Home Artis Korea Lovely Runner: 4 Artis Terkenal Ini Muncul Sebagai Cameo dalam Episod Pertama

Lovely Runner: 4 Artis Terkenal Ini Muncul Sebagai Cameo dalam Episod Pertama

0

Drama Korea baru iaitu Lovely Runner mengejutkan para peminat dengan penampilan istimewa beberapa artis terkenal pada episod pertama. Episod awal drama ini telah menampilkan 4 orang pelakon istimewa untuk drama Lovely Runner ini.

IMG 2444 1Mereka memiliki watak yang langsung tiada kaitan tetapi berjaya membuatkan para penonton terhibur. Siapakah 4 artis terkenal yang menjadi cameo dalam drama Korea ‘Lovely Runner’ episod 1?

 

1. Kwon Yuri SNSD

0563b3e8 6fd2 43fa 920b 8ab10833257eKwon Yuri menjadi dirinya sendiri dalam drama ini. Dalam satu adengan Ryu Seon Jae (Byun Woo Seok) dan rakan lainnya dalam kumpulan Eclipse baru sahaja memasuki bangunan penyiaran, kemudian mereka bertemu dengan Kwon Yuri. Salah seorang dari mereka merupakan peminat setia Kwon Yuri dan meminta tanda tangan. Pada masa itu Kwon Yuri dalam Girl’s Generation memang menjadi idola para wanita. Tidak hairanlah jika para bintang idola Kpop turut mengidolakannya.

 

2. Han Seung Yeon KARA

482f460e 7b54 494d a64c feb0e9516502Han Seung Yeon KARA membawa watak sebagai DJ dalam sebuah siaran di radio. Dia memimpin ahli kumpulan Eclipse dalam sebuah acara. Pada acara tersebut dia mendail orang ramai secara rawak dan bertanya adakah mereka kenal dengan ahli kumpulan Eclipse. Masa itu adalah awal debut kumpulan Eclipse sehingga banyak stesen penyiaran berlumba-lumba untuk menjemput mereka. Sejak awal Eclipse telah terkenal dan mencipta gelombang peminat yang luar biasa.

 

3. Lee Su Ji

173afae4 3d6e 4dae 96db 58980248a808Lee Su Ji sebenarnya merupakan seorang pelakon wanita komedi di Korea Selatan. Kali ini dia muncul dalam drama ‘Lovely Runner’ sebagai seorang penilik nasib. Lee Su Ji membawa watak sebagai penilik nasib dan menguruskan saluran YouTube yang dikelola oleh Im Seol (Kim Hye Yoon). Seperti penilik nasib lain pada umumnya di Korea Selatan, dia tampil mengenakan hanbok dan berdandan.

 

4. Park Tae Hwan

Lovely runner

Park Tae Hwan merupakan bekas atlet renang di Korea Selatan. Dia mempersembahkan penampilan istimewanya sebagai atlet renang juga. Dia sedang melakukan latihan khas bersama Ryu Seon Jae pada zaman sekolah menengah. Ryu Seon Jae pada awalnya merupakan seorang atlet renang di zaman sekolahnya. Namun dia terpaksa melepaskan cita-citanya selepas mengalami kecederaan.

Keempat-empat cameo tersebut memberikan penampilan istimewa mereka dalam episod 1 drama Korea ‘Lovely Runner’. Memang sangat luar biasa menampilkan banyak cameo dalam satu episod. Adakah ini akan menjadi pertanda bahawa dalam episod berikutnya drama ini akan menampilkan banyak cameo lagi?

Episod terbaru Lovely Runner boleh ditonton setiap hari Isnin dan Selasa. Pastikan anda strim hanya di Viu ya!

Baca lagi: 5 Sebab Mengapa “Lovely Runner” Harus Ditonton, Confirm Layan
Baca juga: 7 Drama Korea Menarik Tentang Pertukaran Roh, Mungkin Anda Belum Tonton

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here