FD8 scaled

Kedengaran menarik kan?? Nak tahu apa yang terjadi kepada kehidupan Eren dan Mikasa selepas itu? Anda yang belum pernah lagi tonton anime ini boleh memuat naik aplikasi VIU Malaysia. Kesemua 4 musim anime ini boleh ditonton secara striming di Viu Malaysia.

61088F30 3A77 4A3B A6E9 F37EBFB92C86

Dalam siri anime kegemaran dunia ini juga, Attack On Titan telah memperkenalkan salah satu watak anime dari generasi yang paling ikonik apabila Kapten Levi Ackerman muncul sebagai Pahlawan yang gagah perkasa, mendominasi dan mengagumkan dalam semua cara termasuk taktik pertempurannya ketika berhadapan dengan Titan. Levi telah dipuji sebagai salah satu watak paling hebat dalam sosial media secara keseluruhan.

C23DB01E 6589 4079 842C 98E86499D0BB

Karakternya adalah yang paling menonjol dan dianggap sebagai pahlawan terbilang diantara watak-watak utama lain. Watak tersebut adalah Levi Ackerman.

Walaupun dengan keunggulan yang dimilikinya, Levi tidaklah seratus peratus sempurna dan masih mempunyai sisi kelemahannya. Untuk mencipta seorang wira yang nampak realistik, pasti ada perkara tentang mereka yang kadangkala membuatkan kita sebagai peminat AOT menggelengkan kepala serta mengeluh kerana kecewa dan Levi tidak asing lagi dalam melahirkan emosi itu dikalangan peminatnya.

Berikut merupakan ciri-ciri yang dimiliki oleh Levi:-

1. Levi seorang yang sangat cerewet tentang kebersihan. Prinsip Levi antara adalah menjadi seorang askar yang cemerlang dan pembersih. Dan ini menyebabkkan ahli pasukannya yang lain sering merasa rimas dan terganggu dengan sikapnya itu. Salah satu contoh babak dimana ketika Historia dan Eren disembunyikan oleh skuadnya, Levi sempat mengulas tentang kebersihan ruang pada masa yang paling tidak sesuai.

2. Levi seorang yang sangat bebal, hati kering dan tidak mudah terpedaya. Dia juga bukan seorang yang penyabar dan juga tidak menyukai rakan-rakannya yang lemah.

3. Levi mempunyai masalah untuk membentuk hubungan interpersonal yang bermakna ini adalh kerana semua ahli pasukannya telah dimakan oleh Titan Wanita, dia juga terpaksa membiarkan Erwin mati, ditambah pula Eren berubah menjadi jahat di depan matanya. Ini semua menyukarkan Levi yang sentiasa introvert untuk membuat kawan baharu atau berhubung dengan orang tersayang.

4. Levi hanya akan mendengar dan menjawab kata-kata dan arahan dari Komander Erwin Smith. Dia sangat menghormati dan mengagumi Erwin tetapi masalahnya ialah Erwin pada asasnya adalah satu-satunya orang yang Levi menyimpan perasaan ini. Bagi orang lain, kata-kata Levi adalah undang-undang, dia sentiasa mempunyai kata putus, dan dia menganggap dirinya sebagai orang yang tahu segalanya jika Erwin tiada.

5. Levi menganggap dirinya tiada tandingan dan dia adalah pahlawan yang paling kuat dan digeruni oleh Titan. Dia menetapkan jangkaan untuk dirinya di tahap yang paling tinggi dimana tiada seorang pun dapat mengatasinya. Oleh kerana itulah tiada seorang pun daripada pahlawan di Paradise akan dapat dibandingkan dengan Levi, tiada individu yang akan mempunyai gabungan kebolehan, pengetahuan taktikal dan kehebatan senjata sepertinya.

Baca Lagi: Adegan Buli Drama Korea The Glory Diinspirasikan Dari Kisah Benar

Baca Juga: Siapa Layak Memegang Gelaran Raja K-Pop 2023?