Home Entertainment Filem Dan K-Drama Terbaik Lakonan Son Ye-jin

Filem Dan K-Drama Terbaik Lakonan Son Ye-jin

0

Apabila bintang Korea Selatan Son Ye-jin memilih skrip untuk dilakonkan, ura-ura mengatakan projek filem atau Kdrama tersebut pasti bakal meletup di pasaran! Jika anda bukan peminat pelakon wanita ini atau baru sahaja berjinak-jinak untuk menonton lakonannya, buat permulaan boleh cuba menonton beberapa filem dan Kdrama ini:

● Crash Landing on You (2019)
● The Negotiation (2018)
● April Snow (2005)

Filem-filem dan Kdrama lakonan Son Ye-jin biasanya berjaya memaut hati para penonton. Pelakon yang baru sahaja menyambut hari lahir pada 11 Januari yang lalu mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Dia telah berjaya menjayakan pelbagai filem dan drama TV dengan genre yang berbeza-beza.

Pelakon ini berjaya membawa watak dalam filem dan Kdrama dengan genre romantik, romantik komedi, aksi, jenayah, thriller dan juga period historikal.

Son Ye-jin menamatkan zaman bujangnya dengan aktor kacak kegilaan ramai iaitu Hyun Bin dan mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada tahun 2022.

Perkahwinan mereka adalah yang paling manis dan dinanti-nantikan oleh semua peminat.

BERIKUT MERUPAKAN FILEM DAN KDRAMA LAKONAN SON YE-JIN YANG BERBALOI DITONTON:

 

1) Crash Landing on You

6B697390 4A1A 40CB 9C4D B041A3F70816

  • Pengarah: Lee Jung-hyo
    ● Barisan pelakon lain: Hyun Bin, Seo Ji-hye, Kim Jung-hyun
    ● Tarikh disiarkan: 14 Disember 2019
    ● Jumlah episod: 16 episod
Kdrama ini adalah kisah cinta yang tidak kesampaian diantara seorang anak chaebol Korea Utara dan seorang rakyat Korea Selatan yang melarikan diri ke Korea Utara kerana menjadi buruan disebabkan disebabkan kes lenipuan. Mereka bertemu dan mula berkenalan di Korea Utara. Terlalu banyak kenangan indah dan menarik yang menyatukan hati mereka.


2) Something in the Rain

CE7BC7B5 D891 4B09 B0EF 180498A07E53

  • Pengarah: Ahn Pan-seok
  • Barisan pelakon lain: Jung Hae-in, Jang So-yeon, Jung Eugene, Joo Min-kyung
    ● Tarikh disiarkan: 30 Mac 2018
    ● Jumlah episod: 16 episod

Kdrama ini mengisahkan tentang tentang penyatuan dua hati yang telah lama terpisah. Mereka saling mencintai walau bagaimanapun kisah percintaan mereka sangat banyak liku-liku dan halangan. Stigma masyarakat mengenai perempuan yang lebih berusia bercinta dengan pasangan lelaki yang jauh lebih muda membuatkan mereka tertekan.


3) Be with You

6B4D149C 4881 48BF 92E5 B6F9047CEFAF

  • Pengarah: Lee Jang-hoon
    ● Barisan pelakon lain: So Ji-sub, Kim Ji-hwan
  • Tarikh disiarkan: 14 Mac 2018

Drama siri ini adalah kisah mengenai seorang wanita yang hampir mati dan telah berjanji akan pulang segera ke pangkuan suami dan keluarganya. Ajaibnya dia berjaya mengotakan janji dan telah kembali untuk bertemu dengan orang-orang yang disayanginya tetapi perkara buruk berlaku apabila wanita ini tidak dapat mengenali setiap wajah yang sudah lama menantikannya.

4) A Moment to Remember

68228A58 CA2B 43D1 BD8F 173F9AC1186B

  • Pengarah: John H.Lee
    ● Barisan pelakon lain: Jung Woo-sung, Baek Jong-hak, Lee Sun-jin
    ● Tarikh ditayangkan: 5 November 2004

Filem yang sarat dengan emosi dan sangat membuai perasaan. Kisah mengenai perkahwinan bahagia sepanjang suami isteri diuji dengan satu dugaan yang dahsyat. Sang isteri didiagnos menghidap alzheimer dan merubah segalanya dalam hidup mereka berdua.

5) The Negotiation

46FD1077 26E0 43A5 B01B CFE1D4F04250

  • Pengarah: Lee Jong-suk
    ● Barisan pelakon lain: Hyun Bin, Kim Sang-ho, Jang Young-Nam
    ● Tarikh ditayangkan: 19 September 2018

Filem aksi ini mengisahkan tentang seorang pegawai polis jabatan negosiasi yang perlu membuat rundingan dengan seorang pengganas. Nyawa ramai orang bergantung dengan kepandaian pegawai wanita ini membuat rundingan.

Baca Lagi: Siri Netflix Mengangkat Kisah Tentang Tragedi Meragut 245 Nyawa

Baca Juga:Cassiopeia Filem Korea Yang Bertemakan Penyakit Alzheimer