Home Kdrama/Kmovie 7 Drama Korea Menarik Tentang Pertukaran Roh, Mungkin Anda Belum Tonton

7 Drama Korea Menarik Tentang Pertukaran Roh, Mungkin Anda Belum Tonton

0

Peminat-peminat drama Korea mesti tidak asing lagi dengan drama Mr. Queen yang telah berjaya mencuri perhatian terutamanya dengan lakonan yang memukau dari Shin Hye Sun dan Kim Jung Hyun. Kehebatan drama ini membuatkan drama yang berisi 20 episod ini berjaya meraih rating tinggi selama ditayangkan pada tahun 2021.

Selain drama Mr. Queen yang sangat fenomenal, terdapat juga drama-drama Korea lain yang turut mengusung tema pertukaran jasad dan roh antara dua manusia. Drama-drama menarik ini juga mempunyai peminat tersendiri, dan yang pasti ada diantara anda yang belum menonton 7 pilhan drama di bawah ini.

 

1. Secret Garden (2010)

Drama koreaDrama Korea yang ditayangkan pada pada tahun 2010 ini merupakan salah satu drama popular pada masanya. Secret Garden mengisahkan tentang Gil Ra Im (Ha Ji Won), seorang gadis cantik yang dicemburui oleh artis terkenal dan Kim Joo Won (Hyun Bin), seorang CEO yang angkuh dan sombong.

Mereka bertemu di satu tempat yang dikenali sebagai Secret Garden dan diberikan minuman alkohol oleh pemilik tempat tersebut. Selepas mereka tersedar dari mabuk, Ra Im dan Joo Won terkejut apabila menyedari roh mereka sudah tertukar.

 

2. Big (2012)

f33ca78c 3ba9 4e8c b5d9 e7ea09ef2448Seterusnya adalah drama siri Big yang dibintangi oleh pelakon terkenal Gong Yoo dan Lee Min Jung. Drama siri ini menceritakan tentang Gil Da Ran (Lee Min Jung), seorang guru yang akan berkahwin dengan Seo Yoon Jae (Gong Yoo). Suatu hari, Seo Yoon Jae terlibat dalam kemalangan yang turut dialami juga oleh Kang Kyung Joon (Shin Won Ho). Kemalangan itu menyebabkan roh mereka berdua tertukar.

 

3. My Runaway (2016)

3e659800 b2cc 4b5d 9e32 5e453c747d44Drama yang dibintangi oleh Jiyeon T-ARA ini juga mengisahkan tentang pertukaran roh. My Runaway mengisahkan tentang Han Seo Yeon (Jiyeon), pelajar sekolah yang bercita-cita mahu menjadi model dan Na Jin Wook (Kang Dong Ho), seorang model terkenal yang sangat menyakitkan hati. Mereka berdua pernah bertemu dalam sebuah majlis casting. Namun, suatu hari ada kejadian aneh yang menyebabkan roh mereka tertukar.

 

4. Two Cops (2017)

9d257474 de32 4851 862e 97f79a3ad421Drama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal ini bisa memang menarik untuk ditonton. Two Cops menceritakan tentang Cha Dong Tak (Jo Jung Suk), detektif yang berusaha menyelesaikan kes kematian sahabatnya. Dia menangkap seorang penipu bernama Gong Soo Chang (Kim Seon Ho). Suatu hari, Gong Soo Chang mengalami koma dan rohnya masuk ke dalam tubuh Cha Dong Tak.

 

5. The Beauty Inside (2018)

fe3a2c70 24c5 439c ae28 be204be9ee65Drama ini menceritakan tentang Han Se Gye (Seo Hyun Jin), pelakon wanita yang sedang meningkat naik tetapi selalu terlibat dengan khabar angin palsu. Semua itu terjadi kerana dia mengalami perkara yang aneh iaitu dia bisa boleh berubah menjadi orang lain. Bukan hanya rohnya sahaja, tetapi juga wajah, usia, dan jenis jantina juga turut berubah.

 

6. Miracle That We Met (2018)

36d41152 63b4 41ae 9566 f2dfe25345c3Miracle That We Met menceritakan tentang Song Hyun Chul A (Song Myung Min), seorang pengurus di sebuah bank dan Song Hyun Chul B (Ko Chang Seok), seorang tukang masan dari Cina yang bekerja di Seoul. Suatu hari, mereka berdua mengalami kemalangan di hari yang sama. Lalu, muncul Ato (Kai EXO), malaikat maut yang akan mencabut nyawa Song Hyun Chul A. Namun, dia tersalah mencabut nyawa Song Hyun Chul B. Kerana sedar akan kesalahannya, Ato mengembalikan roh Song Hyun Chul B ke tubuh Song Hyun Chul A.

 

7. Room No 9 (2018)

302a58ce f333 41f2 9749 d6f2fd380f92Drama Korea Room No 9 menceritakan tentang Eulji Hae Yi, seorang peguam berjaya yang ditugaskan untuk membela seorang banduan akhir yang bernama Jang Hwa Sa (Kim Hae Sook). Namun, sewaktu mereka bertemu ada kejadian aneh yang menyebabkan roh Eulji Hae Yi berpindah ke tubuh Jang Hwa Sa, roh mereka saling bertukar.

Demikian sahaja 7 pilihan drama Korea tentang pertukaran roh yang boleh anda tonton. Jalan cerita penuh fantasi dan juga sangat menarik. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Sepuluh Drama Korea Paling Trending Pada Awal April 2024
Baca juga: 10 Drama Korea yang Boleh Ditonton untuk Menghilangkan Rasa Bosan, Penuh Konflik dan Kejutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here