Home Entertainment 3 Filem Lakonan Anne Hathaway Yang Paling Menarik

3 Filem Lakonan Anne Hathaway Yang Paling Menarik

0

Tahun 2023 membawa berita gembira buat para peminat pelakon jelita Anne Hathaway. Sebuah filem baru lakonan Anne Hathaway akan ditayangkan pada tahun 2023 ini iaitu Eileen yang diadaptasi dari novel Ottessa Moshfegh membawakan senaskah kisah jenayah pembunuhan bergenre thriler misteri.

57F61931 8E70 4217 ACFD C563C01B44FD F038EBBD CBF1 4BF9 8EA9 D95535526548

Filem tersebut telah dimainkan di Festival Filem Sundance. Selain Anne Hathaway, Thomasin McKenzie juga akan berlakon disamping Anne Hathaway.

Sementara menunggu filem terbaru artis kesayangan ramai ini ditayangkan di pawagam, apa kata kita selongkar 3 filem paling menarik yang pernah dilakonkan oleh Anne Hathaway.

Berikut merupakan antara 3 filem Anne Hathaway yang paling menarik:

8E2BA36D 6EAD 4177 B76F D95CECCA2EE8

1) THE PRINCESS DIARIES (2000)
Peminat-peminat Anne Hathaway pasti mengingati filem The Princess Diaries yang digilai ramai pada awal tahun milenia dahulu. Filem ini menjadi sebutan ramai dan trending di kalangan peminat filem. Kisah mengenai seorang gadis polos yang sering dibuli di sekolah. Siapa sangka gadis ini merupakan seorang pewaris takhta diraja sebuah negara. Anne Hathaway berjaya membawa wataknya dengan sempurna sekal.
Mia Thermopolis (Anne Hathaway) merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah tinggi dan tinggal bersama-sama ibunya. Mia adalah seorang pelajar nerd yang langsung tidak dihiraukan oleh pelajar-pelajar lain sekolah tersebut. Mia sangat takut untuk menonjol diri dan tidak berani untuk bercakap di hadapan khalayak ramai.
Pada suatu hari neneknya yang tidak pernah dikenali datang untuk berjumpa dengannya. Rupa-rupanya Mia adalah pewaris takhta kepada negara Genovia yang diperintah oleh neneknya. Mia mempunyai waktu yang sangat terhad untuk mempelajari semua protokol dan adat istiadat diraja.
E4DCFA2E B37D 4DC7 8827 9B499872574B2) THE DEVIL WEARS PRADA (2006)
Filem ini menyerlahkan lagi kecomelan Anne Hathaway. Perkembangan wataknya untuk filem ini sangat mengujakan. Kisah mengenai seorang penulis junior yang bekerja dengan gergasi fesyen yang digeruni ramai. Ketuanya yang garang dan sering marah-marah akhirnya menemui permata dalam diri penulis junior ini. Memang seronok tengok liku-liku dalam kerjaya dan kehidupannya.

 

16EF37F1 9FC4 4F6D A62F 6613178E2BC83) INTERSTELLAR (2014)
Filem sains fiksyen buah tangan dari Christopher Nolan ini menyaksikan Anne Hathaway sebagai salah seorang pelakon yang membawa watak sebagai Dr. Amelia Brand iaitu seorang saintis dan angkasawan dibawah NASA.
Filem ini adalah salah satu karya terhebat dari Christopher Nolan, menceritakan tentang dunia ditimpa bencana akibat kekurangan bekalan makanan dan juga kisah mengenai pengembaraan ke alam quantum masa di sebalik setiap planet di angkasa.

 

CC19A847 BFAE 43CA A29D B4F57DDC2127

Sedikit info mengenai Anne Hathaway:
Anne Hathaway atau nama sebenarnya Anne Jacqueline Hathaway dilahirkan pada 12 November 1982. Anne pernah muncul dalam Forbes edisi 2009 dalam kategori ‘Forbes Celebrity 100’. Anne Hathaway kini bahagia bersama suaminya Adam Shulman dan pelakon wanita ini dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Baca Lagi: TERKINI: Gempa Bumi Terburuk Dalam Abad Ini Menggegar Turki Dan Syria

Baca Juga: TERKINI: Gempa Bumi Terburuk Dalam Abad Ini Menggegar Turki Dan Syria