Home Entertainment The Watcher Drama Netflix Dari Kejadian Sebenar Tentang Rumah Misteri Dan Psikopat

The Watcher Drama Netflix Dari Kejadian Sebenar Tentang Rumah Misteri Dan Psikopat

0

85C08B6A 090A 462E 8F7F 3850C2C05AED

The Watcher (2022) adalah drama siri pendek yang diadaptasi dari kejadian sebenar mengisahkan sepasang suami isteri Maria dan Derek Broaddus bersama tiga orang anak kecil mereka sebuah keluarga bahagia bertukar menjadi mimpi terburuk yang nyata, diselubungi ketakutan apabila mereka mula menerima surat ugutan tanpa nama dan hanya menggelar dirinya sebagai “THE WATCHER” dan meminta mereka menyediakan “Darah Muda” jika ingin selamat.

3630DD47 C99A 4339 AFBC 99B390C26DC5

Sebelum min ingin mengulas lebih lanjut siri pendek Netflix ini, ada beberapa perkara yang penonton harus tahu kisah sebenar tentang rumah ini:

1. Derek dan Maria Broaddus mula mendapat surat mereka menerima tiga surat ugutan daripada seseorang yang menggelarkan dirinya ‘The Watcher’ selepas membeli rumah di Westfield, NJ pada 2014. Pasangan itu membeli rumah enam bilik tidur itu dengan harga hampir $1.4 juta.

3. Salah satu kandungan surat ugutan itu meminta jika keluarga baru itu telah menyediakan ‘darah muda’ yang dia minta.

4. Surat ugutan seterusnya berbunyi, “Saya telah dipertanggungjawabkan untuk memerhati dan menanti kedatangan anda sekeluarga. Datuk saya telah memerhati rumah itu sejak tahun 1920-an, kemudian bapa saya pula yang memerhati pada tahun 1960-an dan kini giliran saya.”

5. Dan surat ketiga mengatakan bahawa pemilik rumah sebelum itu, Keluarga Woods menjual rumah itu kepada mereka atas arahannya.

6. Keluarga itu menyaman pemilik terdahulu pada Jun 2015, tetapi keluarga Woods mendakwa yang mereka juga menerima surat daripada ‘The Watcher’ tetapi tidak pernah mendedahkannya.

7. Pasangan itu mempunyai dua orang anak, merasa sangat terganggu dengan surat ugutan sehingga mereka tidak dapat tinggal di rumah itu. Mereka juga mengalami kesukaran untuk menjual rumah tersebut.

3. Keluarga itu kini menyaman bandar itu kerana menghalang rancangan mereka untuk merobohkan rumah itu dan menggantikannya dengan dua hartanah yang lebih kecil.

4. James Foerst, peguam kepada pasangan tersebut turut merasa simpati dan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka kerana mereka adalah orang yang baik cuma tidak bernasib baik kerana terperangkap dalam situasi yang mereka tidak minta.

5. Seorang peguam untuk bandar itu memberitahu NJ.com bahawa dia tidak boleh mengulas mengenai tuntutan mahkamah itu.

6. Penduduk di kawasan kejiranan telah bergabung untuk membantah tuntutan Broadduses terhadap bandar itu dengan mengatakan yang mereka telah difitnah serta surat yang diterima itu bukanlah surat ugutan dan tidak mengancam nyawa keluarga Broaddus. Penduduk turut membantah Broaddus merobohkan rumah itu untuk membina rumah yang lebih kecil dengan alasan bahawa lot yang lebih kecil akan menjadi tidak sesuai untuk masyarakat dibandar itu.

Patutlah sehingga kini, kes ini masih tidak menemui jalan penyelesaian lagi.

Baiklah, berbalik kepada ulasan drama bersiri pendek The Watcher. Kisah bermula apabila mereka membeli rumah di 657 Boulevard di sebuah bandar hijau Westfield, New Jersey pada Jun 2014 dengan harga $1.4 juta. Rumah yang berciri Kolonial Belanda itu telah dibina pada tahun 1905 dan sejak beberapa dekad ia telah dimiliki dan diduduki oleh beberapa ahli keluarga dari pelbagai latarbelakang.

Dalam siri sebanyak 7 episod penuh ini para penonton akan disajikan kisah-kisah dramatik hubungan antara pasangan suami isteri dengan jiran-jiran mereka yang masing-masing menunjukkan sikap pelik dan ada juga yang agak psikotik sehingga membawa kepada beberapa tragedi kematian yang cukup misteri serta PLOT TWIST YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA!!

A04ACA38 0329 46D8 815D 3BDB721F04A1

Dan fokus utama siri ini adalah tentang misteri kemunculan THE WATCHER yang tidak bernama, hampir setiap hari mengirim surat ugutan menegaskan yang rumah itu merupakan obsesi terbesarnya selama beberapa dekad dan kini keluarga itu menjadi sebahagian obsesinya dan dia akan sentiasa memerhatikan rumah dan keluarga itu.

27FD8232 32CF 49CC B21D 09F51A59E193

Dan ini menyebabkan kehidupan harian keluarga ini menjadi tidak tentu arah dan merasa terganggu. Pelbagai bantuan yang mereka cuba dapatkan namun kesemuanya membawa kepada jalan buntu.

Dapatkah mereka menyingkap identiti The Watcher yang cukup misteri dan menakutkan ini dan mempertahankan rumah impian mereka dari dicerobohi oleh jiran-jiran pelik dan The Watcher?

BAA75B42 42B5 4230 B9A9 ED7066FAC32C

Plot cerita yang agak perlahan tetapi tidak membosankan kerana setiap episod menyajikan plot yang cukup menarik, penuh misteri dan semakin suspen membuatkan kita pastinya ingin tahu apa yang berlaku kepada keluarga dan rumah misteri ini.

YANG PASTI SEMUA PENONTON AKAN DISELUBUNGI MISTERI SIAPAKAH SI WATCHER BEDEBAH INI SEBENARNYA!

Saksikan THE WATCHER bergenre MISTERI THRILLER PSIKOLOGI ini di Netflix bagi mengetahui dengan lebih mendalam kisah kegelapan sebenar tentang rumah yang penuh misteri ini yang dibintangi oleh Naomi Watts dan Bobby Cannavale sebagai pasangan suami isteri Dean Brannock dan Nora (nama watak diubah dan terdapatnya babak-babak yang ditokok tambah bagi menampakkan lagi kesan dramatik siri ini.)

🔞TIDAK SESUAI UNTUK TONTONAN BERSAMA ANAK-ANAK

TRIVIA:
The Watcher adalah berdasarkan kisah benar yang pernah diterbitkan dalam artikel Majalah New York 2018 “The Haunting of a Dream House,” oleh Reeves Wiedeman. Yang kemudian dijadikan mini siri oleh Ryan Murphy dan Ian Brennan. Mereka berdua ini juga merupakan pengarah/penulis yang sama menghasilkan mini siri Dahmer yang ditayangkan pada September lepas.

Baca Lagi: 3 Filem Lakonan Anne Hathaway Yang Paling Menarik

Baca Juga: 25 Kdrama Paling Top Di Netflix Sepanjang Zaman