Home Entertainment Will Smith Kembali Dengan Projek Bad Boys

Will Smith Kembali Dengan Projek Bad Boys

0

Will Smith telah mengesahkan bahawa filem ke empat francais BAD BOYS akan dikeluarkan. Selepas setahun kejadian memalukan Will Smith menampar pelawak Chris Rock di acara anugerah Oscar, kini pelakon ini yakin mengumumkan projek barunya untuk filem BAD BOYS yang ke empat.

71C35A9A 52D5 46B2 A01C 6939BFA66D6BKejadian buruk di Oscar tahun lalu menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai karier lakonan Will Smith dan kemampuan aktor itu untuk bangkit bagi menjayakan filem-filem box office di masa depan.

Terdapat khabar angin yang meragukan tentang pembikinan filem Bad Boys 4 apabila terdapat masalah sewaktu memilih pelakon untuk siri ke 4 filem ini.

Banyak gosip mengatakan mungkin Will Smith tidak akan muncul lagi sebagai pelakon utama, tetapi pengumuman yang dibuat sendiri oleh pelakon tersebut akhirnya menghentikan segala khabar angin.

Aktor tersebut telah membuat pengumuman rasmi itu melalui sebuah video di laman Instagram miliknya. Dalam video tersebut kelihatan pelakon itu bersatu semula dengan Lawrence dan sama-sama mengungkap ‘bad boys for life’.

Video tersebut menunjukkan Will Smith sedang memandu ke rumah Lawrence dan memberitahu para peminat bahawa dia ada pengumuman penting untuk dibuat, maka diminta para peminat untuk bersabar dan menunggu pengumuman tersebut.

Ternyata apabila sampai di muka pintu rumah Lawrence, mereka berdua terus mengumumkan berita gembira tersebut.
Filem ke 4 Bad Boys itu belum diberi tajuk secara rasmi bakal diarahkan oleh Adil El Arbi dan Bilall Fallah.

Kedua orang pengarah ini juga yang mengarahkan filem Batgirl. Duo pengarah ini juga pernah mengarahkan salah satu filem dalam francais Bad Boys iaitu Bad Boys fo Life (2020).

E46B68B0 3E6A 4952 BA70 A619BF02BA38

Bad Boys for Life merupakan salah satu filem yang berjaya memecah box office dengan kutipan $426 juta (£346 juta) sebelum pandemik Covid-19 melanda. Berjayakah Will Smith dengan rekod buruk di Oscar baru-baru ini mengembalikan kegemilangan Bad Boys?

Adakah dua pengarah Adil El Arbi dan Bilall Fallah dapat memberi sentuhan emas mereka sekali lagi untuk memenangi hati para penonton? Satu percaturan menarik dan hasilnya pasti menjadi perhatian seluruh dunia.

Bagaimanakah penerimaan para peminat tentang kehadiran Will Smith sekali lagi dalam francais Bad Boys selepas dia benar-benar menjadi seorang ‘bad boy’ di acara Anugerah Oscar yang lepas.

Baca Lagi: Filem Dan K-Drama Terbaik Lakonan Son Ye-jin

Baca Juga: Siri Netflix Mengangkat Kisah Tentang Tragedi Meragut 245 Nyawa