Home Entertainment Heidi Klum Berhasrat Untuk Tambah Anak Pada Usia 49 Tahun

Heidi Klum Berhasrat Untuk Tambah Anak Pada Usia 49 Tahun

0

Supermodel Heidi Klum sudah mempunyai 4 orang cahaya mata: Leni berusia 18 tahun, Henry berusia 17 tahun, Johan berusia 16 tahun dan Lou yang berusia 13 tahun. Bintang terkenal ini mengesahkan bahawa kemungkinan besar dia akan menambah lagi bilangan anaknya buat masa terdekat ini.

Ketika Heidi Klum membuat kemunculan di rancangan bual bicara Jennifer Hudson Show, Pengacara America’s Got Talent yang kini sudah berusia 49 tahun itu ditanya sama ada dia mahu menambah cahaya mata lagi dan mata Heidi Klum kelihatan bersinar-sinar gembira tanpa sebarang keraguan mengaku bahawa dia sudah lama menunggu kehadiran cahaya mata baru.

“Saya sudah mempunyai ramai anak, saya sudah melakukannya (mengandung dan melahirkan) sebanyak 4 kali” supermodel itu menerangkan tentang kehamilannya sebelum ini sambil membuat mimik seperti wanita memgandung dengan menunjukkan perutnya.

8609CCCC E0E0 459A 9690 397204BCAE8F

“Selalunya saya akan menyusukan anak saya dengan susu badan selama 8 bulan dan selepas itu pasti saya akan hamil anak seterusnya, tiga kali berturut-turut. Sekali lagi anak-anak saya sudah berusia 18 tahun, 17 tahun, 16 tahun dan seterusnya 13 tahun, hebat bukan?”

Heidi Klum dipetik berkata-kata sambil memetik jarinya menandakan dia sudah berjaya melahirkan dan membesarkan 4 orang anak dengan jarak kelahiran yang dekat-dekat semuanya.

”Saya sudah menunggu lama (untuk menambah anak), dan ya, saya mahukan anak lagi”.

Heidi Klum kini sedang bahagia dengan suaminya Ton Kaulitz benar-benar mahu menambah zuriat bagi menambahkan keceriaan dalam hidupnya. Hasil perkongsian hidup dengan seorang ahli perniagaan Itali, Heidi Klum memiliki seorang cahaya mata yang kini sudah membesar menjadi gadis cantik molek persis ibunya iaitu Leni Olum Klum, 18 tahun.

59CDF4E9 9A34 459A A78F 327A218759D0

Hasil perkahwinan kedua dengan ahli muzik Seal, Heidi Klum memiliki 3 cahaya mata iaitu Henry Gunther Ademola Dashtu Samuel 17 tahun, Johan Riley Fyodor Taiwo Samuel 16 tahun, dan Lou Sulola Samuel yang kini berusia 13 tahun.

Heidi dan Seal berkahwin dari tahun 2005 hingga 2014. Kini semua anak-anak bekas model Victoria Secret itu sudah menjengah usia remaja dan bakal meninggalkan rumah untuk masuk ke alam kolej dan universiti.

4A9A57B1 DE9C 49F1 81E0 BA7F766F88C5

Heidi Klum pernah berkongsi perasaan sayu dan terharunya apabila anak pertamanya iaitu Leni Klum meningkat dewasa. Heidi Klum berkongsi perasaan penuh emosi melalui satu hantaran di laman sosial Instagram miliknya. Dia menjelaskan betapa cepatnya masa berlalu bersama-sama sekeping gambar lama yang menunjukkan dia sedang hamilkan Leni Klum di salah sebuah pertunjukan fesyen Victoria Secret.

Baca Lagi: Bintang Squid Game Berdepan Pendakwaan Serangan Seksual

Baca Juga: Adegan Buli Drama Korea The Glory Diinspirasikan Dari Kisah Benar