Home Kdrama/Kmovie 7 Watak Pelajar Sekolah dalam Lovely Runner, Pelbagai Karakter Menarik

7 Watak Pelajar Sekolah dalam Lovely Runner, Pelbagai Karakter Menarik

0

Kim Hye Yoon membuat kemunculan lagi di kaca TV melalui drama terbaru Lovely Runner selepas lebih dari setahun selepas drama Cleaning Up (2022). Pelakon wanita terkenal ini kembali membawa watak sebagai pelajar sekolah menengah.

Kim Hye Yoon kali ini bergandingan dengan Byeon Woo Seok, Song Geon Hee, dan masih ramai lagi pelakon lain. Kim Hye Yoon membawa watak sebagai Im Sol yang diceritakan kembali ke tahun 2008. Dia mengulang kembali zaman sekolahnya yang diwarnai dengan pelbagai karakter pelajar sekolah yang lain.

Berikut dibawah ini adalah tujuh watak pelajar sekolah dalam drama Lovely Runner.

 

 

505b35c6 eae9 4104 83ab 33f702e150bc1. Bintang Kpop Ryu Sun Jae (Byeon Woo Seok) adalah seorang perenang yang sangat berpotensi semasa di sekolah. Namun, kecederaan bahu membuatkan kerjaya renang Ryu Sun Jae goyah

 

 

Lovely runner2. Balik ke zaman sekolah, Im Sol tersedar bahawa sebenarnya idola kesayangannya, Ryu Sun Jae ada berdekatannya. Im Sol dahulunya langsung tidak sedar kerana dia menyukai orang lain

 

 

d56863e0 189e 4c21 8417 8d1597544fbf3. Orang yang dahulunya disukai oleh Im Sol adalah Kim Tae Sung (Song Geon Hee), pemain bass untuk kumpulan muzik Sekolah Jagam yang suka berkelahi dengan pelajar lain di sekolah

 

 

56ce3de8 3434 4129 a616 dc45bfa7fbb64. Sekumpulan di masa depan, Baek In Hyuk (Lee Seung Hyub) dan Sun Jae sudah sangat rapat ketika masing-masing berada di bangku sekolah. Sun Jae dan muzik adalah sangat berharga bagi In Hyuk

 

 

ba1428c0 d8cf 4bb5 95a0 3d00c63eb8815. Lee Hyun Joo (Seo Hye Won) adalah sahabat Im Sol. Semasa Im Sol lumpuh kerana kemalangan, dia selalu meluangkan waktu untuk membantu

 

 

085635f1 e795 4bab ab64 cf3498a410e26. Sama-sama atlet renang, Hyung Gu (Lee Chul Woo) merasa Sun Jae adalah saingan hebatnya. Berniat untuk menggunakan cara kotor, tetapi dia ditangkap oleh Im Sol

 

 

10d899e7 abc3 416b a4b4 78a146ab400f7. Dibuang oleh Tae Sung selepas sebulan menjalin hubungan cinta, Choi Ga Hyun (Oh Se Young) masih tidak boleh melupakannya. Dia akan terus mengejar Tae Sung

Kehidupan dewasa beberapa watak pelajar sekolah di atas sudah dipertontonkan di episod awal. Namun, ada juga yang masih menjadi misteri, seperti Kim Tae Sung yang pada awalnya berhenti sekolah karena terlibat dalam pergaduhan. Untuk mengetahui kisah mereka yang lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton episod terbaru Lovely Runner ya!

Episod terbaru Lovely Runner boleh ditonton setiap hari Isnin dan Selasa. Pastikan anda strim hanya di Viu ya!

Baca lagi: Lovely Runner: 4 Artis Terkenal Ini Muncul Sebagai Cameo dalam Episod Pertama
Baca juga: 5 Sebab Mengapa “Lovely Runner” Harus Ditonton, Confirm Layan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here