Home Entertainment Chris Evans Bakal Menamatkan Zaman Bujang

Chris Evans Bakal Menamatkan Zaman Bujang

0

Nampaknya ramailah peminat Captain America si Chris Evan makan hati nanti. Terdapat sumber mengatakan bahawa pelakon kacak itu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

9A44B7CA BE22 4392 8637 5E9D21AF7F5E

Baru sahaja sebulan Chris Evan mengesahkan tentang hubungan romantisnya dengan teman wanitanya Alba Baptista. Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa Chris Evan teruja untuk melakukan persiapan perkahwinan mereka.

Chris Evans dan Alba Baptista keduanya telah menjalin hubungan romantis selama setahun sebelum muncul di khalayak dan mengesahkan tentang hubungan mereka. Mereka berdua tidak dapat mengelak lagi apabila ada lensa kamera berjaya menangkap gambar mereka berdua sedang berjalan berpimpin tangan.

14095B0A 6311 492F 8F93 E79A702F495E

Selama berbulan-bulan mereka menyembunyikan kisah cinta mereka dan berjaya melepaskan diri dari cahaya kamera, tetapi akhirnya kecundang jua dan Chris Evans mengesahkan sendiri kisah romantis mereka berdua.

Chris Evans yang kini berusia 41 tahun dan teman wanitanya Alba Baptista kini berusia 25 tahun saling mencintai antara satu sama lain. Sumber terdekat dengan Chris Evans menyatakan bahawa pelakon Captain America itu tidak pernah terlihat sebahagia itu sebelum ini.

Jarak perbezaan umur 16 tahun antara Chris Evans dan teman wanitanya tidak menghalang perasaan cinta mereka. Chris Evans dilihat berani meninggalkan komen nakal di salah satu hantaran Instagram milik Alba Batista dan ramai para pengikut mereka memberi reaksi serta membalas komen tersebut.

B3405EF1 51AA 4C51 A5A8 3E5924EFD3ECSiapakah Alba Baptista?

Alba Baptista merupakan seorang pelakon wanita Portugal dan dilahirkan pada 10 Julai 1997. Alba Baptista memulakan karier lakonannya dengan berlakon dalam sebuah siri Portugal yang bertajuk the Jardin Proibidos (2014-2015). Selepas itu namanya mula meletup dan dia mula berlakon dalam pelbagai siri dan filem Portugal seperti A Impostora, Filha da Lei, A Criacao dan Jogo Duplo.

Pada tahun 2020 sehingga 2022, pelakon jelita ini telah membintangi siri Netflix Warrior Nun, siri Netflix ini adalah merupakan kemunculan pertama (debut) Alba Baptista dalam siri drama berbahasa Inggeris.

Sedikit sejarah hidup teman wanita kesayangan Chris Evans ini:

Pelakon ini dilahirkan di Lisbon, Portugal. Ibunya adalah seorang warga Portugal manakala bapanya adalah rakyat Brazil. Bapanya adalah seorang jurutera dari Rio de Janeiro. Alba Baptista bersekolah di sebuah Sekolah Jerman di Portugal dan sewaktu usianya 15 tahun, dia membuat keputusan untuk menceburi bidang lakonan.

Baca Lagi: Nicola Peltz & Brooklyn Beckham Tiru Gaya David & Victoria Beckham

Baca Juga: Sekitar Perkahwinan Marc Anthony & Nadia Ferreira