Home News Keluarga Mangsa Tragedi Itaewon Dibuli

Keluarga Mangsa Tragedi Itaewon Dibuli

0

Hari Ahad 5 Januari 2023 menandakan cukup 100 hari tragedi rempuhan yang berlaku di Itaewon, Korea Selatan sewaktu sambutan Halloween tahun lepas. Sewaktu ahli keluarga mangsa masih berduka, satu gerakan penunjuk perasaan berhaluan kanan menggesa ahli keluarga mangsa Tragedi Itaewon supaya berhenti untuk mengajak orang lain berkabung dan bersedih dengan kejadian yang sudah meragut nyawa ramai mangsa tidak bersalah itu.

4CFF405C 84E4 4056 A489 F29117AC1D96

Ahli keluarga mangsa masih lagi bersedih dan bersolidariti atas kejadian yang berlaku. Mereka masih tidak berpuas hati kerana penyiasatan yang dilakukan tidak menyeluruh dan langsung tidak terperinci. Sudahlah mereka sedang menunggu keadilan buat ahli keluarga mereka, kini kawasan khas buat mereka berkumpul dan berkabung dikacau dan turut dipenuhi oleh tetamu tidak diundang iaitu para penunjuk perasaan berhaluan kanan yang dianggap mementingkan diri.

Di bahagaian barat Itaewon, kira-kira 400 meter dari tempat kejadian yang menyaksikan 159 orang mangsa meninggal dunia akibat bersesak dan rempuhan pada 29 Oktober 2022, satu kawasan telah dipilih oleh persatuan keluarga mangsa untuk menjadi kawasan memorial dan tempat mereka berkumpul bagi memperingati setiap mangsa yang malang tersebut.

6E36DB79 B82F 4DE5 A162 A59841AFDCBF

Kawasan itu digunakan secara rasmi pada 14 Disember 2022. Beberapa orang ahli keluarga mangsa dan sukarelawan berdiri bersama gambar-gambar mangsa dan mengagihkan kuntuman bunga putih bersama hidangan teh panas buat semua peserta yang hadir untuk berkabung sempena memperingati setiap mangsa Tragedi Itaewon tersebut. Sewaktu mereka berkabung, lagu-lagu tenang dan mendayu-dayu turut dimainkan. Demikianlah aktiviti mereka untuk menenangkan diri dan memperingati orang-orang yang mereka sayangi.

72AFCDC7 7DCE 47EC 86E8 BCC608FAADEC

Walau bagaimanapun, kini kawasan itu sukar untuk dilihat dan dikenali kerana kawasan tersebut telah dibanjiri dan dikotori dengan pelbagai kain rentang yang biadap dan langsung tidak sensitif terhadap kejadian yang menimpa mangsa-mangsa Tragedi Itaewon.

“Berhenti memaksa orang lain untuk berkabung” demikian antara kata-kata yang tertulis di setiap kain rentang yang digantung oleh puak penunjuk perasaan berhaluan kanan. Mereka menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa tanpa rasa bersalah.

Kain-kain rentang tersebut digantung oleh New Freedom Union yang merupakan satu gerakan berhaluan kanan di Korea Selatan. Kesatuan itu dimulakan pada tahun 2021 oleh Kim Sang-jin yang turut merupakan ketua kepada Kelab Penyokong Presiden Yoon Suk-yeol.

D3A367AA 1D4E 402B AB8D 1346517B4A1A

Kim Sang-jin berkata kawasan berkabung itu sebenarnya menjadi tempat ahli politik mengambil kesempatan. Dia mendakwa ramai ketua politik dan orang agama cuba mengambil kesempatan pada setiap majlis berkabung yang dianjurkan oleh ahli keluarga mangsa. Kim Sang-jin juga menuduh ahli-ahli politik ini telah meracun fikiran setiap ahli keluarga mangsa yang kini sedang menggesa pihak kerajaan dan presiden membuat permohonan maaf terhadap Tragedi Itaewon yang berlaku.

5EF82A76 EE72 45E1 A21B 236925474D72

Jadi kesimpulannya, politik membuatkan manusia hilang akal. Bermuka-muka dan lebih mengutamakan kepentingan diri tanpa memikirkan perasaan orang-orang yang teraniaya. Rasa seolah-olah sama seperti menonton filem dan drama-drama politikal dari Korea Selatan.

Baca Lagi: Filem Terbaru Bae Doona Menceritakan Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Mati Bunuh Diri

Baca Juga: Red Balloon Kdrama Viral Yang Bikin Hati Panas!