Home Entertainment Titanic Ditayangkan Semula Sempena Ulang Tahun ke-25 dalam 3D 4K HDR

Titanic Ditayangkan Semula Sempena Ulang Tahun ke-25 dalam 3D 4K HDR

0

TITANIC yang pernah memegang rekod kutipan BOX OFFICE tertinggi sepanjang zaman selama 12 tahun iaitu sebanyak USD $2.19 bilion sejak tayangannya pada 1997, menjadikannya filem ketiga dengan kutipan tertinggi dalam sejarah. Filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah ialah Avatar , sebuah lagi filem arahan Cameron, iaitu USD $2.92 bilion sejak debutnya pada 2009.

BFEA32A2 AD55 4E44 AEF5 CE9BC98FCB4E

Bersempena ulang tahun ke-25 filem legenda James Cameron, TITANIC bakal menggegarkan semula pawagam seluruh dunia apabila ia akan ditayangkan semula ke layar pawagam dalam “REMASTERED” kualiti 3D 4K HDR, tayangan premier seawal jam 10.30 pagi pada 9 Februari di TGV dan GSC.

Dengan versi “REMASTERED” ini, sudah tentu peminat akan dapat menyaksikan filem epik ini dalam IMAX 3D. IMAX 3D akan membawa penonton kembali semula merasai seolah-olah pengalaman sebenar di atas kapal TITANIC, dengan hembusan bayu angin buatan pun sudah memadai mampu membuai perasaan kita mengikut alur haluan TITANIC!

Bukan itu sahaja, kita juga akan dapat melihat dan merasai keindahan sinematografi serta kesan visualnya dengan lebih dekat dalam skrin layar yang berkualiti 3D 4K HDR.

5BED3FE6 BFE0 4704 9ECF 0DFB56F96706

Walaubagaimanapun, dilaporkan tayangan istimewa ini hanya akan berlangsung untuk seminggu sahaja bermula dari 9 Februari sehingga 15 Februari 2023.

Pastinya kali ini dengan dengan versi “Remastered”, adegan-adegan epik serta penuh aksi yang berlatarbelakangkan pelayaran sulung TITANIC yang cukup tragis itu akan mengembalikan nostalgia kita terutama bagi peminat filem TITANIC ini.

Selain daripada filem tayangan istimewa TITANIC itu, Paramount dan 20th Century Studios juga akan mengeluarkan edisi khas “Titanic: 25 Years Later with James Cameron” di saluran National Geographic di Amerika Syarikat pada 5 Februari. Pengumuman khas itu dibuat ketika siri Jelajah Akhbar Musim Sejuk Persatuan Pengkritik Televisyen, National Geographic.

Rancangan edisi khas ini akan menjadi versi terkini “Titanic: 20 Years Later with James Cameron“, dimana kita akan dipertontonkan bagaimana mereka dan team produksi bekerja keras tanpa rehat 7 hari seminggu selama bertahun-tahun bagi menghasilkan serta menjayakan filem epik TITANIC.

3912D7EB F662 479D AF15 9FFEA880345F DFB84761 020E 46B9 916B C8EAD372AF7A E3A5442D 1AB1 409C 90D5 A0F0195C4BBB

Mereka malah mengupah sepasukan pakar bagi menjalankan eksperimen rakaman dalam air, simulasi dari janaan komputer bagi membongkar misteri disebalik kejadian tragis yang menimpa kapal TITANIC.

Salah satu misteri yang masih berlegar sehingga ke saat ini adalah babak dimana Rose terselamat di atas serpihan kapal dan Jack akhirnya mati ketika terapung dalam air. Ini menbuatkan ramai peminat berteori bahawa serpihan itu cukup besar untuk memuatkan kedua-dua pasangan joli itu dan watak Jack seharusnya dihidupkan.

Adakah James Cameron membuat penamat mengikut teori para peminat atau Jack tetap akan mati juga? Semua itu akan terjawab di dalam TITANIC REMASTERED pada 9 February ini.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk menerima kunjungan semula Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio sekali lagi dalam kisah cinta mereka di layar pawagam anda beberapa hari lagi?

Baca Lagi: Will Smith Kembali Dengan Projek Bad Boys

Baca Juga: Siri Netflix Mengangkat Kisah Tentang Tragedi Meragut 245 Nyawa