Home News 7 Drama Korea yang Boleh Menceriakan Hari Anda, Penuh Lawak Jenaka

7 Drama Korea yang Boleh Menceriakan Hari Anda, Penuh Lawak Jenaka

0

Drama Korea tidak semestinya fokus pada kisah romantik sahaja. Beberapa buah drama membawa genre seram, aksi, thriller hingga komedi.

Kadang kala kita perlu menonton drama-drama yang menyenangkan hati bagi menceriakan hari selepas seharian penat dengan rutin biasa.

Berikut dibawah ini adalah pilihan drama dengan genre komedi yang boleh anda tonton.

 

1. One The Woman

Drama Jo Yeon Ju ( Honey Lee ) adalah seorang pendakwa raya yang mengalami amnesia selepas mengalami kemalangan jalan raya.
Apabila tersedar, dia disangkakan sebagai Kang Mi Na, menantu perempuan yang lemah lembut dari keluarga chaebol Hanju Group.
Tanpa disedari dia terlibat dalam perebutan kuasa di Hanju Group.

Yeon Ju berjuang untuk mendapatkan kembali ingatannya, mertua Mi Na juga bingung melihat perangai berbeza menantu perempuan mereka selepas kemalangan itu.

 

2. Mr. Queen

2f9b0099 9e50 421f 95b0 57998262b251Mr. Queen adalah kisah mengenai Jang Bong Hwan ( Choi Jin Hyuk ), seorang tukang masak hebat dari zaman moden yang menyedari dirinya terperangkap dalam tubuh seorang wanita muda Joseon, Kim Soyong (Shin Hye Sun). Kim So Yong akan berkahwin dengan Raja Cheoljong (Kim Jung Hyun).

 

3. Let Me Be Your Knight

d39c5251 73bb 4379 b211 eb712367204fYoon Tae In ( Lee Jun Young ) adalah ketua kumpulan K-pop yang sangat popular yang dikenali sebagai LUNA. Untuk menyembuhkan Tae In yang berjalan dalam tidur, CEO mereka melantik In Yoon Joo (Jung In Sun) sebagai doktor untuk tinggal bersama kumpulan idola tersebut. Rupa-rupanya berlaku kes kesalahan identiti kerana Yoon Joo sebenarnya bukan seorang doktor.

 

4. Hometown Cha-Cha-Cha

d856a1e8 1644 44e2 b32b 4e3d8de05725Shin Min Ah membawa watak sebagai Yoon Hye Jin, seorang doktor gigi yang berhenti kerja di kota. Dia memutuskan untuk pergi ke pekan kecil untuk memulakan hidup baru. Di Gongjin, dia bertemu Hong Doo Shik (Kim Seon Ho) yang membantunya setiap kali dia menghadapi situasi yang sukar.

 

5. A Love So Beautiful

034ad8f3 28e6 4be6 8022 88088b2be0c3Shin Sol Yi (So Ju Yeon) adalah seorang gadis bijak dan ceria yang sangat menyukai Cha Heon (Kim Yo Han), seorang jejaka pendiam dan rajin belajar. Drama ini mengikuti mereka semasa mereka melakukan perjalanan melalui zaman remaja hingga dewasa.

 

6. Yumi’s Cells

a0916215 e486 40dc bf8f a03b8ff45107Selepas putus cinta yang menyakitkan, sel cinta Kim Yumi ( Kim Go Eun ) jatuh ke dalam koma yang dalam. Sementara sel-sel lain bekerja tanpa henti untuk menghidupkan kembali sel yang jatuh, Yumi menghabiskan hari-harinya terperangkap dalam kesibukan kehidupan seharian. Dengan patah hati dan tidak ada prospek romantik, sel cinta Yumi tetap dalam keadaan koma hingga kemunculan Goo Woong (Ahn Bo Hyun).

 

7. My Roommate is a Gumiho

e1274efa d355 4b01 a2a5 8a65487dc062Seorang pelajar bernama Lee Dam (Girl’s Day’s Hyeri ) secara tidak sengaja menelan manik ajaib. Manik ajaib itu milik rubah berekor sembilan berusia 999 tahun, Shin Woo Yeo ( Jang Ki Yong ) yang memerlukan manik itu untuk menjadi manusia. Mereka memutuskan untuk tinggal bersama sementara Woo Yeo mencari jalan untuk mengambil semula manik ajaib dari Lee Dam.

Menarik bukan? Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 10 Kdrama 2024 Ini Buatkan Penonton Tidak Sabar Menanti Ending
Baca juga: 7 Drama Korea Menarik Tentang Pertukaran Roh, Mungkin Anda Belum Tonton

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here